Picture1

2 Kisah Nabi Ibrahim Yang Boleh Dijadikan Pengajaran

Apabila tiba waktu yang mendekati raya korban, banyak ustaz atau ustazah dan ahli-ahli agama yang akan menceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim.

Ini kerana kisah ini yang menjadi pintu kepada sambutan perayaan hari raya korban. Kisah Nabi Ibrahim adalah kisah yang istimewa, memberi pengajaran dan mengajar umat Islam.

Dalam artikel ini, kami akan menceritakan kepada anda tentang 2 kisah Nabi Ibrahim serta beberapa doa melalui kisah-kisah yang menarik ini. Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang menarik bagi umat Islam.

2 Kisah Nabi Ibrahim

Kami akan pecahkan bahagian artikel ini kepada 2 bahagian supaya lebih senang untuk anda membaca tentang kisah Nabi Ibrahim.

1. Kisah Nabi Ibrahim Tidak Dibakar Api

Kisah Nabi Ibrahim pertama yang kami akan menceritakan kepada anda adalah tentang kisah Nabi Ibrahim yang tidak dibakar api.

Pada zaman Nabi menjadi Rasul, beliau ditugaskan menjadi hamba Allah SWT yang akan menghapuskan kesyirikan tersebut dan menghilangkan kebatilan-kebatilan yang sesat.

Ini kuat diamalkan oleh penduduk negeri Harran yang merupakan kaum Musyrikin penyembah bintang dan berhala.

Selain dari Nabi Ibrahim, isterinya, dan anak saudaranya, Nabi Lut, penduduk lain merupakan orang kafir.

Apabila Nabi Ibrahim berusaha untuk menghapuskan syirik dalam kaum masyarakat, beliau telah dihukum oleh Raja Namrud di mana beliau akan dibakar secara hidup dalam api yang besar.

Raja Namrud memerintahkan supaya semua ahli masyarakat membawa seberkas api untuk digunakan bagi membakar Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim tidak takut dan sentiasa tenang kerana beliau tahu semua yang dilakukan adalah untuk kebaikan umat dan menurut perintah Allah SWT.

Tetapi semua orang sudah menghala api ke arah Nabi Ibrahim, terdapat satu fenomena yang menarik terjadi.

Ini bermula apabila semua binatang-binatang yang melata di muka bumi ini cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim AS kecuali cicak.

Rasullulah SAW bersabda: “Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata di muka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya ia (cicak) meniupkan api ke atas Nabi Ibrahim…” Hadis Riwayat Ibn Hatim

Nabi Ibrahim tidak terbakar dan hanya tali yang ikatnya sahaja telah kena api. Kisah Nabi Ibrahim ini boleh dilihat di dalam Al-Quran di mana firman Allah SWT:

قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ ﴿٩٥﴾ وَاللَّـهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ ﴿٩٦﴾ قَالُوا ابْنُوا لَهُ بُنْيَانًا فَأَلْقُوهُ فِي الْجَحِيمِ ﴿٩٧﴾ فَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَسْفَلِينَ

Maksudnya: (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: “Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat? “Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!” (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: “Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu”. Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya). Surah al-Saffat (95-98)

يَٰنَارُ كُونِي بَرۡدٗا وَسَلَٰمًا عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ

Maksudnya: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!” Surah al-Anbiya’ (69)

2. Terciptanya Ibadah Korban

Kisah Nabi Ibrahim yang kedua merupakan kisah yang diketahui oleh kebanyakkan umat Islam kerana merupakan kisah yang menjadi penyebab terciptanya ibadah korban.

Pada suatu malam, Nabi Ibrahim telah bermimpi bahawa baginda diperintahkan untuk menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail apabila ia mencapai umur remaja.

Mimpi tersebut bukan mimpi yang sekali namun menjadi mimpi yang berterusan. Disebabkan itu, Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail untuk tunaikan tugas penyembelihan tersebut.

Nabi Ismail tidak mempersoalkan tindakan ayahnya dan menurut arahan beliau. Ini boleh di mana Allah SWT berfirman:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. (As-Saffat: 102)

Namun, apabila tiba masa Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Allah SWT menurunkan wahyu supaya tidak perlu menyembelih Nabi Ismail dan menggantikan korban  seekor kambing besar.

Dengan kisah Nabi Ibrahim ini, ia telah mencipta ibadah korban pada waktu Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada setiap tahun.

5 Doa Melalui Kisah Nabi Ibrahim

Di bahagian ini pula, kami akan menceritakan kepada anda 5 doa melalui kisah Nabi Ibrahim.

       1.    Doa Untuk Dikurniakan Ilmu Pengetahuan

Doa pertama dari kisah Nabi Ibrahim ini adalah apabila baginda memohon untuk dikurniakan ilmu dan kejayaan dari Allah SWT. Doa tersebut adalah seperti berikut:

رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ ﴿٨٣﴾ وَٱجْعَل لِّى لِسَانَ صِدْقٍ فِى ٱلْـَٔاخِرِينَ ﴿٨٤﴾ وَٱجْعَلْنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ ﴿٨٥﴾ وَٱغْفِرْ لِأَبِىٓ إِنَّهُۥ كَانَ مِنَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿٨٦﴾

وَلَا تُخْزِنِى يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat; Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula.” Surah Asy-Syua’ra’: ayat 83-87

       2.    Doa Untuk Memohon Amal Kita Diterima

Ini merupakan doa pada waktu kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina Kaabah di Mekah. Baginda memohon agar Allah menerima amalnya iaitu membina Kaabah. Ia adalah seperti:

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ.

Maksudnya: “Ya Tuhan kami terimalah amal dari kami sungguh Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”  Surah al-Baqarah: 127

       3.    Doa Untuk Dapat Zuriat dan Keluarga Taat

Doa seterusnya adalah satu doa yang sentiasa dibaca oleh Nabi Ibrahim kerana ingin keturunanannya terdiri dari mereka yang taat. Doa tersebut adalah seperti berikut:

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ ﴿٤٠﴾ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”. Surah Ibrahim: ayat 40-41

             4.    Doa Untuk Menghilangkan Duka

Ini merupakn doa kisah Nabi Ibrahim yang telah diceritakan di dalam artikel ini iaitu kisah Nabi Ibrahim dibakar secara hidup-hidup. Doa ini dibaca seperti berikut:

 اَلَّذِيْنَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ اِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوْا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ اِيْمَانًاۖ وَّقَالُوْا حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

Maksudnya: Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang ketika ada orang-orang mengatakan kepadanya, ‘Orang-orang (Quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,’ ternyata (ucapan) itu menambah (kuat) iman mereka dan mereka menjawab, ‘Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.’ Surah Ali Imran: ayat 173

5.    Doa Dilindungi dan Dilimpahkan Rezeki

Doa terakhir dibaca oleh Nabi Ibrahim kepada negeri Mekah sebelum meninggalkan Baitullah. Doa ini dibaca supaya Mekah menjadi negeri yang selamat dan rakyatnya beriman.

Doa itu adalah seperti berikut:

رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُمْ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku jadikanlah negeri Mekkah ini negeri yang aman dan berilah rezeki berupa buah-buahan kepada penduduknya iaitu di antara mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian.” Surah al- Baqarah: ayat 126

Kesimpulannya, kisah Nabi Ibrahim merupakan satu perkara yang perlu diketahui oleh semua umat Islam kerana ia memainkan peranan yang sangat tinggi dalam hidup kita.

Korban Aqiqah menawarkan pakej korban bagi umat Islam di Malaysia dengan harga yang berpatutan!

Harga pakej korban & aqiqah termasuk jamuan aqiqah adalah seperti berikut:

  • 1 Bahagian Lembu : RM 390.00
  • 1 Ekor Kambing : RM 690.00

Yuran penyertaan telahpun mengambil kira harga ternakan korban & aqiqah, pembiayaan jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.

Anda juga akan dapat Sijil Pengesahan Pelaksanaan Aqiqah yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search