Ibadah Korban Di Kemboja

PERCUMA: Kursus Mudahnya Belajar Tajwid al-Barqy

Tajwid al-Barqy

 

Assalamualaikum wrt wbt
Tuan / puan

Kepada Tuan/Puan yang menyertai ibadah korban & aqiqah pada 1438H, Terima kasih kami ucapkan. Semoga amal ibadah kita diterima oleh-Nya.

 

Seperti yang anda sedia maklum, KURSUS PERCUMA mengenai  MUDAHNYA BELAJAR TAJWID KAEDAH AL BARQY adalah salah satu nilai tambah yang kami berikan kepada anda yang menyertai ibadah korban & aqiqah bersama kami di AL AMEEN SERVE HOLDINGS SDN BHD.

 

Kursus kaedah mudah belajar Tajwid kaedah al-Barqy ini bertujuan untuk mengetahui dan mempelajari:

 

  • Kepentingan dan fadhilat mengajar dan belajar tajwid al-Quran
  • Keistimewaan kaedah mudah belajar Tajwid al-Barqy
  • Teknik pengajaran berkesan untuk kata kunci dan sebutan asas al-Quran
  • Teknik pengajaran berkesan & bacaan berirama “Izhar Halqi”
  • Teknik pengajaran berkesan & bacaan berirama ” Idgham Bilaghunnah”
  • Teknik pengajaran berkesan & bacaan berirama ” Idgham Bigunnah”
  • Teknik pengajaran berkesan “Ikhfaq Syafawi, Idgham Mislain Soghir & Izhar Syafawi”
  • Teknik pengajaran Mim dan Nun Syaddah
Tenaga Pembimbing:
Ustaz Windi Chaldun

BA (Hadis) Al-Azhar University MA (‘Arabic Linguistic Studies’) University Sumatera UtaraPernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sumatera Utara dan Timbalan Guru Besar Sekolah Menengah Islam Al-Azhar, Medan. Beliau mendapat sarjana muda di Universiti Al-Azhar dalam bidang hadis dan sarjana dalam bidang ‘Arabic Linguistic   Studies’. Kini beliau sedang menyambung pengajiannya di peringkat PHd dalam bidang ‘Arabic Linguistic Studies’ di Universiti Islam Antarabangsa.

 

Kursus ini akan diadakan pada:

 

  • 7 Oktober 2017 (Sabtu)
  • 8:30 pagi – 5:30 petang
Bertempat di Pejabat urusan Al Ameen Serve Holdings:
Medan Makmur Off Jalan Usahawan
53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Untuk RSVP, SMS nama anda sebelum 2 Oktober 2017 ke:

 

017 281 7691 – En. Azraai
013 373 5520 – Ustaz Rasyid
603 4143 4343 – Main Line

 

Tawaran ini percuma untuk seorang sahaja. Bayaran RM70 akan dikenakan kepada yang ingin membawa lebih daripada seorang. Makanan & minuman tidak disediakan sepanjang perjalanan kursus.

 

Terima kasih.
Tim Korban & Aqiqah di Kemboja
03 4143 4343
www.korbanaqiqah.com.my