Ibadah Korban Aqiqah Di Kemboja

Testimoni Tuan Mohamed Ambri Tentang Kami.

Dari zaman saya bujang sehingga saya berkahwin dan mempunyai anak seramai 5 orang, Al-ameen telah menjadi sahabat akhirat saya.

Soalan 1

Boleh kami tahu bagaimana dan di mana anda tahu tentang perkhidmatan kami? 

Saya mengetahui mengenai Al-Amim melalui iklan di akhbar harian yang pernah saya baca dahulu dalam pertengahan tahun 90an. Dimana pada masa tu saya baru sahaja graduat  dan sedang dalam tahun pertama bekerja. Ibu menasihatkan saya supaya mengunakan duit pendapatan untuk amalan zakat dan ibadat korban.  Saya sepatutnya menyertai ibadat korban di kariah saya (rumah ibu) tetapi keadaan diri saya berkerja berpindah randah dari satu kawasan projek (project site) menyukarkan saya untuk memutamadkan ibadah korban saya. Saya sentiasa terlepas date line yang ditetapkan. Melalui iklan yang saya baca. Saya mendapati ibadat korban yang diuruskan oleh Al-Amin di Kemboja amat menarik dimana ianya disokong oleh Mufti rakyat Islam Kemboja. Ianyanya memberi keyakinan kepada saya untuk berurus dengan Al-Amin kerana semuanya dilakukan dengan sebaik mungkin. Dari zaman saya bujang sehingga saya berkahwin dan mempunyai anak seramai 5 orang, Al-amin telah menjadi sahabat akhirat saya. Terima kasih yang tak berbelah bagi kerana telah melakukan ibadat korban dan aqiqah bagi pihak saya, hanya Allah yang dapat membalas segala usaha, keringat dan jasa tuan-tuan dan puan-puan.

Soalan 2

Jika anda terus mencari kami di online, apakah yang menyebabkan anda mencari kami?

Saya akan menungu iklan di akhbar harian untuk menghantar secara fax atau melalui surat yang disertai dengan cek sebelum bertukar kepada maybank transfer ataupun melalui credit card. Saya masih menggunakan perkhidmatan syarikat tuan kerana ianya mudah, telus, cemerlang, dimana syarikat Al-Amin dan pejabat Mufti Rakyat Kemboja berganding bahu menjayakan program ini. Boleh saya katakan syarikat inilah yang menjadi pelupur melaksanakan ibadat korban ni di luar dari negara kita secara berhidmah dan professional.

Soalan 3

Kebanyakkan peserta kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Mereka menyatakan bahawa perkhidmatan kami adalah yang terbaik.

Jika anda rasa perkhidmatan kami adalah yang terbaik, boleh ceritakan pengalaman anda sepanjang bersama kami?

Saya memilih untuk kekal Bersama Al-Amin dalam melaksanakan ibadat Korban ini kerana komitmen tinggi yang ditunjukan oleh syarikat ini dalam memajukan umat islam kemboja dari segi akidah, lahiriah dan wasitiah. Al-Amin juga giat melakasanakan  program lain seperti, pam perigi, pam otomatik, surau, tahfiz, derma untuk mereka yang melansungkan perkahwinan menunaikan umrah dan haji dan kerja kerja fisabillillah.

Soalan 4

Boleh anda berikan cadangan untuk menambahbaik mutu perkhidmatan kami?

Saya mempunyai kenalan yang pernah pergi ke Kemboja dan mereka mengatakan yang umat Islam Kemboja amat malas untuk berusaha kerana merasa sangat selesa dengan segala bantuan yang didapati dari Malaysia, Singapura dan Brunei. Saya amat berharap apa yang dikatakan oleh kawan kawan saya itu adalah kes yang terpencil ataupun tidah benar. Saya amat berharap yang pihak Al-Amin bersama pejabat Mufti Rakyat Islam Kemboja dapat merangka satu pelan bertindak yang pratikal untuk memertabatkan umat Islam Kemboja Bersama sama dengan umat Islam, Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia agar Islam menjadi Al-Den dirantau ini.

Search