Wed 26 Dec 2007
Rombongan Percetakan Nasional Malaysia Berhad ke Kemboja…
Posted by Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. under khidmatSeramai 9 orang wakil dari Percetakan Nasional Malaysia Berhad telah bertolak ke Kemboja bermula 21 Disember 2007 hingga 24 Disember 2007. Masing-masing membawa misi untuk membantu dalam membangunankan umat Islam Kemboja agar kehidupan mereka lebih bermakna.
Sebanyak 4 buah kampung telah dijelajahi di sekitar Kg Chhnang. Walaupun masing-masing kepenatan tetapi melihat kesungguhan anak-anak Islam yang sanggup datang berkumpul untuk bertemu ahli rombongan. Dalam 3 kampung yang diziarahi, seramai 200 anak Islam dapat dikumpulkan memandangkan objektif rombongan adalah untuk memberi sedikit sumbangan kepada mereka.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak Islam. Kepuasan dapat digambarkan oleh ahli rombongan setelah apa yang dihajati tertunai jua.
Bersama ini disertakan beberapa keping gambar semasa mereka di sana….