Kelebihan Bersedekah

Kelebihan Bersedekah di Bulan Ramadan

Antara kelebihan sedekah yang anda mungkin sudah tahu adalah pahala yang berterusan selama ianya masih bermanfaat.

Dengan kehadiran bulan Ramadan mukmin yang berpuasa berlumba-lumba menambah amalan baik. Tidak hanya itu, umat Islam digalakkan bersedekah lebih banyak pada bulan ini.

Baca sehingga habis untuk mengetahui keajaiban dan kelebihan sedekah pada bulan Ramadan.

Hadis Sedekah

‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Daripada hadis ini, Allah membenci perbuatan yang berakhlak buruk dan sangat menyukai sifat dermawan yang ada dalam manusia.

kelebihan sedekah

Malah Rasulullah S.A.W telah bersabda;

‏اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)

Malah dua sifat; alim dan juud (dermawan) hanya akan dicapai oleh hamba Allah yang mempunyai sifat dermawan jika didukung dengan tafaqquh fiddin, mengilmu agama dengan baik.

Sementara itu, Rasulullah S.A.W juga telah bersabda:

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeki oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325)

Anjuran Sedekah Tertulis Dalam Al-Quran

Selain daripada kekuatan hujah bersedekah daripada bersedekah, ianya dierindahkan lagi dengan bukti melalui Al-Quran melalui surah:

Surah Saba:39

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Bermaksud:

Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki

Surah Al-Baqarah:261

مَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bermaksud:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

kelebihan sedekah

Dalil Bersedekah

Perintah bersedekah banyak disebutkan di dalam Al-Quran. Surah Al-Baqarah ayat 195 ada menyatakan;

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” 

Kelebihan Sedekah Pada Bulan Ramadan

Sedekah bukanlah setakat pada kebaikan kepada manusia yang menerima, malah kepada Manusia yang menghulur.

Pada bulan Ramadan, amalan ini menjadi sedekah jariah yang berterusan dengan pembersihan harta jika diberikan dengan sepenuh hati dan ikhlas.

kelebihan sedekah

Menghapuskan Dosa Dengan Bersedekah

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

Sedekah yang paling afdhal adalah dengan taubat daripada dosa yang pernah dilakukan. Ianya merupakan salah satu cara untuk menaiktaraf segala amalan yang dilakukan. Kerana tanpa taubat, sedekah boleh menjadi sia-sia.

Antara 7 jenis Manusia Yang Mendapat Naungan Pada Hari Akhir

7 golongan tersebut adalah;

  1. Pemimpin yang adil,
  2. Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah
  3.  Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, 
  4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, 
  5. Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah’, 
  6. Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya
  7. Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2] basah kerana menangis.

Keberkatan Kepada Harta

kelebihan sedekah

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Maksud berkurang disini menurut Syarh Shahih Muslim, An Nawawi ada menjelaskan, 

“Para ulama menyebutkan bahwa yang dimaksud disini mencakup 2 hal:

  1.  Hartanya diberkahi dan dihindarkan dari bahaya. Maka pengurangan harta menjadi ‘impas’ tertutupi oleh berkah yang abstrak. Ini boleh dirasakan oleh indera dan kebiasaan. 
  2. Jika secara dzatnya harta tersebut berkurang, maka pengurangan tersebut ‘impas’ tertutupi pahala yang didapat, dan pahala ini dilipatgandakan sampai berlipat-lipat banyaknya”

Pintu Syurga Untuk Orang Yang Bersedekah

Pernahkah anda dengarkan kisah manusia yang dimasukkan syurga tanpa hisab?

Terdapat 4 golongan manusia yang akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa perlu dihisab.

kelebihan sedekah

Salah satunya adalah dermawan yang mengusahakan harta ke jalan Allah dengan sumber yang halal dan tanpa riak.

Bagaimana Rasulullah Menjadi Dermawan Pada Bulan Ramadan?

Rasulullah S.A.W pada hayatnya adalah seorang yang sangat dermawan malah akan melipat gandakan amalan dengan memperlebihkan amalan itu.  Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma ada menceritakan;

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)

Lipat Gandakan Pahala Puasa Anda Dengan Bersedekah

Jika anda ingin mengikuti sunnah Rasulullah pada bulan Ramadan, anda boleh bersedekah dengan memberi manfaat kepada sesama Muslim.

Bukankah itu satu kelebihan sedekah kepada diri anda dan saudara Islam anda?

kelebihan sedekah

Sedekah yang afdal tak semestinya hanya dengan pemberian harta secara literal. Malah, boleh dengan memberikan haiwan untuk dikorbankan ataupun dengan membina wakaf.

korban aqiqah

Alhamdulillah, hampir 1000 bungkusan makanan disedekahkan untuk edaran di Kemboja dan Pattani sempena Ramadan kali ini.

Anda boleh klik di bawah kalau anda ingin menderma dengan Korban Aqiqah.

Boleh kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan agar mereka juga mendapat manfaat.

Search