Niat Puasa: Ketahui Jenis-jenis Dan Waktu Bersesuaian
Apabila tiba bulan Ramadan pada setiap tahun, satu perkara yang sangat penting adalah untuk mengetahui syarat-syarat utama seperti niat puasa.
Ia adalah perkara yang sangat penting namun masih mengelirukan. Hal ini kerana mereka mempunyai pandangan berbeza tentang perkara ini.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang amalan berpuasa serta jenis niat puasa dan waktu yang sesuai untuknya.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
Kelebihan Bulan Ramadan
Sebelum kami menerangkan kepada anda tentang niat puasa, mari kita lihat kelebihan yang anda boleh nikmati pada bulan mulia ini iaitu Ramadan.
Lailatul Qadar
Ini merupakan satu kelebihan yang pasti tidak dapat dinikmati di bulan lain.
Lailatul Qadar merupakan malam yang sangat istimewa. Dikhabarkan amalan yang dilakukan pada malam tersebut adalah lebih baik daripada bulan-bulan yang lain.
Ini boleh dilihat di dalam Al-Quran di ayat 1-5 Surah Al-Qadr:
١اِنَّآ اَنْزَلْنٰهُ فِيْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ – ١
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan.)
وَمَآ اَدْرٰىكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِۗ – ٢
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
لَيْلَةُ الْقَدْرِ ەۙ خَيْرٌ مِّنْ اَلْفِ شَهْرٍۗ – ٣
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.
تَنَزَّلُ الْمَلٰۤىِٕكَةُ وَالرُّوْحُ فِيْهَا بِاِذْنِ رَبِّهِمْۚ مِنْ كُلِّ اَمْرٍۛ – ٤
Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.
سَلٰمٌ ۛهِيَ حَتّٰى مَطْلَعِ الْفَجْرِ ࣖ – ٥
Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.
Bulan Diampuni Dosa
Bulan Ramadan juga merupakan bulan dimana dosa seseorang itu diampuni.
Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” [Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)]
Ia merupakan masa yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin bertaubat dan berubah menjadi Muslim yang lebih baik.
Pintu Syurga Dibuka
Seperti yang kita selalu dengar, pada bulan Ramadan, syaitan akan diikat dan pintu neraka akan ditutup.
Sebaliknya, pintu-pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya oleh Allah SWT supaya umat Islam mentaati perintahNya dan menjadi hamba yang soleh.
Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” Abu Hurairah RA
Bulan Diturunkan Al-Quran
Seperti yang diketahui oleh ramai orang, kitab suci Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadan di Gua Hira.
Justeru, kejadian tersebut dikenali sebagai Hari Nuzul Al-Quran..
Kitab tersebut merupakan salah satu rukun Iman. Jadi, ia adalah sumber rujukan yang sangat penting kepada umat Islam dan kehidupan harian.
Niat Puasa
Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis niat puasa pada bulan Ramadan iaitu niat puasa pada setiap hari atau niat puasa sebulan.
Kedua-dua niat puasa ini mudah untuk dilafaz oleh semua umat Islam. Berikut adalah niat puasa tersebut:
i) Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى’
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini, kerana Allah Ta’ala
ii) Lafaz Niat Puasa Ramadhan (Sebulan)
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى ‘
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadann, kerana Allah Ta’ala
Ramai orang berpendapat bahawa waktu yang paling sesuai untuk melafaz niat puasa adalah antara selepas waktu Maghrib dan sebelum masuk waktu Subuh.
Anda juga disarankan untuk masih berniat puasa pada setiap hari walaupun anda sudah niat puasa untuk sebulan di bulan Ramadan.
Kesimpulannya, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat mulia dan perlu diambil peluang untuk beribadah.
Namun begitu, langkah pertama yang perlu anda ketahui adalah mengambil berat mengenai syarat-syarat utamanya seperti niat puasa.
Jika anda mencari syarikat yang boleh membantu anda untuk melakukan aqiqah untuk anak anda, anda boleh mencuba Al Ameen Holdings Sdn Bhd.
Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:
Step 1: Pergi ke e-Ibadah Aqiqah di laman utama
Step 2: Klik butang ‘Teruskan’
Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375 / 1 ekor kambing: RM595)
Step 4: Klik butang ‘Teruskan’
Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai
Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480