Seramai 26 orang peserta yang mengikuti rombongan ziarah ke Kemboja bermula 30 Disember 2006 hingga 3 Januari 2007. Program ziarah ini bertujuan untuk melihat sendiri pelaksanaan korban & aqiqah di samping mengeratkan silaturrahim sesama Islam antara Malaysia dan Kemboja.
Malam waktu ketibaan
 Sewaktu sampai ketika itu jam menunjukkan 6.30 petang (7.30 petang waktu malaysia) rombongan disambut seterusnya kesemua ahli rombongan dibawa ke Pejabat Mufti Kemboja dalam satu majlis beramah mesra bersama mufti dan kakitangannya. Peserta juga sempat dijamu selera dengan masakan Kemboja yang mana nampak sangat mereka berselera menjamah makanan walaupun baru pertama kali mencubanya.
Kemudian, dengan menaiki van peserta dibawa menuju ke Kg Cham yang mana perjalanannya mengambil masa selama 2 setengah jam. Di kampung inilah nanti majlis perasmian korban Eidhul Adha akan diadakan. Dalam perjalanan di kiri kanan jalan hanya kelihatan sawah dan rumah-rumah kampung. Oleh kerana keletihan kebanyakkan peserta tertido sehinggalah sampai ke tempat penginapan iaitu Hotel Mekong. Pemandangan yang indah dapat dilihat memandangkan kedudukan hotel Mekong itu yang terletak berhadapan dengan sungai Mekong.
Hari Pertama
Keesokkan harinya dalam jam 7.00 pagi, kesemua peserta lelaki telah siap sambil berpakaian lengkap berbaju melayu & bersamping manakala peserta perempuan cantik berbaju kurung almaklumlah hari ini 31 Disember 2006 hari raya Eidhul Adha. Walaupun berjauhan dengan keluarga, jelas terpancar di wajah mereka kegembiraan kerana dapat merasa sambutan dan suasana hari raya di tempat orang. Sempat lagi bergambar beramai-ramai di tepi Sungai Mekong sebelum bertolak ke Kg Cham.
Ternyata penduduk kampungÂ
di Kg Kerbau, Kg Cham sudah menanti ketibaan rombongan. Sambutan yang diterima cukup seronok, peserta dijemput sama-sama menunaikan solat sunat hari raya Eidhul Adha sambil mendengar kutbah yang disampaikan oleh Mufti Kemboja dalam bahasa Cham. Selesai solat, haiwan ternakan untuk penyembelihan telah sedia ada, maka proses penyembelihan pun dimulakan dahulu oleh Mufti, Okhna Hj Kamaruddin Yusof. 4 ekor lembu tumbang, setelah siap dilapah, daging diagihkan oleh peserta ziarah kepada penduduk kampung. Gembira kerana dapat merasa makan daging biarpun setahun sekali.
Ops terlupa! Petang hari raya Eidhul Adha, peserta dibawa menaiki bot besar menyusuri sungai Mekong sambil melihat nelayan menangkap ikan di tengah-tengah sungai.  Pemandangan yang menarik juga dapat dilihat yang mana dipersisiran sungai Mekong, banyak tempat tinggal sementara nelayan selama musim menangkap ikan. Kelihatan anak-anak bermandi manda, kaum ibu membasuh kain dan ada juga yang sedang menjahit jala atau pukat yang rosak.
Hari Kedua
Sepanjang beberapa hari di sini, memang penuh aturcara yang disusun untuk peserta ziarah. Hari ini ada 2 buah masjid yang akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Othsman Hassan. Masjid yang dirasmikan ialah:
                                       
1. Masjid Kampung Dong Kombet, Kg Cham, Kemboja
2. Masjid di Kg Tuol Moy, Kg Cham, Kemboja
Di kesempatan itu juga, pihak pengurusan & pejabat Mufti menyerahkan semua sumbangan-sumbangan & wakaf perigi yang
diterima daripada peserta Malaysia. Haji Ibrahim Omar, peserta ziarah juga turut memberi sumbangan peribadi kepada guru-guru agama yang hadir ketika itu. Â
Setelah selesai majlis penyerahan sumbangan & wakaf perigi yang dibuat, peserta semua dijemput menjamu selera di rumah imam masjid Kampung Dong Kombet. Peserta dijamu dengan nasi putih, daging korban yang siap dimasak kari, ulam-ulaman dan juga tidak lupa kuih Kemboja ditambah lagi dengan dibasahkan tekak dengan air kelapa muda.
Â
Alhamdulillah kenyang sudah maka berangkat balik la peserta ziarah ke Hotel tempat menginap untuk malam itu. Oleh kerana masih ada masa yang terluang, Mufti membawa peserta ke satu lagi masjid yang dirasmikan hari itu di Kampung Tuol Moy. Di sini peserta hanya turun sebentar sahaja untuk melihat dan kemudiannya peserta dibawa pula ke rumah orang kampung untuk tambahan sumbangan wakaf perigi. Sebanyak 10 buah perigi yang diwakafkan oleh peserta Malaysia diserahkan semasa majlis itu.Â
Peserta dijamu lagi dengan air kelapa muda. Setelah penat, peserta dibawa pulang ke hotel. Di waktu malam kerana tiada aturcara yang mahu dibuat, maka peserta masing-masing membuat aktiviti masing-masing. Kebanyakkannya berjalan-jalan di tepi sungai Mekong menghirup udara malam yang diterangi bulan penuh.
Hari Ketiga
Peserta bersiap-siap sambil mengemas barang-barang keperluan untuk bertolak balik ke Phnom Penh. Sebelum bertolak peserta bersarapan di Hotel Mekong bagi mengalas perut semasa dalam perjalanan nanti. Kali ini dalam perjalanan balik ke Phnom Penh, peserta sempat dibawa ke Pusat Islam Kemboja.
Pada masa ini pelajar-pelajar kesemuanya pulang bercuti sekeliling. Kemudahan yang lengkap seperti pejabat pentadbiran, asrama pelajar dan juga masjid sudah tersedia untuk kegunaan pelajar. Ada di antara peserta yang berminat untuk membantu dalam usaha membangunkan kompleks pendidikan untuk umat Islam di Kemboja ini.
Lebih kurang 1 jam di Pusat Islam ini, perjalanan pun diteruskan. Peserta sempat singgah membeli buah-buahan di kedai-kedai yang ada di sepanjang jalan menuju ke Phnom Penh.Antara buah-buahan yang dibeli adalah buah susu dan juga buah khvet (di malaysia takde buah ni).Kalau nak rasa buah khvet ini, datang lah ke Kemboja.
 Sampai di Phnom Penh, peserta dibawa pula check in di Hotel Puncak. Peserta sempat merehatkan diri 30 minit sebelum dibawa pula ke kampung nelayan di Chraing Chamres, KM 9 untuk melihat nelayan menangkap ikan. Ada antara peserta sempat membeli ikan masin sewaktu menziarahi kampung nelayan. Dibawa pula ke pejabat Mufti, peserta berehat sementara menunggu ke malam kerana malam ini ada program ramah mesra bersama Setiausaha Kementerian Agama Kemboja, Tuan Zakaryya Adam. Program yang bermula selepas solat maghrib dipenuhi dengan berbagai-bagai soalan tentang umat Islam Kemboja.
Van yang sudah sedia menunggu akan membawa peserta apabila selesai sahaja program ke Restoran City Cat yang mana peserta dijamu dengan nasi dan lauk-pauk yang dimasak khas untuk peserta ziarah. Dah kenyang peserta pun dihantar pulang ke Hotel.
Hari Keempat
Hari ini peserta akan dibawa city tour ke bandar Phnom Penh. Muzium toul sleng yang mana banyak cerita tentang sejarah semasa kekejaman pol pot banyak ditunjukkan di sini. Ada banyak gambar-gambar dan juga tempat-tempat yang digunakan oleh komunis pol pot terhadap umat Islam Kemboja.
Berjalan-jalan di sekitar bandar, peserta juga dibawa lalu di hadapan istana. Walaupun peserta tidak dapat masuk ke dalam istana memadai lah walaupun hanya dapat melalui luar pagar sahaja.
Akhir sekali peserta dibawa untuk membeli belah di pasar Toul Tompong. Di sini lah banyak barang-barang keperluan atau souvenir yang mahu dibawa pulang boleh didapati. Peserta diberi masa 2 jam untuk membeli belah. Pusing-pusing di dalam pasar mencari apa yang berkenan di hati. Harganya yang agak berpatutan menyebabkan peserta tidak tahu untuk membuat pilihan apa yang mahu dibeli.T-shirt Kemboja, kemeja, barang-barang souvenir memang banyak antara yang dibeli oleh peserta untuk dijadikan kenangan apabila pulang ke Malaysia nanti.
Penat sungguh jalan-jalan pusing keliling pasar Toul Tompong yang sememangnya besar. Sempat minum-minum beli air tin di kedai menghilangkan dahaga. Siap semua peserta pun sudah selesai membeli belah terus balik ke hotel. Makan nak keluar pulak untuk makan malam. Malam ni jemputan makan malam di rumah Timbalan Gabenor yang terletak tidak jauh dari hotel sambil beramah mesra. Bukan senang nak jumpa orang besar almaklum lah sibuk dengan kerja. Ini pun kira peserta beruntung kerana Ust Sabri dapat meluangkan masa untuk makan bersama-sama.Selesai makan, balik semula ke hotel. Tido……
Hari Kelima (hari terakhir)
Â

Sebelum keluar pagi itu, peserta bersarapan di hotel. Kemudian kerana hari ini telah dibuat temujanji untuk bertemu dengan Duta Besar Malaysia Di Kemboja, TYT Adnan Othman di pejabat kedutaan. Alhamdulillah di samping dapat beramah mesra untuk  mengeratkan silaturrahim antara peserta dan juga Duta, Ketua urus setia Program Korban & Aqiqah di Kemboja, Tuan Zakaryya Adam berkesempatan menyampaikan laporan akhir pelaksanaan program korban eidhul adha & aqiqah 1427H kepada datuk Duta.
Setelah selesai peserta sekali lagi diberi peluang untuk membeli belah di pasar Thmey. Mungkin semalam ada yang tidak berkesempatan membeli barang yang dicari jadi hari ini adalah kesempatan walaupun sekejap.
Balik semula ke hotel, siap-siap mengemas barang masing-masing, kemudian peserta dibawa menjamu selera di Restoran Malaysia untuk mengisi perut makan tengah hari supaya tidak kelaparan dalam perjalanan nanti.
Â
Â
Perjalanan ke lapangan terbang Pochentong tidak mengambil masa yang lama memandangkan ia tidak jauh dari bandar Phnom Penh. Terpancar di wajah peserta kepuasan walaupun hanya 5 hari di Kemboja. Sekurang-kurangnya selama 5 hari di sini dapat meninggalkan satu kenangan manis untuk dikenang sekembalinya di Malaysia nanti.
Â
Â
Â