Assalamualaikum wrt. wbt.

Tuan / Puan,

Alhamdulillah sudah ke tahun 26 pelaksanaan program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja beserta wakaf perigi dan juga wakaf tandas.

Keberkesanan program ini diyakini dengan penglibatan secara langsung Sohibus Samahah Okhna Haji Kamaruddin Yusof, Mufti Kerajaan Kemboja.

Sertai program ini dan Tuan / Puan berpeluang untuk mendapatkan tawaran hadiah !

Penyertaan awal sebelum 15 Ramadan 1440H / 20 Mei 2019 akan mendapat kelebihan berikut:

Kursus Percuma: Taklimat keibubapaan Cemerlang. Nilai: RM180.00. Sesuai untuk ibu bapa & guru.

Cabutan Bertuah: Ziarah Islami ke Kemboja 5 Hari 4 Malam untuk 2 orang. Nilai: RM3000.00. Saksikan sendiri pelaksanaan ibadah Korban & Aqiqah di Kemboja.

Buku Percuma: Cari Kata Minda Cerdas, Bermain sambil belajar. Nilai: RM6.90. Permainan minda yang berunsurkan Islam dan menepati kurikulum Pendidikan Islam.

Jika Tuan / Puan berminat untuk mengikuti rombongan Ziarah Islami Kemboja, tarikh penerbangan pergi pada 9 Ogos 2019 dan penerbangan balik pada 13 Ogos 2019. Sila layari www.korbanaqiqah.com.my untuk maklumat penuh Ziarah Islami.

Sumbangan berbuka puasa yang diterima akan disempurnakan majlis berbuka puasa untuk orang kampung di Kemboja. Jamuan berbuka puasa akan dijalankan selama 10 hari terakhir bulan Ramadan. Sumbangan majlis berbuka puasa untuk pelajar-pelajar Madrasah juga boleh disempurnakan mengikut kepada permintaan.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi urus setia di talian 03 4143 4343 atau whatsapp ke talian 011 2384 8480.

Banyak kelebihan yang akan Tuan / Puan perolehi apabila membuat penyertaan awal di samping mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Tarikh tutup penyertaan Korban Eidul Adha di Kemboja ialah pada 9 Zulhijjah 1440H / 10 Ogos 2019.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Haji Che Mazlan Saad
Pengerusi
Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

Logo Korban Aqiqah di Kemboja

26 tahun menguruskan
aqiqah & korban di Kemboja

Mudah, Murah & Diyakini

Berkat Ramadan! Dapatkan hadiah dan menangi cabutan bertuah yang menarik apabila anda menyertai Program Korban Eidul Adha & Aqiqah di Kemboja bersama Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd

Search