Fri 9 Mar 2007
                                              ![]()
Pada hari raya Korban Eidhul Adha 1427H yang lalu, majlis perasmian telah diadakan pada 10 Zulhijjah 1427H bersamaan 31 Disember 2006 di Masjid Darul Salam, Kg Krabey, Ka Kor, Kg Siem, Kg Cham, Kemboja.    Â
Kesemua peserta ziarah Kemboja dari Malaysia telah sama-sama memeriahkan majlis korban yang mana sebelum penyembelihan ternakan korban, peserta sama-sama bersembahyang sunat Eidhul Adha di Masjid tersebut.
Selepas selesai majlis penyembelihan, peserta dibawa dari rumah ke     Â
      rumah orang kampung untuk mengagihkan daging tersebut. Kegembiraan jelas terpancar di wajah penduduk kampung yang mana mereka hanya merasa “makan daging setahun sekali”.
“Makanlah dari daging korban itu dan berikanlah kepada fakir miskin serta simpanlah”
maksud hadith
Â
                  Â
 Mufti Kerajaan Kemboja, Okhna Hj Kamaruddin Yusof yang sama-  sama hadir dalam majlis ini merakamkan rasa syukur terhadap budi baik rakyat Malaysia yang melaksanakan ibadah ini sejak dari 13 tahun yang lalu.
Sohibus Samahah Mufti Kemboja menetapkan agihan seekor lembu korban atau aqiqah bagi setiap 100 buah keluarga dalam sesuatu kampung untuk diagihkan. Mengikut sunnah daging korban diagihkan dalam keadaan belum masak manakala daging aqiqah pula dimasak dan diadakan jamuan.
Jawatankuasa agihan daging korban disusun di setiap kampung agar setiap keluarga dalam kampung tersebut dapat merasai daging korban walaupun sedikit.
“Muliakanlah korban-korbanmu kerana nanti ia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal-Mustaqim”
maksud hadith
Â