Tue 13 Mar 2007
“Sesungguhnya Allah menyukai sesuatu yang nilainya tinggi dan membenci yang nilainya rendah”
maksud hadith
 Wakaf Perigi
Selain daripada program Korban & Aqiqah di Kemboja, Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd juga diamanahkan untuk program wakaf perigi di Kemboja. Musim kemarau di Kemboja boleh berlanjutan sehingga enam bulan. Perigi merupakan salah satu keperluan asasi penduduk kampung di seluruh Kemboja. Alhamdulillah mulai tahun 1427H ini, Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd telah diamanahkan untuk memantau pembinaan untuk semua wakaf perigi yang mahu dilaksanakan.
Harga yang diperuntukkan sebuah perigi adalah sebanyak USD 130 dan kos pengurusan sebanyak USD 26 atau RM 560.00. Setiap peserta yang membuat wakaf perigi akan diberi salinan surat pengesahan penerimaan wakaf perigi dan juga sijil pelaksanaan yang disahkan sendiri oleh Mufti Kerajaan Kemboja.
![]()
Setakat ini sebanyak 16 buah perigi telah selamat diserahkan untuk pembinaan bagi tahun 1427H. Untuk tahun baru 1428H, pihak Al-Ameen telah menerima 19 buah perigi yang juga telah dihantar ke Kemboja untuk urusan pembinaan.
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang Allah berikan kepadanya”
maksud at-Thalaq : 7
Â
Pusat Islam Kemboja
Pusat Islam Kemboja terletak pada satu kawasan bangunan 5 hektar yang terletak di Kampung Chroy Meantrey, mukim Russey Kroy, daerah Mukkampoul, wilayah Kandal, Kemboja. Pusat Islam Kemboja merupakan Pusat Ilmu dan Pentadbiran yang unggul bagi umat Islam Kemboja yang membawa manfaat kepada semua rakyat Kemboja tanpa mengira kaum, keturunan dan agama.
Misi Pusat Islam Kemboja
Pusat Islam Kemboja bertujuan untuk mendidik anak-anak Kemboja dengan falsafah pendidikan yang bersepadu agar terbentuk ikatan yang kuat dan bermakna dengan Tuhan, hubungan yang membawa manfaat sesama manusia serta kecintaan yang mendalam kepada alam sekitar. Mereka dididik agar mampu memberi sumbangan kepada kemajuan agama, bangsa dan negara Kemboja. Pusat Islam Kemboja juga berhasrat menjadi Pusat Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam serta Pusat Kebudayaan Masyarakat Melayu Champa.![]()
Objektif Pusat Islam Kemboja
* melaksanakan program pendidikan akademik yang bersepadu yang merangkumi sistem pendidikan Kebangsaan serta Kurikulum Pendidikan Islam yang berkualiti dan mendapat pengiktirafan kerajaan Kemboja serta dunia luar.
* melaksanakan program Vokasional dan Profesional dengan sijil pengiktirafan pencapaian pada peringkat Sijil dan Diploma agar para graduan boleh berdikari dan mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan ataupun swasta.
Â
Â
* menyediakan kemudahan dan sistem pentadbiran untuk mufti kerajaan Kemboja dan Majlis Pimpinan Tertinggi Agama Islam Kemboja untuk mengurus hal ehwal umat Islam di Kemboja.
* menyediakan program serta pameran kebudayaan kaum melayu Champa untuk diperkenalkan kepada seluruh rakyat Kemboja bagi tujuan keharmonian kaum serta menjadi pusat pelancongan untuk kegiatan ekonomi negara.
* menjalankan aktiviti ekonomi agar mampu menampung program-program serta peranan dan tanggungjawab Pusat Islam Kemboja.
“Sedekah itu diambil dari orang-orang kaya untuk orang-orang miskin yang ada di antara kamu (kaum muslimin)”
maksud hadith Nabi
March 15th, 2007 at 4:45 am
Suatu program yang banyak memberi manfaat kepada umat Islam di Malaysia amnya dan umat Islam di Kemboja khususnya. Sama-samalah kita sedaya upaya cuba membantu dalam segala hal dari pelbagai sudut. Ibadah korban & Aqiqah yang sememangnya satu ibadah yang dituntut kepada umat Islam haruslah dilaksanakan. Semoga kehidupan masyarakat di Kemboja dapat memberikan keinsafan dan kesedaran kepada kita agar lebih bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita….