Perkara Yang Wajib Anda Tahu Mengenai Korban
Ibadah korban merupakan antara cara terbaik untuk mendekatkan (taqarrub) diri kita kepada Allah SWT seperti kita melakukan ibadat sunat muakkad (سنة مؤكد) yang lain dan merupakan syiar islam yang wajib kepada orang islam yang berkemampuan bagi menegakkan syiar tersebut.
Ibadah korban ini juga membuatkan manusia merendah diri terhadap kekuasaan Yang Maha Pencipta yang diberikan dan menjadi kayu ukur aspek ketaqwaan kita sebagai makhluk dan hamba ciptaan Allah SWT.
Ibadah korban akan lakukan pada Hari Raya Aidiladha yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia pada tarikh 10 hingga 13 Zulhijjah menurut bulan Islam iaitu kalendar hijri.
Rukun Penyembelihan Terhadap Binatang
1. Penyembelih
Penyembelih mestilah seorang yang beragama Islam, berakal, mumayyiz, tahu cara menyembelih dan tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji.
2. Binatang Yang Ingin Disembelih
Binatang yang layak disembelih hanya haiwan ternakan yang halal untuk dimakan orang Islam dan masih hidup.
Hanya haiwan al an’am (haiwan ternakan) yang boleh dikorbankan iaitu haiwan-haiwan yang dibenarkan sebagai haiwan penyembelihan untuk ibadah korban.
Haiwan-haiwan yang dibolehkan untuk dikorbankan ialah:
- Unta
- Lembu/Kerbau
- Biri-biri
- Kambing
3. Alatan untuk menyembelih
Alatan yang dibenarkan ialah mesti menggunakan alatan yang tajam. Alatan yang tidak dibenarkan adalah gigi, tulang dan kuku.
4. Keadaan (tempat/perbuatan) Sembelihan
Lakukan korban di tempat yang lapang dan pastikan berjauhan dari kedudukan haiwan korban yang lain.
Kebaikan Melakukan Korban Ketika Raya Haji
- Sebagai menebus dosa kecuali dosa besar.
- Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala.
- Membentuk sifat ikhlas, sabar, bersyukur, ihsan dan tolong-menolong terhadap orang lain.
- Tanda bersyukur terhadap nikmat yang diberikan Allah SWT atas segala nikmatNya.
- Meringankan beban golongan faqir miskin dengan memberikan sedikit harta kemewahan yang Allah berikan kepada mereka.
- Tanda ketaatan kepada Allah SWT. Ini bertujuan untuk mengingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim As diperintah oleh Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail As.
- Hadis nabi yang bermaksud; “Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” – [HR. Ahmad dan Ibnu Majah]. Oleh itu, ibadah yang dilakukan amatlah berharga dan bukan perkara yang sia-sia.
- Binatang yang dikorbankan akan menjadi saksi di akhirat kelak terhadap amalan ketaatan yang dilakukan.
Pembahagian Daging Korban
Sebelum melakukan pengagihan daging korban, para penyembelih atau jawatankuasa wajib mengasingkan antara daging bahagian korban wajib (nazar) daripada daging bahagian korban sunat sebelum diagihkan kepada penerima.
Hal ini kerana, tujuh bahagian itu berlaku antara mereka yang berniat korban wajib (nazar) dengan mereka yang berniat korban sunat, atau ada bahagian yang diniatkan untuk aqiqah.
Aqiqah dilakukan di mana anak lelaki lebih baik (afdal) dengan dua ekor kambing bersamaan dua bahagian lembu dan anak perempuan dengan satu ekor kambing bersamaan satu bahagian lembu.
Oleh sebab itulah, kambing tidak boleh dikongsi kerana ia untuk seorang sahaja, manakala unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi 7 bahagian walaupun berlainan niat.
Oleh itu, campur tangan dan urusan haruslah disepakati dengan jawatankuasa dan individu yang lain supaya pengurusan daging korban dapat diagihkan dengan baik.
- Memastikan daging korban cukup untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang telah disenaraikan;
- Menyediakan senarai penerima daging korban mengikut keutamaan;
- Mengutamakan golongan fakir dan miskin yang telah dikenal pasti status mereka.
- Mengagihkan daging korban kepada mereka yang tinggal di kawasan terpencil.
- Menyediakan kontena sejuk (jika perlu) untuk menempatkan daging korban sebelum ia diagih ke kawasan pedalaman; dan Mengagihkan daging korban kepada golongan yang berada sekiranya terdapat lebihan daging korban tersebut.
Pembahagian Daging Korban Sunat
Menurut pandangan ulama mazhab Syafie:
- ⅓ untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya.
- ⅓ untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
- ⅓ untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.
Yang paling afdal menurut pandangan ulama syafie adalah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang sesuai dimakan oleh orang yang berkorban.
Pembahagian Daging Korban Wajib Atau Nazar
Wajib semua daging termasuk kulit disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.
Individu yang telah bernazar korban wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya.
Mudah-mudahan ibadah korban yang dilakukan ini mendapat reda Allah serta menjadikan kita hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmatnya.
Pengetahuan mengenai korban harus diulang sehinggalah kita arif dan faham mengenai proses ibadah korban yang dilakukan.
Sempena Raya Haji ini, anda boleh dapatkan promosi yang DASYAT kerana mendapat potongan sebanyak 25% di laman web Awal!
Terdapat pelbagai buku kanak-kanak yang ibu bapa dapatkan bagi mengisi masa dengan anak-anak.
- Buku cerita kanak-kanak
- Buku latihan pra sekolah
- Buku pendidikan sekolah dan macam-macam lagi!
Bukan itu saja, anda boleh dapatkan akses kursus online pendidikan awal kanak-kanak secara percuma yang bernilai RM380! Jadi tunggu apa lagi?
Saya Nak Kursus Online Pendidikan Awal Kanak-Kanak Yang Free!