Picture2

Quran Hour, Tingkatkan Amalan Anda Ketika Ramadhan

Quran Hour merupakan satu iniatif yang sangat baik kerana ia menggalakkan semua umat Islam untuk meninggalkan apa yang dibuat, untuk membaca Al-Quran selama sejam.

Ia biasanya dilakukan pada tarikh-tarikh tertentu oleh badan-badan agama di Malaysia tetapi boleh dilakukan secara sendirian di rumah pada bila-bila masa.

Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan kepada anda kebaikan Quran Hour terutamanya pada bulan Ramadan yang akan datang tidak lama lagi.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.

Fadilat Quran Hour Ketika Ramadan

Untuk pengetahuan anda, fadhilat Quran Hour pada bulan-bulan Ramadan tidak sama seperti bulan lain.

Ini kerana kelebihan yang anda menikmati sangat berbeza berbanding dengan hari biasa.

Satu amalan sunat pada bulan Ramadan akan mendapat pahala seperti satu amalan fardhu. Ini membuatkan Quran Hour menjadi satu perkara yang sangat baik untuk umat Islam.

Anda boleh lakukan pada setiap hari jika mampu pada tengah hari untuk menggantikan masa yang anda biasanya ambil untuk makan.

Dengan membaca dan membuat jadual yang konsisten, anda boleh khatam al-Quran sekurang-kurangnya sekali pada bulan Ramadan yang akan datang ini.

Fadilat Quran Hour ini juga akan lebih besar jika dilakukan pada Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan atau sama dengan 354,000 kali malam biasa.

Ini berdasarkan surah di mana Allah SWT berfirman :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.”  (Surah al-Qadr, ayat 1-3)

Oleh itu, cuba untuk selalu mengadakan Quran Hour secara persendirian jika mampu.

Amalan Sunat Selain Quran Hour Ketika Ramadan

Selain dari mengadakan Quran Hour, terdapat juga amalan-amalan lain yang anda boleh dilakukan pada bulan Ramadan. Berikut adalah beberapa amalan:

       1.    Solat Tarawih

Ini adalah amalan yang sangat istimewa kerana dilakukan pada bulan Ramadan setiap tahun. Ia dilakukan selepas solat Isyak dan boleh dilakukan secara berjemaah atau sendiri.

Terdapat banyak kelebihan yang dibawa oleh amalan ini kerana terdapat kelebihan berbeza pada setiap malam mengikut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA.

       2.    Bersedekah

Bersedakah pada bulan Ramadan juga sangat bagus kerana merupakan satu amalan yang sangat ditekankan di bulan Ramadan oleh Rasulullah SAW.

Ini boleh di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari:

Maksudnya: “Adalah Nabi seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan”. Baginda SAW sangat menekankan kepada kita untuk perbanyakan amalan bersedekah khususnya pada bulan Ramadhan kerana ganjarannya sangat hebat: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”  (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)

Anda boleh sedekah mengikut kemampuan anda asalkan ikhlas.

       3.    Sahur

Selain dari amalan Quran Hour, ramai tidak tahu bahawa bersahur adalah amalan sunat. Kita disunatkan untuk melewatkan sahur kita.

Ia berdasarkan satu hadis di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” (Riwayat Anas Bin Malik RA)

       4.    Berdoa

Ini adalah amalan yang sangat mudah tetapi memberi anda kebaikan yang sangat banyak. Ini berdasarkan satu hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.” (Riwayat Tirmidzi)

       5.    Zakat Fitrah

Ini merupakan satu kewajipan yang dilakukan pada bulan Ramadan iaitu menunaikan zakat fitrah.

Waktu yang paling afdhal untuk membayar zakat ini adalah sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Ini berdasarkan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.A:

“Nabi SAW memerintahkan untuk membayar zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk mengerjakan solat (hari raya).”  (Riwayat Bukhari-1509)

Kesimpulannya, Quran Hour adalah satu perkara yang sangat bagus untuk umat Islam kerana memberi peluang untuk kita meluangkan masa dan melipatgandakan untuk membaca kitab suci dan melakukan kebaikan yang lain.

Anda juga boleh menggunakan peluang ini untuk memberi makanan kepada insan yang kurang kemampuan dengan Korban Aqiqah.

Semua akan dilakukan di Kemboja dan telah mendapat kerjasama dan sokongan Mufti Kerajaan Kemboja serta Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.

Harga untuk pakej adalah seperti berikut:

Ibadah korban:

  • 1 bahagian lembu: RM390
  • 1 ekor kambing: RM690

Ibadah aqiqah:

  • 1 bahagian lembu: RM390
  • 1 ekor kambing: RM690

Yuran penyertaan telahpun mengambil kira harga ternakan korban & aqiqah, pembiayaan jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.

Anda juga akan dapat Sijil Pengesahan Pelaksanaan Aqiqah yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Ia biasanya akan dihantar dalam tempoh 14 hari dan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari selepas atarikh penerimaan penyertaan.

Selain dari pakej korban dan aqiqah, kami juga menawarkan servis wakaf bagi mereka yang ingin derma kepada yang memerlukan.

Berikut adalah beberapa pakej yang anda boleh ambil:

Wakaf Perigi

  • 1 bahagian penyertaan: RM150.
  • 1 buah perigi bersamaan dengan 8 bahagian penyertaan.

Wakaf Tandas

  • 1 bahagian penyertaan: RM150
  • 1 bilik tandas bersamaan dengan 8 bahagian penyertaan.

Wakaf Al-Quran

  • 1 naskah Al-Quran: RM35
  • 1 orang boleh menyertai sehingga 10 naskah Al-Quran wakaf.

Pakej Makanan

  • 1 pakej makanan: RM100
  • Seorang boleh menyertai sehingga 10 pakej makanan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search