Picture1

Cara Tahnik Bayi Mengikut Islam

Kelahiran seorang bayi dalam sesebuah keluarga akan disambut dengan gembira kerana bersyukur di atas kelahiran yang baharu.

Di dalam sudut Islam, bayi baru lahir akan disambut dengan diazankan berdekatan dengan telinga bayi. Si comel ni juga sunat untuk ditahnik dan dicukur rambutnya.

Perkara seperti aqiqah dan berkhatan atau berkhitan juga sunat dilakukan. Semua ini dilakukan bagi tujuan kesyukuran kepada Allah Taala dan menjaga kesucian zahir dan batin.

Pada kali ini, kita akan fokus kepada tahnik bayi. Adakah anda tahu apa itu tahnik bayi?

Apa Itu Tahnik ?

Orang dahulu menggunakan istilah belah mulut. Amalan membelah mulut ini bertujuan untuk membantu bayi untuk mudah bercakap apabila meningkat dewasa.

Dari sudut pandang Islam, ia dipanggil sebagai tahnik. Tahnik merupakan ibadah sunnah untuk menyambut kelahiran bayi selain daripada aqiqah.

Amalan tahnik dilakukan dengan membelah mulut bayi dengan buah tamar yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagianya lagi masuk ke dalam perutnya.

Hukum melakukan tahnik adalah sunat. Cara mentahnik bayi yang baru lahir dengan memberikan sesuatu yang manis, seperti buah kurma dan ditahnik oleh orang yang soleh dan bertaqwa.

Persediaan dan Cara Mentahnik Anak

  1. Sediakan kurma dan air zamzam.
  2. Beristighfar sebelum memulakan tahnik.
  3. Mulakan dengan bacaan al-Fatihah.
  4. Bacakan Ayat Kursi.
  5. Baca juga selawat Syifa dan Selawat Kamilah.
  6. Baca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas.
  7. Ambil kurma dan kunyah sehingga lembik. Ambil kurma menggunakan jari kelingking dan masukkan dalam mulut anak.
  8. Apabila jari sudah di dalam mulut bayi, bacakan ayat 33-37 Surah Ali Imran.
  9. Tarik jari dari mulut bayi dan suapkan sedikit air zamzam.
  10. Kemudian, anda boleh bacakan doa untuk anak

Dari sudut pandang kesihatan, para ibu bapa wajib elakkan tahnik dengan menggunakan madu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) madu tidak sesuai untuk diberikan kepada bayi yang berusia kurang daripada 12 bulan.

Walaupun dicampur dengan susu atau makanan lain, madu masih terlalu ‘kuat’ untuk dihadam bayi. Ia boleh melemahkan otot bayi dan menyebabkan kegagalan sistem pernafasan.

Untuk tahnik bayi, cukup saja menggunakan kurma. Anda disarankan untuk menggunakan kurma ajwa.

Had Umur Tahnik Bayi

Bayi disunatkan untuk ditahnik seawal usia dia dilahirkan.

Hal ini berdasarkan kepada hadith daripada Anas bin Malik RA bahawa beliau membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari kepada Rasulullah SAW selepas Abdullah RA baru dilahirkan. Katanya:

ذَهَبْتُ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ الأَنْصَارِيِّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حِينَ وُلِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي عَبَاءَةٍ يَهْنَأُ بَعِيرًا لَهُ فَقَالَ ‏”‏ هَلْ مَعَكَ تَمْرٌ ‏”‏ ‏.‏ فَقُلْتُ نَعَمْ ‏.‏ فَنَاوَلْتُهُ تَمَرَاتٍ فَأَلْقَاهُنَّ فِي فِيهِ فَلاَكَهُنَّ ثُمَّ فَغَرَ فَا الصَّبِيِّ فَمَجَّهُ فِي فِيهِ فَجَعَلَ الصَّبِيُّ يَتَلَمَّظُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ حُبُّ الأَنْصَارِ التَّمْرَ ‏”‏ ‏.‏ وَسَمَّاهُ عَبْدَ اللَّهِ

Maksudnya: “Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari RA yang baru lahir menemui Rasulullah SAW pada ketika itu, baginda memakai aba’ah (العباءة) sedang melumurkan untanya dengan minyak. Baginda bertanya: “Adakah kamu membawa tamar?” Aku menjawab: “Ada,” lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda. Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itu pun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya. Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar. Lalu Baginda menamakannya Abdullah.”

Jika bayi dilahirkan pada waktu pagi, maka seeloknya pada petang tersebut ditahnik dan diberikan nama tanpa perlu menunggu hari ketujuh.

Berdasarkan nas di atas, jelaslah bahawa perbuatan mentahnik bayi seelok-eloknya pada hari yang sama bayi tersebut dilahirkan.

Jika terdapat kekangan seperti bayi perlu dijaga dan mendapatkan rawatan di hospital, maka ibu bapa boleh melewatkannya selepas bayi kembali sihat, dalam tempoh masa tujuh hari atau lebih

Namun, menurut Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak menjadi masalah untuk tahnik walaupun setelah lebih dari tempoh kerana ia dibolehkan.

Semoga perkongsian mengenai tahnik bayi membantu para ibu bapa yang pertama kali menjadi ibu bapa agar dapat faham dengan lebih jelas tentang tahnik.

Ibadah sunat lain yang boleh anda lakukan ialah melakukan korban dan wakaf. Kelebihan wakaf dan korban menyumbang kepada masyarakat adalah bukti kekuatan amalan ini.

Semoga wakaf terus diteruskan sebagai tradisi yang terus membawa manfaat kekal untuk generasi akan datang.

Jika anda ingin berwakaf. Kami boleh bantu anda memulakan wakaf seperti wakaf perigi, wakaf tandas dan wakaf Al-Quran serendah RM35 sahaja.

Bagi yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuat turun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM390.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM690. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search