Picture1

Kelebihan Mengamalkan Ayat Kursi

Terdapat banyak ayat al-Quran dan surah yang sangat dekat di hati umat Islam. Salah satunya adalah ayat Kursi yang merupakan antara ayat pertama yang kita diajar sejak kecil.

Walaubagaimanapun, mungkin ada yang tidak mengamalkan ayat ini dalam kehidupan seharian kerana tidak tahu tentang fadhilat dan kelebihan yang dibawa oleh ayat tersebut.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang Ayat Kursi serta kelebihan yang anda boleh menikmati jika mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tentang Ayat Kursi

Sebelum kami menerangkan kepada anda kelebihan Ayat Kursi, mari kita belajar tentang latar belakang ayat ini serta maksud yang dibawa olehnya.

Untuk pengetahuan anda, Ayat Kursi atau juga dikenali sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah.

Apabila ayat ini diturunkan, para syaitan dan iblis gempar dan gelisah disebabkan ayat ini yang menghalang mereka daripada menggoda manusia untuk melakukan dosa.

Ayat ini menceritakan tentang keagungan Allah SWT dan kekuasaan yang meliputi tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi.

Ayat ini diberi nama Ayat Kursi kerana di dalam ayat tersebut terdapat perkataan kursi yang bermaksud Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat.

Ini perkara yang sangat menarik namun tidak diketahui oleh ramai orang!

Kelebihan Ayat Kursi

Berikut merupakan beberapa kelebihan dan fadhilat yang terdapat pada Ayat Kursi.

1. Pembaca Mendapat Laluan Ke Syurga

Bagi mereka yang membaca Ayat Kursi setiap kali selesai solat Fardhu, maka tidak ada perkara yang akan menghalang mereka daripada memasuki syurga.

Ini berdasarkan Hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.”

(Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)

2. Benteng Dari Syaitan Apabila Tidur

Ayat Kursi juga merupakan satu senjata yang bagus bagi melindungi diri daripada gangguan syaitan semasa tidur.

Ini boleh dilakukan jika anda membaca Ayat Kursi sebelum tidur berdasarkan kisah yang oleh Abu Hurairah r.a dalam riwayat al-Bukhari.

3. Melindungi Rumah Dari Gangguan Syaitan

Selain daripada gangguan semasa tidur, Ayat Kursi juga boleh membantu untuk melindungi rumah anda dari terkena gangguan syaitan.

Ini boleh dilihat berdasarkan ayat di bawah:

“Sesungguhnya, seorang yang membaca ayat Kursi setiap kali masuk ke rumahnya, maka syaitan akan keluar dari rumah tersebut.” (Tafsir Ibn Kathir)

4. Mengandungi nama-nama Allah yang Indah dan Agung

Ayat Kursi sedikit istimewa berbanding dengan ayat lain kerana kaya dengan nama-nama Allah.

Jika anda mengamalkan ayat ini, sudah pasti anda akan selalu terfikir tentang nama-namaNya yang mulia serta kekuasaan dan keagungan yang dimilikiNya.

Antara nama-nama Allah yang terdapat dalam Ayat Kursi adalah al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal) dan al-‘Ilm (Maha Mengetahui).

5. Dapat Memudahkan Proses Menimba Ilmu

Ayat Kursi juga boleh memudahkan urusan pembelajaran anda. Ini kerana kita dapat menghayati maksud ayat memberitahu kita bahawa segala ilmu yang dipelajari adalah milik Allah.

Berikut adalah hadis yang menyebut tentang perkara ini:

Daripada Ubai bin Ka’ab, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya: “Wahai Abu al-Munzir (gelaran Ubai bin Ka’ab), adakah kamu tahu ayat al-Quran apakah yang paling agung?”

Aku menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.”

Baginda bertanya lagi: “Wahai Abu al-Munzir, adakah kamu tahu ayat al-Quran apakah yang bersama kamu itu yang paling agung?”

Aku menjawab: “الله لَا إِلَه إِلَّا هُوَ الْحَيّ القيوم (Ayat Kursi).”

Baginda menepuk-nepuk dadaku lalu bersabda: “Demi Allah, kamu akan dipermudahkan untuk mendapat ilmu wahai Abu al-Munzir.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, Ayat Kursi merupakan satu ayat yang sangat istimewa dalam agama Islam dan seharusnya diamalkan oleh setiap umat Islam.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuat turun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui WhatsApp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM390.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM690. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search