Hari Raya Haji

8 Amalan Sunat Hari Raya Haji Yang Anda Boleh Lakukan

  • Info

Hari raya haji merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh umat Islam selain daripada hari raya puasa dan bulan Ramadan. Hari ini sinonim dengan hari untuk keluarga berkumpul.

Selain itu, tahukah anda banyak amalan sunat yang boleh dilakukan sepanjang hari raya haji?

Dalam artikel ini anda akan tahu definsi hari raya haji dan amalan yang boleh diamalkan.

Teruskan membaca!

Definisi Hari Raya Haji

hari raya haji

Hari raya haji atau hari raya korban ini merupakan hari yang cukup bermakna kepada umat Islam di seluruh dunia. Hari raya ini akan disambut pada 10 Zulhijjah dalam kalendar Islam.

Hari raya korban ini dirayakan adalah untuk memperingati hari pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ismail. Nabi Ibrahim telah menyembelih anaknya Nabi Ismail atas arahn Allah SWT.

Selain itu, hari raya korban diingati sebagai hari raya haji kerana pada ketika itu umat Islam sedang melakukan ibadah Haji di tanah suci Mekkah.

Pada hari raya korban itu, haiwan al-an’am atau haiwan berkaki empat yang jinak akan disembelih sebagai peringat pengorbanan Nabi Ismail. 

Haiwan yang dibolehkan untuk disembelih antaranya ialah unta, lembu, kambing dan biri-biri. Sembelihan ini boleh dilakukan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Pada tarikh 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah merupakan hari Tasyrik iaitu hari yang diharamkan untuk berpuasa kepada semua umat Islam.

Setelah disembelih, daging-daging boleh diagihkan kepada individu yang lebih berhak untuk menerimanya. Antaranya ialah orang miskin, anak yatim, orang Islam yang ditimpa masalah. 

8 Amalan Sunat

hari raya haji

Berikut merupakan amalan yang boleh dilakukan pada hari raya haji.

  1. Mandi Sunat Hari Raya

Sama seperti hari raya puasa, hari raya ini juga umat Islam digalakkan untuk mandi sunat. Mandi sunat ini boleh dilakukan selepas solat subuh atau selepas fajar.

Kaum lelaki boleh mengamalkan cara pemakaian yang sering dipakai pada hari jumaat. Seperti memakai wangian, mencuci mulut, memakai pakaian lengkap.

  1. Ke Masjid Dengan Lebih Awal

Seperti hari raya puasa, umat Islam digalakkan untuk ke masjid untuk melaksanakan solat sunat hari raya seterusnya mendengar khutbah raya. 

Untuk kaum wanita, disunatkan untuk pergi ke masjid untuk sembahyang dan mendengar khutbah jika tiada halangan. Kaum wanita boleh hanya berzikir di rumah.

  1. Bertakbir Raya

Takbir akan bermula pada hari Arafah hingga asar hari Tasyrik.

  1. Makan Selepas Solat Hari Raya
hari raya haji

Berbeza dengan hari raya puasa yang disunatkan untuk makan sebelum ke masjid untuk solat sunat, untuk hari raya haji pula disunatkan melewatkan makan iaitu selepas solat sunat.

  1. Bersedekah 

Bersedekah seperti yang kita tahu dapat membantu meluaskan rezeki kita. Sedekah pada hari raya boleh diberikan kepada kaum kerabat atau saudara-mara. Bersedekah mengikut kemampuan.

  1. Tidak Memotong Kuku dan Mencukur Rambut

Sekiranya seseorang individu itu hendak berkorban, dinasihatkan untuk tidak memotong kuku dan mencukur rambut.

  1. Ceria Di Hari Raya

Sememangnya kegembiraan hendak digambarkan pada hari raya yang mana menjadi hari untuk berkumpul semua keluarga. Ini akan mengukuhkan lagi hubungan sesame individu. 

  1. Berjaga Malam

Umat Islam dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang untuk berjaga malam pada hari raya tersebut. Malam-malam boleh diisi dengan qiamullai, berzikir, baca al-Quran dan bertasbih.

Umat Islam juga boleh melakukan persediaan untuk hari raya pada malam hari raya.

Kesimpulannya, amalan ini hendaklah diamalkan oleh para umat Islam agar memperoleh pahala. Ini adalah cara memperoleh pahala dengan mudah.

Banyak amalan yang telah dicadangkan. Boleh diamalkan semasa hari raya setiap tahun. 

Jika anda berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Antara servis yang kami tawarkan adalah seperti berikut:

Wakaf Perigi

Bantuan pembinaan perigi untuk penduduk Kemboja yang tiada bekalan air berpaip.

Wakaf Tandas

Sumbangan pembinaan tandas untuk penduduk Kemboja yang mempunyai masalah sanitasi.

Wakaf Al-Quran 

Pengagihan Al-Quran kepada komuniti yang tidak mempunyai Al-Quran yang mencukupi.

Pakej Makanan

Sedekah Pakej Makanan kepada komuniti fakir miskin di Malaysia, Kemboja & Pattani.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilak ukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search