Pergolakan di Pattani masih berterusan. Namun, golongan pendidik di Pattani terus bermujahadah mendidik anak bangsa agar dapat terus menghayati nilai-nilai Islam dan budaya bangsa. Mereka memerlukan bantuan kita di Malaysia untuk memelihara pendidikan Islam. Kelas-kelas membaca Al-Quran sedang berkembang pesat. Sumbangan anda dalam bentuk naskhah Al-Quran dapat membantu guru-guru di Pattani.
Dalam usaha melahirkan insan yang seimbang, menyeluruh dan bertaqwa serta dapat membentuk ummah yang cemerlang pada masa akan datang, maka pihak Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd akan mengagihkan sumbangan al Quran kepada pusat-pusat pengajian al Quran di Pattani, Thailand melalui Sekolah Kalamullah Al Quran & Multilingual. Harga senaskhah al Quran ialah RM35.00.
Pendidikan Membaca Al-Quran di Pattani
Sekolah Kalamullah Al Quran & Multilingual meneraju pendidikan kaedah terkini membaca Al—Quran iaitu kaedah Qiraati dan Al-Barqy. Kini puluhan ribu anak-anak Pattani sedang mengikuti kelas-kelas membaca al Quran melalui guru-guru yang dilatih oleh Sekolah Kalamullah Al Quran & Multilingual.
Sekolah Kalamullah Al-Quran & Multilingual
Visi
Memperkasakan pendidikan Islam dalam usaha melahirkan insan yang seimbang, menyeluruh dan bertakwa serta membentuk ummah yang cemerlang.
Konsep Pendidikan Sekolah
- Pendidikan bersepadu dengan kurikulum Pendidikan Islam dan kurikulum kebangsaan untuk prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah dengan ciri-ciri berikut:
- guru yang terlatih dan cemerlang
- pembentukan akhlak murid melalui penghayatan dan hafazan al Quran.
- Penggunaan empat bahasa – bahasa Thai, bahasa melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris
- Prasarana yang lengkap dan moden
- Penglibatan ibu bapa yang berterusan
Soontorn Piyawasaon (Abdullah Hassan)
Pengasas Sekolah, Pentadbir Amanah serta Pengurus
Kalamullah Al Quran & Multilingual School
Presiden Yayasan Pendidikan Al Quran Pattani
Thailand
(+66) 8-978022997 / (+66) 0-73491313
kalamullahschool@gmail.com
Fadhilat Wakaf Quran
Al-Quran Mudah Dipelajari & Dihayati : 17 القمر
Dan Demi Sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah siapa yang mahu ambil peringatan dan pelajaran (daripadanya).
Ibadah yang utama :
Semulia-mulia ibadah ummatku ialah membaca Al-Quranul Karim (ibadah yang bukan wajib)
Darjat & Kedudukan Yang Mulia :
Dari Aisyah r.a., Rasulullah S.A.W telah bersabda;“ Orang yang membaca al-Quran dan ia mahir dengan bacaannya, mereka akan bersama malaikat utusan yang mulia lagi terpuji. Dan orang yang membaca al-Quran dan ia tergagap-gagap padanya kerana kesusahan membacanya, maka baginya 2 pahala”
Riwayat Imam Bukhari & Muslim
Carta alir edaran naskhah Al Quran
Sedekah Al-Quran daripada para penyumbang akan disalurkan mengikut carta alir berikut:
Carta alir pengurusan sedekah al Quran di Pattani, Thailand
- Pemilihan lokasi / tempat agihan al Quran
Tempat agihan naskhah al Quran akan ditetapkan oleh pentadbir amanah Kalamullah Al Quran & Multilingual School setelah perbincangan dua hala dipersetujui. Penetapan jumlah naskhah yang diagihkan akan bergantung kepada jumlah pelajar yang memerlukan. - Serahan naskhah al Quran oleh pihak Kalamullah Al-Quran & Multilingual School kepada penerima
Naskhah al Quran akan diagihkan mengikut kepada ketetapan tarikh dan juga masa pihak Kalamullah bersama pihak penerima. Setiap kali agihan Quran pihak Kalamullah akan menyediakan gambar atau video penyerahan sebagai bukti dan rujukan untuk kegunaan masa akan datang. - Penyerahan laporan & gambar kepada urus setia Malaysia
- Penghantaran sijil pengesahan kepada peserta
Spesifikasi Al Quran
Gambar Al Quran Saiz naskhah: 150mm x 195mm Kandungan dalam: Berwarna penuh Kulit naskhah: Kulit keras Muka surat: 624
Lebih 32,076 Naskah Al-Quran Telah Disumbangkan
Mudah, Murah & Diyakini
Saya berminat untuk menyertai
FAQ Wakaf Al Quran
1. Apakah hukum bersedekah?
Para fuqaha’ bersepakat bahawa hukum sedekah pada dasarnya adalah sunnah. Mendapat pahala jika melaksanakannya tidak berdosa jika meninggalkannya. Di samping itu, hukum sedekah ini akan menjadi haram sekiranya orang yang bersedekah mengetahui bahawa orang yang bakal menerima sedekah tersebut menggunakan harta sedekah itu untuk tujuan kemaksiatan.
Dan ada juga hukum sedekah menjadi wajib apabila bertemu dengan seseorang yang sedang kelaparan hingga dapat mengancam keselamatan jiwanya sementara kamu mempunyai makanan lebih dari yang diperlukan pada waktu itu. Ataupun apabila seseorang itu sudah bernazar untuk bersedekah kepada seseorang atau sesiapa yang memang telah diniatkan. Wallahuaklam.
2. Apa keutamaan dalam bersedekah?
Sebaiknya apabila kita bersedekah, berilah secara diam-diam dibandingkan secara terang-terangan dalam erti memberitahu atau mewar-warkan sedekah itu kepada orang umum. Sejajar dengan hadis Nabi SAW dari Abu Hurairah RA. Dalam hadis itu dijelaskan bahawa salah satu kelompok hamba Allah SWT yang mendapat naunganNya di hari kiamat kelak adalah seseorang yang memberi sedekah dengan tangan kanannnya lalu ia sembunyikan seakan-akan tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan oleh tangan kanannya itu.
Sedekah lebih baik jika diberikan barang atau benda yang berkualiti baik dan disukai oleh pemiliknya. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai..” Ali Imran:92
Dan pahala sedekah itu akan lenyap apabila kamu menyebut-yebut sedekah yang telah diberikan atau menyakiti perasaan si penerima. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dlm surah Al Baqarah: 264 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan menyebut-yebutnya dan menyakiti perasaan si penerima.”
3. Apakah fadilat mewakafkan al Quran?
Seperti yang kita sedia maklum, al Quran adalah syaafat utama dalam hidup orang Mukmin. Ianya satu ibadah yang utama seperti dalam hadis yang bermaksud: “Semulia-mulia ibadah ummatku ialah membaca Al Quranul Karim (ibadah yang bukan wajib).”
Membaca al Quran juga meletakkan seorang mukmin itu dalam darjat & kedudukan yang mulia. Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca al Quran dan ia mahir dengan bacaannya, mereka akan bersama malaikat utusan yang mulia lagi terpuji. Dan orang yang membaca al Quran dan ia tergagap-gagap padanya kerana kesusahan membacanya, maka baginya 2 pahala.” Riwayat Imam Bukhari & Muslim.
4. Berapa harga 1 naskhah Al Quran jika berminat dan bagaimana cara agihannya?
Harga 1 naskhah Al Quran RM35. Agihan sedekah al Quran dibuat melalui Kalamullah Al Quran & Multilingual School yang dikelolakan oleh Pentadbir Amanah & Pengurus sekolah Ustaz Abdullah Hassan. Terdahulu Ustaz Abdullah akan mendapatkan sekolah atau pusat pengajian yang akan diagihkan. Setelah persetujuan dicapai untuk berapa naskhah agihan dibuat bagi setiap pusat pengajian, nama dan tempat akan diserahkan kepada urus setia Malaysia untuk pengesahan. Sedekah Al Quran yang diterima akan dihantar kepada Ustaz Abdullah untuk memulakan proses agihan berdasarkan sijil atau nama-nama penyumbang.