Fri 8 Jun 2007
Bagi mana-mana peserta yang berminat untuk mengikut program Ziarah Kemboja sempena hari raya Eidhul Adha 1428H ini boleh mendapatkan tiket Airasia yang telah dibuka sekarang. Tarikh penerbangan ke sana adalah pada 18 Disember 2007 sehingga 22 Disember 2007. Untuk penginapan, makan & minum serta pengangkutan semasa di sana adalah sebanyak RM 600 sahaja. Sila dapatkan tiket penerbangan & hubungi kami di talian 03-4143 4343 untuk pengesahan supaya pihak kami boleh mengaturkan semua keperluan di sana. Tuan / Puan yang berminat untuk merasai sendiri suasana korban & berhari raya di tempat lain, harus ikutilah program ini…………………..Â
July 5th, 2007 at 9:10 am
Assalamualaikum,
Saya berminat dengan program tersebut. Tapi saya mempunyai anak kecil berumur 2 tahun. Bolehkah saya bawanya bersama? Adakah bayaran untuk penginapan semua di sana dikenekan?
Terima kasih
September 13th, 2008 at 2:45 am
Waalaikum salam wrt wbt
Jangan risau.Tidak menjadi masalah jika mahu membawa bersama anak. Tahun sebelum ini pun memang ada peserta yang membawa anaknya.Untuk anak memang bayaran yang dikenakan adalah sama seperti yang ditetapkan.
Terima kasih.
Sila hubungi urus setia di talian 03-4143 4343 untuk maklumat lanjut.