Tanda-tanda Hamil

10 Tanda-tanda Hamil Yang Wanita Perlu Tahu (No. 1 Yang Paling Jelas)

  • Info

Bagaimana saya nak tahu tanda-tanda hamil?

Soalan di atas sering ditanya oleh bakal ibu yang ingin menimang cahaya mata. Terdapat beberapa petunjuk fizikal atau tanda-tanda kehamilan yang boleh menentukan samada wanita itu bakal mengandung atau tidak.

Berikut adalah 10 tanda awal kehamilan yang memberikan petunjuk samada wanita itu hamil serta simptom-simptom mengandung.

1. Mengidam

tanda-tanda hamil

Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. 

Jangan bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

2. Warna areola menjadi gelap

Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. 

Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan dan rasa kekejangan (cramp) 

Selain itu, tanda-tanda hamil yang lain adalah, dalam masa 1 atau 2 minggu sebelum tarikh haid anda, mungkin akan berlakunya sedikit pendarahan sekadar beberapa titik yang dinamakan pendarahan implantasi.

Ketika proses ini, sedikit pendarahan adalah normal dan tidak merbahaya. Anda juga mungkin akan merasa sedikit ‘cramp’ pada bahagian rahim atau perut.

4. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap. Jadi jika anda kerap ke tandas untuk membuang air kecil, itu mungkin tanda kehamilan anda.

5. Keletihan

tanda-tanda hamil

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. 

Keletihan adalah tanda-tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. 

Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

7. Deria rasa berubah

tanda-tanda hamil

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi

Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) 

Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid

tanda-tanda hamil

Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. Biasanya tanda-tanda hamil yang paling jelas adalah, lewat datang haid.

10. Ujian kehamilan yang positif

tanda-tanda hamil

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. 

Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini.

Demikianlah beberapa tanda-tanda hamil yang boleh dijadikan panduan bagi wanita. Dengan pengetahuan daripada artikel, diharapkan bakal ibu akan mendapat manfaat yang berguna apabila tiba waktu kehamilan kelak.

Sekiranya anda berminat untuk melakukan aqiqah untuk bakal bayi anda nanti, anda boleh mendaftar dengan Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.

Program Aqiqah di Kemboja Dengan Al Ameen Serve Holdings

tanda-tanda hamil

Al Ameen Serve Holdings mempunyai pengalaman 27 tahun menguruskan aqiqah di Kemboja. Selain itu, kami juga mendapat kerjasama dan sokongan Mufti Kerajaan Kemboja serta Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.

Agihan daging aqiqah juga dikawal selia oleh imam-imam Masjid ataupun wakil urusan yang dilantik oleh Mufti Kemboja. 

Harga kambing aqiqah juga adalah murah dan berpatutan. Dengan hanya RM595 untuk seekor kambing atau RM375 untuk satu bahagian lembu, anda sudah boleh beraqiqah. Harga ini adalah termasuk yuran penyertaan, jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.

Sijil Pengesahan Pelaksanaan Aqiqah yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja biasanya akan dihantar kepada peserta dalam tempoh 14 hari dan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari selepas tarikh penerimaan penyertaan.

Contoh Sijil Penyertaan Program Aqiqah Al Ameen Serve Holdings

Peserta boleh melihat dokumen asal serta gambar-gambar Program Korban & Aqiqah di Kemboja di alamat Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. dari Isnin hingga Jumaat jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

Pembayaran Ibadah Aqiqah Secara Online

Sekiranya anda berminat untuk melakukan aqiqah untuk anak anda, daftar sahaja secara online.

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke e-Ibadah Aqiqah di laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ 

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375 / 1 ekor kambing: RM595)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai 

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480