Testimoni Tuan Alias Tentang Kami.
Saya mencari maklumat dan perkembangan yang telah dilaksanakan dan program baharu ( jika ada ) oleh Al-Ameen sepanjang masa. Pengurusannya mudah melalui perbankan internet / kad kredit/ ada laporan @ berita yang dihantar melalui pos untuk rujukan . Kos ibadah korban/ aqiqah/sumbangan adalah pada kadar yang termurah dan termampu untuk dilaksanakan.
Soalan 1
Boleh kami tahu bagaimana dan di mana anda tahu tentang perkhidmatan kami?
Saya cari maklumat melalui google dengan kata kunci IBADAH KORBAN. Jadi saya temui banyak agensi-agensi/ individu yang menawarkan perkhidmatan berkenaan. Buat kajian dan pilihan terbaik ialah melalui Al- Ameen. Setakat ini sudah 3 kali ibadah korban dibuat dan 1 kali sumbangan untuk tandas.
Soalan 2
Jika anda terus mencari kami di online, apakah yang menyebabkan anda mencari kami?
Setelah anda temui kami, apa yang menyebabkan anda mahu menggunakan perkhidmatan kami?
Saya mencari maklumat dan perkembangan yang telah dilaksanakan dan program baharu ( jika ada ) oleh Al-Ameen sepanjang masa. Pengurusannya mudah melalui perbankan internet / kad kredit/ ada laporan @ berita yang dihantar melalui pos untuk rujukan . Kos ibadah korban/ aqiqah/sumbangan adalah pada kadar yang termurah dan termampu untuk dilaksanakan.
Soalan 3
Kebanyakkan peserta kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Mereka menyatakan bahawa perkhidmatan kami adalah yang terbaik.
Jika anda rasa perkhidmatan kami adalah yang terbaik, boleh ceritakan pengalaman anda sepanjang bersama kami?
Sepanjang terlibat dengan program oleh Al-Ameen saya sungguh berpuashati kerana kemudahan menggunakan bayaran kad kredit. Walaupun saya menggunakan kad kredit tetapi setelah pembayaran disahkan saya akan membuat pembayaran penuh sekali gus bayaran kad kredit berkenaan bermana tiada berhutang dengan bank. Bukti sijil pun ada dihantar kepada setiap peserta.
Soalan 4
Boleh anda berikan cadangan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan kami?
Tiada