aji-moktar.jpg“Program ini memberi kesedaran yang mendalam mengenai perlunya semangat ukhuwah sesama Islam. Kita akan terlalai dibuai kesenangan di tempat sendiri jika tidak mengikuti program seperti ini.”

Haji Mokhtar Bin Haji Mohd Zain, peserta ziarah Kemboja dari MalaysiaÂ

“Program Korban dan Aqiqah ini banyak membantu umat Islam di Kemboja terutamanya dari sudut hubungan silaturrahim, pendidikan dan Haji-Sobri.jpgkeperluan asas kehidupan. Kami amat bersyukur atas segala keprihatinan umat Islam di seluruh negara dalam usaha membantu umat Islam di sini”

Ustaz Haji Sabri Kassim, Timbalan Gabenor Wilayah Kompong Cham, Kemboja

Hjh-Haminah-&-Hj-Hidup.jpg“Majlis korban yang dilakukan amat baik, cara pembahagiannya sangat baik. Kami berpuas hati dapat mengikuti majlis korban dari tempat ke satu tempat (masjid dan kampung)”

Hajjah Haminah Haji Ashari & Haji Hidup Lamit, peserta ziarah Kemboja dari Brunei

 sos-aysah.jpg                  Â

 “Saya dan anak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan /  Puan yang memberikan dua ekor kambing aqiqah kepada saya untuk jamuan perkahwinan anak saya melalui Mufti Kerajaan Kemboja. Kami mendoakan pihak Tuan / Puan diberkati dan dirahmati oleh Allah dunia dan akhirat”

Sos Sem Aysah, Chrang Chamres, umat Islam di Kemboja

Haji-Hashim.jpg “Saya imam daerah Kg Chhnang mengucapkan terima kasih kepada umat Islam Malaysia kerana tidak lupa kepada kami di Kemboja. Daging korban akan diagihkan kepada seluruh orang kampung di sini. Semoga Allah menerima ibadah korban Tuan dan Puan”

Haji Hashim Haji Yunos, imam daerah Kg Chhnang

en-rashid1.jpg“Suatu program yang banyak memberi pengalaman baru dan pendedahan terhadap umat Islam yang memerlukan bantuan di tempat lain”

Haji Rashid Ramli, peserta program lawatan ke Kemboja 1426H

Â

pn-zaharh.jpg“Program yang sungguh memberi erti dalam usaha menyebarkan syiar Islam. Semoga bertambah ramai lagi peserta yang akan mengikuti program ini.”

Hajjah Zaharah Haji Mahmoodin, peserta lawatan Kemboja 1426H

“Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah daripada bani Adam ketika hari raya Eidhul Adha selain menyembelih haiwan korban”

maksud hadith

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran ) dengan aqiqahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.”

maksud hadith