Doa Tidur: Amalan Yang Sering Dilupakan
Allah SWT menjadikan malam itu waktu untuk berehat. Sewaktu zaman sekolah, kita sering diajar untuk membaca doa tidur.
Dalam Islam, tidur juga mempunyai adab-adab yang seseorang muslim hendaklah amalkan dalam kehidupan.
Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak membantu anda mempraktikkan amalan yang sering dilupakan ini.
Untuk artikel kali ini, kami akan sertakan panduan doa tidur serta sunnah yang boleh dijadikan rutin harian.
Kenapa Kena Baca Doa Sebelum Dan Selepas Tidur?
Seperti yang kita tahu, tidur merupakan waktu istirehat selepas penat pada siang hari.
Kita disarankan untuk mendapatkan tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari.
Tidur juga merupakan separuh daripada kematian. Ia seumpamanya mengingatkan kita kepada kematian yang hakiki.
Oleh itu, Rasulullah SAW mengajar kita berdoa dengan lafaz seperti berikut ketika sebelum tidur dan selepas tidur.
Doa Sebelum Tidur
Maksudnya:
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati”
Doa Bangun Tidur
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”
Amalan Yang Disunatkan Sebelum Tidur
Rasulullah SAW menggalakkan kita melakukan beberapa perkara sebelum tidur untuk mendapatkan tidur yang berkat.
Berwuduk sebelum tidur
Mengambil wuduk sebelum tidur digalakkan untuk menjaga kesucian sewaktu tidur
Mengiring ke sisi kanan
Menurut kajian, tidur dalam posisi mengiring ke kanan adalah posisi tidur yang sihat iaitu membantu melancarkan proses pernafasan.
Elak daripada tidur dalam keadaan meniarap kerana berisiko menganggu saluran pernafasan dan jantung.
Menjaga kebersihan tempat tidur
Biasakan membersihkan tempat tidur daripada kekotoran seperti debu dan bakteria.
Jika tidur dalam keadaan yang bersih secara tidak langsung kita pasti akan tidur dalam keadaan yang selesa.
Membaca doa sebelum tidur
Terasa ketenangan untuk tidur apabila sering mengamalkan amalan membaca doa sebelum tidur.
Selain daripada doa tidur, membaca ayat Kursi atau apa-apa ayat suci al-Quran juga amat digalakkan.
Sentiasa ingat doa itu adalah senjata umat Islam. Maka, biasakan diri yang kerdil ini untuk berdoa walaupun untuk tidur.
Selepas terjaga daripada tidur, jangan lupa untuk mengucapkan tanda syukur kepada Allah SWT.
Alhamdulillah masih panjang umur dan diberi peluang untuk meneruskan kehidupan.
Tidur tidaklah bermaksud terus memejamkan mata sahaja.
Ada baiknya kita mengamalkan beberapa amalan sebelum tidur seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Islam memberikan suatu cara hidup yang sempurna yang mengandungi ajaran merangkumi seluruh aspek kehidupan.
Dengan berehat sahaja kita masih berpeluang untuk mengumpul pahala.
Kesimpulannya, bila kita hidupkan sunnah kita peroleh pahala. Begitu pemurahNya Allah SWT. Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Bagi yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.
Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.
Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.
Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.
Borang juga boleh dimuat turun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.
Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM390.
Manakala bagi seekor kambing ialah RM690. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.
Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.
Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.
Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480