pakej makanan
pakej makanan

Sumbangan Pakej Makanan

Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Pimpinan TertinggiĀ  Umat Islam Kemboja (YAPIK) serta Kalamullah Al Quran & Multilingual School, Pattani, Thailand telah melaksanakan agihan bungkusan makanan untuk fakir miskin di Kemboja dan juga Thailand bagi membantu mereka yang terkesan disebabkan pandemik COVID 19 yang memberi impak besar kepada seluruh Negara.

Pengerusi Program, Haji Che Mazlan berkata, keadaan pandemik yang berlaku sangat memberi kesan besar kepada penduduk kampung miskin kerana terjejasnya pekerjaan dan pendapatanĀ  mereka.

Justeru katanya, pakej bungkusan makanan berupa beras, minyak masak, sos, milo, sardin, susu pekat, gula, biskut, kurma dan juga sirap bancuh yang bernilai RM100 dilancarkan dan diagihkan kepada fakir miskin, orang kurang upaya dan yang hilang punca pendapatan serta yang memerlukan di Kemboja serta Pattani, Thailand. Setiap pakej boleh dinikmati oleh satu keluarga dan akan cukup bekalan mereka selama sebulan.

Insya Allah, agihan akan dibuat secara berterusan agar keperluan makanan sentiasa ada dan cukup selagi situasi pandemik tidak berubah dan keadaan kembali seperti sedia kala.

Baca sini: Laporan agihan pakej makanan di Kemboja

Baca sini: Laporan agihan pakej makanan di Pattani, Thailand

Terima kasih.

Logo Korban Aqiqah di Kemboja

Lebih 1094 Pakej Makanan Diagihkan

Mudah, Murah & Diyakini

Saya berminat untuk menyertai

Search