Allah S.W.T dengan kebijaksanaanNya telah menetapkan satu kesucian sebagai syarat bagi umat manusia untuk menghampiri zatNya dan syurgaNya. Seseorang hamba seharusnya menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Contoh seperti dalam menunaikan solat, terlebih dahulu sucikan diri. Dengan demikian, kita mendapati ada 2 jenis kesucian yang dituntut iaitu

i- kesucian badan

ii-kesucian hati

Sebab itulah disyariatkan kepada semua hamba untuk mengucapkan doa yang tertera di bawah apabila selesai berwudhuk kerana demikian doa ini mengandungi rahsia yang dalam ‘ bahawa kesucian hati boleh dicapai dengan sentiasa bertaubat Nasuha, dan kesucian badan adalah diperolehi daripada air wuduk.’

Berdoalah:

“Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dari orang-orang yang suci.” (HR at-tirmidzi dari umar bin khatab)