Alhamdulillah sudah 13 hari kita menempuh bulan Ramadhan yang mulia ini. 13 hari juga kita sudah menahan lapar dan dahaga, menjauhi kemaksiatan dan larangan serta sentiasa menambah dan memperbaiki ibadah kita kepada Allah supaya sentiasa diberi rahmat dan pahala yang melimpah ruah dariNya.
Kita sepatutnya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup bagi menjalani dan memenuhi ibadah puasa bagi tahun ini. Rebutlah peluang semasa dalam bulan ini untuk melengkapkan dan menyempurnakan diri kita sebagai hamba yang Allah ciptakan supaya sentiasa berdoa dan beribadat kepada-Nya.
Syukur, penyertaan Korban & Aqiqah yang diterima daripada peserta amatlah menggalakkan. Supaya umat Islam di Kemboja dapat sama-sama merasai suasana berbuka puasa seperti kita di sini, alhamdulillah setiap penyertaan aqiqah yang diterima akan dihantar untuk pelaksanaan bagi memenuhi program berbuka puasa di Kemboja.
Semoga setiap sumbangan yang kita buat akan sentiasa mendapat keredhaan dan kerahmatan dari Allah SWT.