Wed 27 Feb 2008
Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja 1428H
Posted by Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. under khidmatAlhamdulillah, bagi tahun 1428H yang lalu, penyertaan yang diterima telahpun selamat disempurnakan. Sebanyak 1348 ekor ternakan korban dan 750 ekor ternakan aqiqah dilaksanakan di seluruh Kemboja. Setiap tahun program yang disokong dan dipantau oleh Mufti Kerajaan Kemboja, Okhna Haji Kamaruddin Yusof sentiasa mendapat penyertaan yang memberangsangkan.
Mufti mengucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan peserta di seluruh Malaysia khususnya tidak lupa kepada peserta di Singapura dan juga Brunei. Semoga ibadah yang dilaksanakan ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.