Skip to content
Petugas program ibadah korban sedang mengagihkan daging korban kepada penduduk di Kemboja.

REBUTLAH PELUANG UNTUK MENYERTAI PROGRAM IBADAH KORBAN PADA HARI RAYA AIDILADHA YANG AKAN DATANG INI…

Assalamualaikum WBT.

REBUTLAH PELUANG UNTUK MENYERTAI PROGRAM IBADAH KORBAN PADA HARI RAYA AIDILADHA YANG AKAN DATANG INI…

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

Apakah hikmah berkorban?

Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan:

✅ Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.

✅ Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.

✅ Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.

✅ Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.

Wallahuaklam

Penyertaan program ibadah korban di Kemboja masih dibuka sehingga hari Tasyrik!

Hanya RM420/bahagian lembu & 1 ekor kambing RM720:

www.korbanaqiqah.com.my

Zulhijjah kembali lagi, membawa bersama 10 hari yang amat mulia dalam Islam. Inilah masa terbaik untuk kita menggandakan amal, memperbanyak ibadah, dan meraih keampunan Allah SWT.

🌟 Kenapa 10 Hari Ini Sangat Istimewa?
✔ Allah bersumpah dengannya dalam Surah al-Fajr – ”Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta) hari dalam bulan Zulhijjah).” (Surah al-Fajr : 1-2).
✔ Hari Arafah. Hari penuh keampunan dan kerahmatan.
✔ Hari Raya Aidil Adha & ibadah korban.
✔ Gabungan ibadah agung: Solat, Puasa, Haji, Korban dan Zikir

Amalan Yang Digalakkan:
📿 Banyakkan solat sunat, baca al-Quran & berzikir.
🕌 Berpuasa dari 1–9 Zulhijjah, terutamanya pada Hari Arafah.
📢 Bertakbir bermula Subuh Hari Arafah hingga Asar 13 Zulhijjah.
🐄 Laksanakan ibadah Korban jika berkemampuan.
💖 Galakkan keluarga untuk turut menyemarakkan hari-hari mulia ini.

Akhir Kata & Doa:
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebut 10 hari awal Zulhijjah dengan semangat dan kesungguhan. Hiasi rumah dengan amal soleh, hidupkan jiwa dengan zikrullah, dan dekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga kita termasuk dalam golongan hamba yang berjaya dan diterima amalnya.

Terima kasih.

AL-AMEEN SERVE HOLDINGS SDN BHD (378533-T)

2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A, Medan Makmur off Jln Usahawan, 53200 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia. No. Lesen: AJL 931362

AKAUN BANK AL AMEEN SERVE HOLDINGS SDN BHD

NAMA: AL AMEEN SERVE HOLDINGS SDN BHD
MAYBANK : 562188345977

HUBUNGI KAMI UNTUK KHIDMAT PELANGGAN

03-4143 4343 – No. Pejabat
012-211 2580 – No. WhatsApp

[email protected]

Back To Top