Takbir Raya: Ketahui Masa, Lafaz Serta Maksudnya
Takbir raya merupakan perkara yang kita akan kaitkan dengan hari perayaan Islam kerana ia adalah lafaz yang kita dengar pada setiap tahun.
Walaupun ia adalah perkara yang sering didengari oleh umat Islam di seluruh Malaysia, namun masih ramai orang tidak tahu tentang maksudnya, sebutan dan lafaz yang betul.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang takbir raya supaya anda lebih memahami dan menghayatinya.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
Masa Untuk Takbir Raya
Untuk pengetahuan anda, waktu untuk bertakbir pada hari raya adalah berbeza bagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Berikut adalah waktu bagi kedua-dua peristiwa bersejarah dalam agama Islam:
Hari Raya Aidilfitri
Bagi Hari Raya Aidilfitri, waktu untuk takbir raya bermula pada waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat hari raya.
Ini adalah perkara yang diketahui ramai dan merupakan info yang sangat penting sebagai umat Islam.
Hari Raya Aidiladha
Bagi Hari Raya Haji pula, ia berbeza kerana umat Islam boleh bertakbir pada waktu yang lebih lama.
Waktu untuk takbir raya Aidiladha bermula pada waktu solat Subuh Hari Arafah dan berhenti sehingga tamatnya waktu solat Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga.
Untuk umat Islam yang menetap di Malaysia dan menyambut raya di Malaysia, anda disunatkan untuk bertakbir selepas solat fardhu iaitu bermula Subuh 9 Zulhijjah hingga waktu Asar 13 Zulhijjah.
Lafaz Takbir Raya
Untuk takbir raya, terdapat dua jenis takbir mengikut para Ulama iaitu, Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.
Takbir Mursal
Takbir raya ini lebih ditekankan bagi Hari Raya Aidilfitri berbanding Hari Raya Aidiladha. Takbir raya ini tidak terikat dengan waktu solat dan juga dipanggil Takbir Mutlak.
Ini membolehkan seseorang itu untuk bertakbir sepanjang masa sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya.
Takbir Muqayyad
Takbir raya ini pula berbeza kerana ia terikat dengan solat fardhu. Seperti yang dinyatakan di bahagian awal artikel ini, umat Islam disunatkan untuk bertakbir selepas setiap solat fardhu.
Dengan itu, jenis takbir raya ini hanya dilaksanakan bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilfitri.
Berikut adalah lafaz takbir raya serta bacaan rumi dan maksudnya. Ia disusun mengikut tertibnya dalam takbir raya tersebut.
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
********* 3 kali ********
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
Allahu akbar kabiiraa
Allah Maha Besar sebesar-besarnya
وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا
Walhamdulillaahi katsiiraa
Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya
وَسُبْحَانَ اللهُ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ
Laa ilaaha illallallahu
Tidak ada Tuhan melainkan Allah
وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ
walaa na’budu illaa iyyaahu
kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya
مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ
mukhlishiina lahuddiin
dengan ikhlas untuk agama (Islam)
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
Walau karihal kaafiruun
walaupun dibenci oleh golongan kafir
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
Laa ilaaha illallallahu wahdah
Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa
صَدَقَ وَعْدَهُ
sadaqa wa’dah
yang benar janji-Nya
وَنَصَرَ عَبْدَهُ
wanashara ‘abdah
dan yang menolong hamba-Nya
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
wa a’azza jundahu
dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)
وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
wahazamal ahzaaba wahdah
dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Kesimpulannya, takbir raya merupakan satu perkara yang istimewa dan penting untuk diketahui oleh semua umat Islam di Malaysia.
Bagi mereka yang bakal membuat persiapan ibadah Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, anda boleh merujuk kepada syarikat kami iaitu Al Ameen Serve Holdings.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai ibadah korban di luar Malaysia, kami menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.
Syarikat kami telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.
Proses berurusan dengan kami adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.
Borang juga boleh dimuat turun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.
Anda juga boleh emel borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com.
Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM390.
Manakala bagi seekor kambing ialah RM690. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.
Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.
Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480