Fri 20 Apr 2007
Konsert Lagu-lagu Puisi 14 April 2007 yang lalu…
Posted by Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. under khidmatAlhamdulillah, selesai sudah Konsert yang Al-Ameen anjurkan baru-baru ini. Penonton yang hadir pun amat menggalakkan. Sambutan yang diberikan memang memberangsangkan… Kumpulan yang membuat persembahan iaitu Kumpulan Sirrfillsirr, AboNation dan Nuras memberikan satu persembahan yang memang memikat hati penonton-penonton sehinggakan tidak mahu berganjak dari tempat duduk masing-masing.
Permulaan konsert dimulakan dengan pelancaran buku Puisi Tanah Suci karya Isa Kamari yang mana dilancarkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja Hj Kamaruddin Yusof diiringi oleh Che Mazlan Saad, Pengerusi Al-Ameen.3 buah buku Puisi Tanah Suci yang dilancarkan adalah Ka’bah, Lorong Wahyu dan Cinta Arafah. Isa Kamari sempat lagi mengalunkan puisi-puisi yang terdapat dalam buku tersebut.
Selepas selesai pelancaran, Kumpulan Sirrfillsirr mengambil tempat mendendangkan lagu-lagu puisi yang mana antaranya ialah Ka’bah, Lorong Wahyu, Cinta Arafah, Kristal Gula, Kepulangan, Raudhah dan Hajar Aswad. 3 buah lagu didendangkan waktu permulaan persembahan dan sementara Sirrfillsirr berhenti rehat, persembahan diambil alih oleh kumpulan AboNation yang membawakan sebuah lagu mengikut genre musik tersendiri dan kemudian disambung oleh Nuras group mendendangkan sebuah lagu ciptaan penyanyinya sendiri iaitu saudari Norazmi.
Sebelum penutup Kumpulan Sirrfillsirr mengakhiri persembahan dengan mendendangkan 4 lagi lagu puisi sebelum konsert lagu-lagu puisi itu melabuhkan tirainya. Penonton sempat menemuramah kumpulan-kumpulan yang membuat persembahan.Tetamu-tetamu kemudiannya dibawa menjamu selera di bilik VIP dan ruang jamuan yang telah disediakan.
 Konsert yang berakhir jam 5 petang meninggalkan seribu kenangan yang mana mungkinkah akan dilaksanakan lagi di masa akan datang….? Lihatlah gambar-gambar yang dilampirkan buat tatapan pembaca yang tidak berkesempatan untuk hadir sama.
![]()
Â
Tetamu yang mengambil tempat sebelum konsert bermula.
Â
 Kumpulan Sirrfillsirr membuat persembahan dengan mendendangkan 8 buah lagu puisi-puisi Tanah Suci.
  Kumpulan Abonation mengambil tempat membuat persembahan yang memukau penonton yang menyaksikan….
  Tiupan yang mengalunkan bunyi-bunyi yang membawa genre muzik tersendiri.
  Kumpulan Sirrfillsirr menjamu selera selepas selesai membuat persembahan di bilik VIP.
  Tetamu-tetamu di bilik VIP sedang berbual. Kelihatan di gambar: Mufti Kemboja Hj Kamaruddin Yusof, Ust Ghazali, Yusof Gajah(penulis Naive Art) dan ahli keluarga Sirrfillsirr.
  Alfie (staff di belakang tabir) bergambar kenangan bersama kumpulan Sirrfillsirr yang terdiri daripada Isa Kamari, Mohd Khair (Kayas) dan Tarmizi (T:zi).
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
Â
April 25th, 2007 at 3:08 am
Konsert ini memang bagus. lagu-lagu puisi yang menarik dan penuh dengan erti cinta alam, tuhan. Semoga pihak Al-Ameen dapat menganjurkan konsert seperti ini lagi..
April 25th, 2007 at 3:44 am
Insyallah….jika ada rezeki Al-Ameen buat lagi.Tapi kena pastikan penonton datang menonton……….