Image5

Prosedur Lafaz Akad Nikah Bakal Pengantin Lelaki Perlu Tahu

Bagi kaum lelaki, lafaz akad nikah adalah perkara yang perlu diketahui apabila mereka bersedia untuk meneruskan hidup mereka bersama pasangan.

Tetapi, masih ramai lelaki di Malaysia tidak ambil tahu tentang perkara ini dan ia akan menjadi masalah pada masa hadapan apabila hari tersebut tiba.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang lafaz nikah dan prosedur yang anda perlu tahu.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Definisi Lafaz Nikah

lafaz akad nikah

Lafaz akad nikah adalah perkara yang sangat penting kerana ia menjadi penentu jika hubungan halal antara suami isteri itu sah atau tidak.

Walaupun ia dianggap perkara yang kecil dan senang, namun ia adalah perkara yang wajib untuk lepas supaya anda sah untuk sesebuah pasangan itu bergelar suami isteri.

Lafaz nikah ini merupakan lafaz Ijab dan Kabul dan terdapat dalam rukun nikah. Oleh itu, jika ia tidak dilafaz, maka perkahwinan itu tidak sah.

Syarat supaya lafaz adalah sah adalah dua orang melakukan akad iaitu terdiri daripada bakal suami dan wali bagi pihak perempuan.

Pengantin perempuan dan 2 orang lagi saksi lelaki juga perlu ada semasa akad ini berlangsung.

Seperti yang kami nyatakan, lafaz nikah adalah lafaz Ijab dan Kabul. 

Lafaz Ijab adalah ayat yang disebut oleh wali pengantin perempuan manakala lafaz Kabul pula adalah perkataan yang ditutur oleh bakal suami itu.

Contoh lafaz ijab adalah seperti “aku menikahkan kamu dengan anakku-” dan contoh lafaz Kabul pula sepeti “aku terima nikahnya- “.

Perkara ini perlu dihadam supaya bakal-bakal suami di sana dapat tahu apa itu yang dimaksudkan dengan lafaz akad nikah.

Prosedur Lafaz Nikah

Di bahagian ini, kami akan terangkan kepada anda prosedur bagi lafaz nikah supaya anda dapat tahu proses upacara ini.

Ada perkara ini yang tidak wajib tetapi kami mencadangkan anda buat sedemikian supaya semua berjalan dengan lancar dan dapat keberkatan dari Allah SWT.

  1. Khutbah

Sebelum berlangsung lafaz nikah, Imam biasanya akan membuat khutbah tentang nikah. 

Antara perkara yang diceritakan adalah tanggungjawab suami isteri, nafkah, hukum dan sebagainya.

Ia dibaca di hadapan keluarga kedua-dua pasangan dan biasanya dibaca di masjid atau rumah pengantin perempuan. Ia adalah perkara yang selalu berlaku di setiap majlis lafaz nikah.

  1. Lafaz Akad Nikah
lafaz akad nikah

Selepas khutbah, maka langkah seterusnya adalah perkara yang paling penting iaitu lafaz nikah yang menjadi penentu jika hubungan suami isteri itu menjadi halal atau tidak.

Lafaz itu perlu kuat dan jelas supaya ia dapat didengar. Apabila saksi mengatakan perkataan “sah” maka lafaz itu sempurna dan suami isteri itu telah menjadi pasangan yang halal.

  1. Lafaz Taklik

Selepas lafaz nikah, pengantin lelaki perlu membaca lafaz taklik. Ia adalah syarat untuk membubarkan perkahwinan.

Jika suami atau isteri melanggar syarat taklik ini, maka perkahwinan itu boleh dibubarkan.

  1. Pembatalan Air Sembahyang

Seterusnya, suami akan memberi mas kahwin kepada pengantin dan pasangan itu akan membuat upacara pembatalan air sembahyang di mana mereka akan bersalaman.

Kemudian, mereka akan bersalaman bersama ahli keluarga pula untuk meraikan hari istimewa mereka.

lafaz akad nikah
  1. Solat Sunat

Akhir sekali, ramai orang akan solat sunat nikah sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana majlis berjaya berjalan dengan lancar.

Ini juga merupakan solat berjemaah pertama sebagai suami dan isteri.

Kesimpulannya, prosedur lafaz akad nikah perlu diketahui oleh setiap lelaki Islam supaya tidak berlaku masalah pada masa hadapan.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilak ukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

lafaz akad nikah

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search