khidmat


Alhamdulillah sudah 13 hari kita menempuh bulan Ramadhan yang mulia ini. 13 hari juga kita sudah menahan lapar dan dahaga, menjauhi kemaksiatan dan larangan serta sentiasa menambah dan memperbaiki ibadah kita kepada Allah supaya sentiasa diberi rahmat dan pahala yang melimpah ruah dariNya.

Kita sepatutnya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup bagi menjalani dan memenuhi ibadah puasa bagi tahun ini. Rebutlah peluang semasa dalam bulan ini untuk melengkapkan dan menyempurnakan diri kita sebagai hamba yang Allah ciptakan supaya sentiasa berdoa dan beribadat kepada-Nya.

Syukur, penyertaan Korban & Aqiqah yang diterima daripada peserta amatlah menggalakkan. Supaya umat Islam di Kemboja dapat sama-sama merasai suasana berbuka puasa seperti kita di sini, alhamdulillah setiap penyertaan aqiqah yang diterima akan dihantar untuk pelaksanaan bagi memenuhi program berbuka puasa di Kemboja.

Semoga setiap sumbangan yang kita buat akan sentiasa mendapat keredhaan dan kerahmatan dari Allah SWT.

Allah S.W.T dengan kebijaksanaanNya telah menetapkan satu kesucian sebagai syarat bagi umat manusia untuk menghampiri zatNya dan syurgaNya. Seseorang hamba seharusnya menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Contoh seperti dalam menunaikan solat, terlebih dahulu sucikan diri. Dengan demikian, kita mendapati ada 2 jenis kesucian yang dituntut iaitu

i- kesucian badan

ii-kesucian hati

Sebab itulah disyariatkan kepada semua hamba untuk mengucapkan doa yang tertera di bawah apabila selesai berwudhuk kerana demikian doa ini mengandungi rahsia yang dalam ‘ bahawa kesucian hati boleh dicapai dengan sentiasa bertaubat Nasuha, dan kesucian badan adalah diperolehi daripada air wuduk.’

Berdoalah:

“Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT dan saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dari orang-orang yang suci.” (HR at-tirmidzi dari umar bin khatab)

Bagi para ibu bapa yang memang mencari-cari teknik atau cara bagaimana untuk mengajar anak untuk cepat membaca, al-ameen ada penyelesaiannya. Sebagai sebuah syarikat penerbitan yang aktif menerbitkan bahan-bahan pendidikan awal kanak-kanak, setiap pakej pembelajaran anak akan disertakan dengan kursus bagaimana untuk mengajarkan atau mendedahkan kaedah yang diperkenalkan kepada pembelajaran anak tidak kira di rumah atau di sekolah.

Berbagai pendekatan khusus diperkenalkan agar pembelajaran anak lengkap. Setiap pakej disertakan dengan bahan bacaan, kad tunjuk dan juga audio visual bagi menarik minat anak-anak terhadap pembacaan.

Tarikh kursus-kursus yang dijalankan boleh diketahui dengan melayari laman web www.cepatbaca.com.my. Segala maklumat boleh didapati dengan mudah.

Yuran penyertaan kursus adalah RM 180.00 (1 hari kursus).Setiap peserta yang mendaftar dan membuat pembayaran 3 hari sebelum tarikh kursus akan menerima pakej pendidikan awal kanak-kanak yang bernilai RM 90.00 secara percuma. Dapatkan segera!

Penyertaan Korban Eidhul Adha & Aqiqah bagi tahun 1429H telahpun bermula. Setakat hari ini penyertaan aqiqah sebanyak 44 ekor kambing aqiqah dan 14 ekor lembu aqiqah telahpun diterima dan dilaksanakan. Untuk penyertaan korban pula, penyertaan awal daripada peserta juga ada. 2 ekor lembu korban diterima dan insyaAllah akan dilaksanakan pada hari raya Eidhul Adha pada 8 Disember nanti, insyaAllah.

Mana-mana peserta yang berminat untuk menyertai bolehlah melayari laman web www.korbanaqiqah.com.my. Semua maklumat yang diperlukan ada di situ. Yuran penyertaan untuk tahun ini juga masih sama; 1 bahagian lembu korban RM 205.00, 1 bahagian lembu untuk aqiqah RM 250.00 manakala untuk 1 ekor kambing korban & aqiqah ialah RM 395.00.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi urus setia di talian 03-4143 4343. Jangan ketinggalan! Laksanakan ibadah yang dituntut ini dengan sempurna….

Alhamdulillah, bagi tahun 1428H yang lalu, penyertaan yang diterima telahpun selamat disempurnakan. Sebanyak 1348 ekor ternakan korban dan 750 ekor ternakan aqiqah dilaksanakan di seluruh Kemboja. Setiap tahun program yang disokong dan dipantau oleh Mufti Kerajaan Kemboja, Okhna Haji Kamaruddin Yusof sentiasa mendapat penyertaan yang memberangsangkan.

Mufti mengucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan peserta di seluruh Malaysia khususnya tidak lupa kepada peserta di Singapura dan juga Brunei. Semoga ibadah yang dilaksanakan ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Seramai 9 orang wakil dari Percetakan Nasional Malaysia Berhad telah bertolak ke Kemboja bermula 21 Disember 2007 hingga 24 Disember 2007. Masing-masing membawa misi untuk membantu dalam membangunankan umat Islam Kemboja agar kehidupan mereka lebih bermakna.

Sebanyak 4 buah kampung telah dijelajahi di sekitar Kg Chhnang. Walaupun masing-masing kepenatan tetapi melihat kesungguhan anak-anak Islam yang sanggup datang berkumpul untuk bertemu ahli rombongan. Dalam 3 kampung yang diziarahi, seramai 200 anak Islam dapat dikumpulkan memandangkan objektif rombongan adalah untuk memberi sedikit sumbangan kepada mereka.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak Islam. Kepuasan dapat digambarkan oleh ahli rombongan setelah apa yang dihajati tertunai jua.

Bersama ini disertakan beberapa keping gambar semasa mereka di sana….

membuka selera…

memasak juadah…

korban & aqiqah

anak-anak Islam

menghilangkan dahaga…

Al-Ameen akan mengadakan satu kursus Kaedah Mengajar Cepat Membaca & Kursus Kemahiran Membaca al-Quran Bertajwid. Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Tarikh : 8 September 2007

Tempat : Kuliyyah Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa UIA

Gombak, Kuala Lumpur

Masa : 9.00 am - 5.30 pm (Sabtu)

Yuran penyertaan kursus adalah RM 180.00 (1 hari) Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikut kursus tersebut, DAFTAR SEGERA! Hubungi Puan Zairani di talian 03-4143 4343. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 7 September 2007 (Jumaat).

Bagi mana-mana peserta yang berminat untuk mengikut program Ziarah Kemboja sempena hari raya Eidhul Adha 1428H ini boleh mendapatkan tiket Airasia yang telah dibuka sekarang. Tarikh penerbangan ke sana adalah pada 18 Disember 2007 sehingga 22 Disember 2007. Untuk penginapan, makan & minum serta pengangkutan semasa di sana adalah sebanyak RM 600 sahaja. Sila dapatkan tiket penerbangan & hubungi kami di talian 03-4143 4343 untuk pengesahan supaya pihak kami boleh mengaturkan semua keperluan di sana. Tuan / Puan yang berminat untuk merasai sendiri suasana korban & berhari raya di tempat lain, harus ikutilah program ini…………………..Â

Insyallah Setiausaha Kementerian Agama Kemboja akan datang ke Malaysia yang mana sepanjang kehadiran beliau ke mari adalah mengikuti program yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka. Tuan Hj Zakaryya Adam akan tiba di Malaysia pada 10 Jun 07 dan bertolak balik ke Kemboja pada 20 Jun 07.

Alhamdulillah, selesai sudah Konsert yang Al-Ameen anjurkan baru-baru ini. Penonton yang hadir pun amat menggalakkan. Sambutan yang diberikan memang memberangsangkan… Kumpulan yang membuat persembahan iaitu Kumpulan Sirrfillsirr, AboNation dan Nuras memberikan satu persembahan yang memang memikat hati penonton-penonton sehinggakan tidak mahu berganjak dari tempat duduk masing-masing.

Permulaan konsert dimulakan dengan pelancaran buku Puisi Tanah Suci karya Isa Kamari yang mana dilancarkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja Hj Kamaruddin Yusof diiringi oleh Che Mazlan Saad, Pengerusi Al-Ameen.3 buah buku Puisi Tanah Suci yang dilancarkan adalah Ka’bah, Lorong Wahyu dan Cinta Arafah. Isa Kamari sempat lagi mengalunkan puisi-puisi yang terdapat dalam buku tersebut.

Selepas selesai pelancaran, Kumpulan Sirrfillsirr mengambil tempat mendendangkan lagu-lagu puisi yang mana antaranya ialah Ka’bah, Lorong Wahyu, Cinta Arafah, Kristal Gula, Kepulangan, Raudhah dan Hajar Aswad. 3 buah lagu didendangkan waktu permulaan persembahan dan sementara Sirrfillsirr berhenti rehat, persembahan diambil alih oleh kumpulan AboNation yang membawakan sebuah lagu mengikut genre musik tersendiri dan kemudian disambung oleh Nuras group mendendangkan sebuah lagu ciptaan penyanyinya sendiri iaitu saudari Norazmi.

Sebelum penutup Kumpulan Sirrfillsirr mengakhiri persembahan dengan mendendangkan 4 lagi lagu puisi sebelum konsert lagu-lagu puisi itu melabuhkan tirainya. Penonton sempat menemuramah kumpulan-kumpulan yang membuat persembahan.Tetamu-tetamu kemudiannya dibawa menjamu selera di bilik VIP dan ruang jamuan yang telah disediakan.

 Konsert yang berakhir jam 5 petang meninggalkan seribu kenangan yang mana mungkinkah akan dilaksanakan lagi di masa akan datang….? Lihatlah gambar-gambar yang dilampirkan buat tatapan pembaca yang tidak berkesempatan untuk hadir sama. (more…)

Next Page »