khidmat


Al-Ameen akan mengadakan sebuah konsert muzikal lagu-lagu Puisi yang akan diadakan pada 14 April 2007 bertempat di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Semua kutipan konsert selepas kos pengurusan akan didermakan oleh penganjur kepada Mufti Kerajaan Kemboja.

Antara yang terlibat ialah kumpulan lagu-lagu puisi dari Singapura Sirrfillsirr, AboNation dan NuRas akan membuat persembahan pada hari itu mula dari jam 3ptg - 5 ptg…

Tiket yang bernilai RM 35 (dewasa) dan RM 18 (Pelajar / Kanak-kanak) telah pun dibuka untuk jualan. Penempahan tiket awal sebelum 11 April 2007 akan menerima Hadiah Buku percuma yang bernilai RM25. Tiket-tiket boleh dibeli daripada pejabat urusan Al-Ameen atau hubungi di talian 03-41434343.

Iklan Al-Ameen Serve Holdings.jpg

EDITOR

Anda akan bersama pencinta buku, seni & bahasa. Berijazah, fasih dalam bahasa Melayu & Inggeris, minat menulis boleh hubungi Al-Ameen di talian 03-4143 4343 atau emel alameen@tm.net.my.

Peluang masih terbuka kepada sesiapa yang berminat….!Anda boleh layari laman web kami untuk mengetahui tentang produk terbitan Ameen yang mana ada di antara penjualannya mencecah ‘best seller’ di MPH Bookstore.

P/S: Jawatan kosong telahpun dipenuhi…….

naik-bot1.jpg

Tuan Mufti bersama Timbalan Gabenor wilayah Kg Cham membawa pengerusi program & wakil Telekom menaiki bot menuju ke kampung seberang.

makan-di-PM1.jpg

Peserta ziarah Kemboja 1427H yang baru tiba dijamu dengan nasi putih, ikan sup, ayam goreng dan ulam-ulaman.

telaga.jpg

Telaga ini dibina hasil daripada sumbangan peserta daripada Malaysia. Telaga ini digunakan sekurang-kurangnya 3-5 buah keluarga.

peserta-ziarah.jpg

Peserta ziarah Kemboja 1427H sempat bergambar di pagi hari raya Eidhul Adha di tepi Sungai Mekong bersama pengerusi program.Â

beramah-mesra-bersama-duta1.jpg

Peserta beramah mesra bersama Duta Besar Malaysia ketika ziarah hormat di Pejabat Kedutaan.

depan-pam-air.jpg

Peserta ziarah Kemboja 1426H bergambar beramai-ramai di pam air sumbangan daripada peserta di Singapura ketika majlis perasmian program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kg Chhnang, Kemboja

othman-hassan-potong-reben.jpg

Ybhg Hj Othsman Hassan memotong reben sebagai tanda merasmikan masjid di Dong Kombet 1 Januari 2007 yang lalu.

jalan-ronda-kampung.jpg

Encik Zulkifli, Hj Hidup & Hj Salleh sempat bersiar-siar di sekitar Kg Chhnang

Â

Sijil-Aqiqah_frame.jpg

Inilah sijil pelaksanaan Korban & Aqiqah yang diberikan kepada peserta yang menyertai Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

Â

“Pekerjaan yang dilakukan pertama kali pada hari Eidhul Adha ialah solat hari raya, kita pulang untuk menyembelih korban. Barangsiapa mengerjakannya dia mengikut sunnah”

maksud hadith Nabi

jenjalan.jpg
Gambar 1: Peserta ziarah sedang berjalan menuju ke masjid untuk menunaikan solat hari raya Eidhul Adha.
 Â
Â

ternakan-sembelihan.jpg

Gambar 2: Lembu-lembu yang akan disembelih dalam majlis perasmian program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja.

Â

tengah-sembelih.jpg
Gambar 3: Acara penyembelihan haiwan ternakan korban akan dijalankan oleh pengerusi program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja.

tengah-melapah.jpg

Gambar 4: Orang kampung melapah lembu korban.

 Â

Â

daging-agihan.jpg
Gambar 5: Daging-daging korban yang sudah diasingkan sebelum diagih kepada penduduk kampung. Â
Â

ui-besonya-daging1.jpg
Gambar 6: Puan Aina, Puan Maznah & Puan Hilaliah sedang melihat orang kampung melapah daging korban.

Â

lauk-kawah.jpg

Gambar 7: Kaum wanita sedang memasak di dalam kawah untuk jamuan Korban Eidhul Adha & Aqiqah.

“Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian dari usahamu yang baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari Bumi untuk kamu”

maksud al-Baqarah:267Â

Â

Kursus-kursus di Kemboja

kursus-Alquran.jpg Selain daripada wakaf perigi, Al-Ameen juga berkesempatan menjalankan kursus-kursus untuk pelajar & guru-guru di Kemboja. Masalah utama yang dihadapi oleh Kemboja ialah kemiskinan dan tahap serta kemudahan pendidikan yang rendah. Kebanyakkan daripada anak-anak Kemboja tidak dapat bersekolah disebabkan faktor-faktor yang disebutkan tadi. Bayangkan ada di antara mereka yang sebenarnya bercita-cita besar untuk menjadi anak bangsa yang boleh dibanggakan.

“Jika kamu bersyukur, nescaya Ku-tambahkan nikmat kepadamu, tetapi jika kamu ingkar, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih”

maksud Ibrahim:7

 kusus_3.jpg

Al-Ameen cuba menyusun kursus-kursus pendek untuk anak-anak Kemboja dan guru-guru sempena program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja. Kursus-kursus yang dijalankan ialah Kursus bacaan al-Quran bertajwid dan juga Kursus Kaedah Cepat Membaca untuk bahasa melayu dan bahasa inggeris. Alhamdulillah penyertaan yang diterima memang ramai antaranya daripada pelajar-pelajar madrasah dan juga guru-guru agama.

Â

“Sesungguhnya Allah menyukai sesuatu yang nilainya tinggi dan membenci yang nilainya rendah”

maksud hadith

depan-pam-air.jpg Wakaf Perigi

Selain daripada program Korban & Aqiqah di Kemboja, Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd juga diamanahkan untuk program wakaf perigi di Kemboja. Musim kemarau di Kemboja boleh berlanjutan sehingga enam bulan. Perigi merupakan salah satu keperluan asasi penduduk kampung di seluruh Kemboja. Alhamdulillah mulai tahun 1427H ini, Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd telah diamanahkan untuk memantau pembinaan untuk semua wakaf perigi yang mahu dilaksanakan.

Harga yang diperuntukkan sebuah perigi adalah sebanyak USD 130 dan kos pengurusan sebanyak USD 26 atau RM 560.00. Setiap peserta yang membuat wakaf perigi akan diberi salinan surat pengesahan penerimaan wakaf perigi dan juga sijil pelaksanaan yang disahkan sendiri oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

majlis-wakaf-telaga.jpg

Setakat ini sebanyak 16 buah perigi telah selamat diserahkan untuk pembinaan bagi tahun 1427H. Untuk tahun baru 1428H, pihak Al-Ameen telah menerima 19 buah perigi yang juga telah dihantar ke Kemboja untuk urusan pembinaan.

(more…)

Seramai 26 orang peserta yang mengikuti rombongan ziarah ke Kemboja bermula 30 Disember 2006 hingga 3 Januari 2007. Program ziarah ini bertujuan untuk melihat sendiri pelaksanaan korban & aqiqah di samping mengeratkan silaturrahim sesama Islam antara Malaysia dan Kemboja.

Malam waktu ketibaan

makan-di-PM.jpg Sewaktu sampai ketika itu jam menunjukkan 6.30 petang (7.30 petang waktu malaysia) rombongan disambut seterusnya kesemua ahli rombongan dibawa ke Pejabat Mufti Kemboja dalam satu majlis beramah mesra bersama mufti dan kakitangannya. Peserta juga sempat dijamu selera dengan masakan Kemboja yang mana nampak sangat mereka berselera menjamah makanan walaupun baru pertama kali mencubanya.

Kemudian, dengan menaiki van peserta dibawa menuju ke Kg Cham yang mana perjalanannya mengambil masa selama 2 setengah jam. Di kampung inilah nanti majlis perasmian korban Eidhul Adha akan diadakan. Dalam perjalanan di kiri kanan jalan hanya kelihatan sawah dan rumah-rumah kampung. Oleh kerana keletihan kebanyakkan peserta tertido sehinggalah sampai ke tempat penginapan iaitu Hotel Mekong. Pemandangan yang indah dapat dilihat memandangkan kedudukan hotel Mekong itu yang terletak berhadapan dengan sungai Mekong.

Hari Pertama

Keesokkan harinya dalam jam 7.00 pagi, kesemua peserta lelaki telah siap sambil berpakaian lengkap berbaju melayu & bersamping manakala peserta perempuan cantik berbaju kurung almaklumlah hari ini 31 Disember 2006 hari raya Eidhul Adha. Walaupun berjauhan dengan keluarga, jelas terpancar di wajah mereka kegembiraan kerana dapat merasa sambutan dan suasana hari raya di tempat orang. Sempat lagi bergambar beramai-ramai di tepi Sungai Mekong sebelum bertolak ke Kg Cham.

Ternyata penduduk kampung ni-lembu-nak-korban.jpg di Kg Kerbau, Kg Cham sudah menanti ketibaan rombongan. Sambutan yang diterima cukup seronok, peserta dijemput sama-sama menunaikan solat sunat hari raya Eidhul Adha sambil mendengar kutbah yang disampaikan oleh Mufti Kemboja dalam bahasa Cham. Selesai solat, haiwan ternakan untuk penyembelihan telah sedia ada, maka proses penyembelihan pun dimulakan dahulu oleh Mufti, Okhna Hj Kamaruddin Yusof. 4 ekor lembu tumbang, setelah siap dilapah, daging diagihkan oleh peserta ziarah kepada penduduk kampung. Gembira kerana dapat merasa makan daging biarpun setahun sekali.

cari-rezeki.jpgOps terlupa! Petang hari raya Eidhul Adha, peserta dibawa menaiki bot besar menyusuri sungai Mekong sambil melihat nelayan menangkap ikan di tengah-tengah sungai.  Pemandangan yang menarik juga dapat dilihat yang mana dipersisiran sungai Mekong, banyak tempat tinggal sementara nelayan selama musim menangkap ikan. Kelihatan anak-anak bermandi manda, kaum ibu membasuh kain dan ada juga yang sedang menjahit jala atau pukat yang rosak.

Hari Kedua

Sepanjang beberapa hari di sini, memang penuh aturcara yang disusun untuk peserta ziarah. Hari ini ada 2 buah masjid yang akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Othsman Hassan. Masjid yang dirasmikan ialah:

                                       othman-hassan-potong-reben.jpg

1. Masjid Kampung Dong Kombet, Kg Cham, Kemboja

2. Masjid di Kg Tuol Moy, Kg Cham, Kemboja

Di kesempatan itu juga, pihak pengurusan & pejabat Mufti menyerahkan semua sumbangan-sumbangan & wakaf perigi yang majlis-guru-agama.jpgditerima daripada peserta Malaysia. Haji Ibrahim Omar, peserta ziarah juga turut memberi sumbangan peribadi kepada guru-guru agama yang hadir ketika itu. Â

Setelah selesai majlis penyerahan sumbangan & wakaf perigi yang dibuat, peserta semua dijemput menjamu selera di rumah imam masjid Kampung Dong Kombet. Peserta dijamu dengan nasi putih, daging korban yang siap dimasak kari, ulam-ulaman dan juga tidak lupa kuih Kemboja ditambah lagi dengan dibasahkan tekak dengan air kelapa muda.

 jalan-ronda-kampung.jpgAlhamdulillah kenyang sudah maka berangkat balik la peserta ziarah ke Hotel tempat menginap untuk malam itu. Oleh kerana masih ada masa yang terluang, Mufti membawa peserta ke satu lagi masjid yang dirasmikan hari itu di Kampung Tuol Moy. Di sini peserta hanya turun sebentar sahaja untuk melihat dan kemudiannya peserta dibawa pula ke rumah orang kampung untuk tambahan sumbangan wakaf perigi. Sebanyak 10 buah perigi yang diwakafkan oleh peserta Malaysia diserahkan semasa majlis itu.Â

Peserta dijamu lagi dengan air kelapa muda. Setelah penat, peserta dibawa pulang ke hotel. Di waktu malam kerana tiada aturcara yang mahu dibuat, maka peserta masing-masing membuat aktiviti masing-masing. Kebanyakkannya berjalan-jalan di tepi sungai Mekong menghirup udara malam yang diterangi bulan penuh.

Hari Ketiga

Peserta bersiap-siap sambil mengemas barang-barang keperluan untuk bertolak balik ke Phnom Penh. Sebelum bertolak peserta bersarapan di Hotel Mekong bagi mengalas perut semasa dalam perjalanan nanti. Kali ini dalam perjalanan balik ke Phnom Penh, peserta sempat dibawa ke Pusat Islam Kemboja.asrama-CIC.jpg

Pada masa ini pelajar-pelajar kesemuanya pulang bercuti sekeliling. Kemudahan yang lengkap seperti pejabat pentadbiran, asrama pelajar dan juga masjid sudah tersedia untuk kegunaan pelajar. Ada di antara peserta yang berminat untuk membantu dalam usaha membangunkan kompleks pendidikan untuk umat Islam di Kemboja ini.

Lebih kurang 1 jam di Pusat Islam ini, perjalanan pun diteruskan. Peserta sempat singgah membeli buah-buahan di kedai-kedai yang ada di sepanjang jalan menuju ke Phnom Penh.Antara buah-buahan yang dibeli adalah buah susu dan juga buah khvet (di malaysia takde buah ni).Kalau nak rasa buah khvet ini, datang lah ke Kemboja.

buat-kerja.jpg Sampai di Phnom Penh, peserta dibawa pula check in di Hotel Puncak. Peserta sempat merehatkan diri 30 minit sebelum dibawa pula ke kampung nelayan di Chraing Chamres, KM 9 untuk melihat nelayan menangkap ikan. Ada antara peserta sempat membeli ikan masin sewaktu menziarahi kampung nelayan. Dibawa pula ke pejabat Mufti, peserta berehat sementara menunggu ke malam kerana malam ini ada program ramah mesra bersama Setiausaha Kementerian Agama Kemboja, Tuan Zakaryya Adam. Program yang bermula selepas solat maghrib dipenuhi dengan berbagai-bagai soalan tentang umat Islam Kemboja.

Van yang sudah sedia menunggu akan membawa peserta apabila selesai sahaja program ke Restoran City Cat yang mana peserta dijamu dengan nasi dan lauk-pauk yang dimasak khas untuk peserta ziarah. Dah kenyang peserta pun dihantar pulang ke Hotel.

Hari Keempat

Hari ini peserta akan dibawa city tour ke bandar Phnom Penh. Muzium toul sleng yang mana banyak cerita tentang sejarah semasa kekejaman pol pot banyak ditunjukkan di sini. Ada banyak gambar-gambar dan juga tempat-tempat yang digunakan oleh komunis pol pot terhadap umat Islam Kemboja.

Berjalan-jalan di sekitar bandar, peserta juga dibawa lalu di hadapan istana. Walaupun peserta tidak dapat masuk ke dalam istana memadai lah walaupun hanya dapat melalui luar pagar sahaja.

Akhir sekali peserta dibawa untuk membeli belah di pasar Toul Tompong. Di sini lah banyak barang-barang keperluan atau souvenir yang mahu dibawa pulang boleh didapati. Peserta diberi masa 2 jam untuk membeli belah. Pusing-pusing di dalam pasar mencari apa yang berkenan di hati. Harganya yang agak berpatutan menyebabkan peserta tidak tahu untuk membuat pilihan apa yang mahu dibeli.T-shirt Kemboja, kemeja, barang-barang souvenir memang banyak antara yang dibeli oleh peserta untuk dijadikan kenangan apabila pulang ke Malaysia nanti.

Penat sungguh jalan-jalan pusing keliling pasar Toul Tompong yang sememangnya besar. Sempat minum-minum beli air tin di kedai menghilangkan dahaga. Siap semua peserta pun sudah selesai membeli belah terus balik ke hotel. Makan nak keluar pulak untuk makan malam. Malam ni jemputan makan malam di rumah Timbalan Gabenor yang terletak tidak jauh dari hotel sambil beramah mesra. Bukan senang nak jumpa orang besar almaklum lah sibuk dengan kerja. Ini pun kira peserta beruntung kerana Ust Sabri dapat meluangkan masa untuk makan bersama-sama.Selesai makan, balik semula ke hotel. Tido……

Hari Kelima (hari terakhir)

Â

beramah-mesra-bersama-duta.jpg

Sebelum keluar pagi itu, peserta bersarapan di hotel. Kemudian kerana hari ini telah dibuat temujanji untuk bertemu dengan Duta Besar Malaysia Di Kemboja, TYT Adnan Othman di pejabat kedutaan. Alhamdulillah di samping dapat beramah mesra untuk  mengeratkan silaturrahim antara peserta dan juga Duta, Ketua urus setia Program Korban & Aqiqah di Kemboja, Tuan Zakaryya Adam berkesempatan menyampaikan laporan akhir pelaksanaan program korban eidhul adha & aqiqah 1427H kepada datuk Duta.

Setelah selesai peserta sekali lagi diberi peluang untuk membeli belah di pasar Thmey. Mungkin semalam ada yang tidak berkesempatan membeli barang yang dicari jadi hari ini adalah kesempatan walaupun sekejap.

Balik semula ke hotel, siap-siap mengemas barang masing-masing, kemudian peserta dibawa menjamu selera di Restoran Malaysia untuk mengisi perut makan tengah hari supaya tidak kelaparan dalam perjalanan nanti.

Â

airport.jpg

Â

Perjalanan ke lapangan terbang Pochentong tidak mengambil masa yang lama memandangkan ia tidak jauh dari bandar Phnom Penh. Terpancar di wajah peserta kepuasan walaupun hanya 5 hari di Kemboja. Sekurang-kurangnya selama 5 hari di sini dapat meninggalkan satu kenangan manis untuk dikenang sekembalinya di Malaysia nanti.

Â

Â

Â

                                              korban-di-kg-kerbau.jpg

Pada hari raya Korban Eidhul Adha 1427H yang lalu, majlis perasmian telah diadakan pada 10 Zulhijjah 1427H bersamaan 31 Disember 2006 di Masjid Darul Salam, Kg Krabey, Ka Kor, Kg Siem, Kg Cham, Kemboja.    Â

Kesemua peserta ziarah Kemboja dari Malaysia telah sama-sama memeriahkan majlis korban yang mana sebelum penyembelihan ternakan korban, peserta sama-sama bersembahyang sunat Eidhul Adha di Masjid tersebut.

Selepas selesai majlis penyembelihan, peserta dibawa dari rumah ke      tengah-bagi-daging.jpg      rumah orang kampung untuk mengagihkan daging tersebut. Kegembiraan jelas terpancar di wajah penduduk kampung yang mana mereka hanya merasa “makan daging setahun sekali”.

“Makanlah dari daging korban itu dan berikanlah kepada fakir miskin serta simpanlah”

maksud hadith

 mufti.jpg                  Â

 Mufti Kerajaan Kemboja, Okhna Hj Kamaruddin Yusof yang sama-  sama hadir dalam majlis ini merakamkan rasa syukur terhadap budi baik rakyat Malaysia yang melaksanakan ibadah ini sejak dari 13 tahun yang lalu.

Sohibus Samahah Mufti Kemboja menetapkan agihan seekor lembu korban atau aqiqah bagi setiap 100 buah keluarga dalam sesuatu kampung untuk diagihkan. Mengikut sunnah daging korban diagihkan dalam keadaan belum masak manakala daging aqiqah pula dimasak dan diadakan jamuan.

Jawatankuasa agihan daging korban disusun di setiap kampung agar setiap keluarga dalam kampung tersebut dapat merasai daging korban walaupun sedikit.

“Muliakanlah korban-korbanmu kerana nanti ia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal-Mustaqim”

maksud hadith

Â

“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya, tetapi yang sampai kepada Allah ialah ketakwaan kamu”

Maksud al-Haj: 37

Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar walillahilham….CM.jpg

“Alhamdulillah, program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja 1427H yang lalu telah selamat dilaksanakan. Pada tahun ke-13 program ini, 1437 ternakan korban & aqiqah serta 6 ekor ternakan nazar telah disempurnakan di seluruh Kemboja. Pada Hari Raya Eidhul Adha, 10 Januari 2006 bersamaan 10 zulhijjah 1427H ternakan korban mula disembelih dan daging korban diagihkan kepada semua keluarga Islam di Kemboja. Daging aqiqah pula telah dimanfaatkan untuk jamuan kahwin, jamuan untuk masyarakat Islam dan jamuan sempena perasmian masjid.

Bagi tahun 1428H ini, harga yang ditetapkan adalah RM 205 (bahagian lembu) korban, RM 250 (bahagian lembu)aqiqah manakala RM 395 untuk seekor kambing korban atau kambing. Penyertaan aqiqah yang diterima setakat hari ini adalah sebanyak 74 ekor.

Saya berbesar hati kerana dapat bersama-sama menjayakan program ini dan semoga ibadah yang dilaksanakan ini diterima dan diberkati oleh Allah s.w.t.”

Haji Che Mazlan Saad

Pengerusi Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

aji-moktar.jpg“Program ini memberi kesedaran yang mendalam mengenai perlunya semangat ukhuwah sesama Islam. Kita akan terlalai dibuai kesenangan di tempat sendiri jika tidak mengikuti program seperti ini.”

Haji Mokhtar Bin Haji Mohd Zain, peserta ziarah Kemboja dari Malaysia (more…)

« Previous Page