Cara Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

5 Cara Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

  • Info

Apakah cara menyambut kelahiran bayi dalam Islam?

Saat kelahiran bayi pastinya ditunggu-tunggu oleh ibu bapa. Pelbagai perasaan timbul seperti teruja, gembira, gementar dan perasaan takut juga mungkin ada.

Dalam artikel ini, kami akan berikan penerangan mengenai cara menyambut bayi dalam Islam dan panduan memberikan nama bayi.

Teruskan membaca.

5 Cara Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam

  1. Persekitaran tempat bersalin

Pertama sekali, persiapan pertama yang perlu disediakan adalah persekitaran tempat bersalin dalam keadaan yang terbaik.

Hal ini kerana, ini merupakan tempat si ibu berjuang untuk melahirkan anak. Si ibu bakal melalui pelbagai bentuk cabaran semasa proses bersalin. 

Si bapa juga boleh memainkan peranan untuk membantu dengan berada di sisi isteri semasa bersalin. Tenangkan si ibu dengan bacaan doa, zikir dan sebagainya.

  1. Mengazankan Bayi
menyambut kelahiran bayi

Jika ini merupakan kali pertama anda menyambut kelahiran bayi sebagai ibu bapa, amalan mengazankan bayi ini sangat digalakkan.

Anda boleh mengazankan bayi secara sederhana laungannya pada telinga kanan si bayi.

Tahukah anda mengapa amalan ini sangat penting?

Salah satu manfaatnya adalah menanam keimanan dalam hati bayi.

Selain itu, berdasarkan mazhab Syafie, Hambali, dan Hanafi, amalan ini sangat digalakkan kerana syaitan akan lari apabila mendengar suara azan.

  1. Tahnik Anak

Amalan ini juga dikenali dengan istilah membelah mulut oleh orang Melayu.

Tujuan tahnik adalah untuk menguatkan gusi, urat mulut bayi serta menggalakkannya untuk minum susu ibu.

Amalan ini seeloknya dilakukan oleh ibu bapa agar berlaku aliran barakah.

Cara tahnik dilakukan adalah seperti berikut:

  • Mengunyah tamar atau melumatkan tamar dengan jari.
  • Meletakkan tamar yang dilumat di hujung jari.
  • Perlahan-lahan masukkannya ke dalam mulut anak dan ke seluruh bahagian lelangit bayi.
  1. Mencukur rambut/ Aqiqah
mencukur rambut bayi

Ini boleh dilihat sebagai permulaan kehidupan bayi. Dengan mencukur rambut bayi, kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim akan dapat dibersihkan.

Di Malaysia, mencukur rambut biasanya semasa majlis aqiqah atau dipanggil sebagai majlis ‘cukur jambul’.

Penyembelihan haiwan aqiqah juga wajar dilakukan untuk menyambut kelahiran bayi. 

Mengikut pendapat para ulamak, seekor kambing sudah memadai.

Ini juga merupakan peluang untuk menyampaikan berita gembira kepada keluarga, jiran, dan orang terdekat semasa kenduri.

  1. Memberi nama anak

Membuat keputusan pemberian nama kepada anak boleh menjadi satu tugas yang sukar.

Ini disebabkan ia memerlukan persetujuan kedua-dua ibu bapa. 

Contohnya, si bapa mahu menamakan anak ‘Ali’ manakala si ibu pula mahu menamakan anak ‘Faisal’.

Nasihat kami adalah jangan tunggu lama sangat untuk membuat keputusan ini kerana ibu bapa disunatkan memberi nama pada hari pertama atau hari ketujuh.

Pastikan nama yang dipilih mempunyai makna yang baik. Jika tidak pasti makna sesuatu nama, pilihlah nama yang anda tahu maksudnya.

Ingatlah, anak anda akan menjalani kehidupan dengan nama yang anda berikan.

Panduan Memilih Nama Bayi Dalam Islam

memilih nama bayi dalam islam

Pemilihan nama ini sangatlah penting di sisi agama dan juga kehidupan seharian seseorang.

Tahukah anda pada hari akhirat nanti, kita akan dipanggil dengan nama kita semasa kita hidup?

Oleh itu, pemilihan nama ini perlu diperbincangkan dan mendapat persetujuan bersama secepat mungkin.

Berikut merupakan checklist memberi nama anak untuk anda rujuk:

  • Memilih nama yang baik

Seperti yang telah diperkatakan tadi, pemilihan nama ini sangatlah penting.

Jadi, anda boleh merujuk sumber buku agama yang berkaitan dengan penamaan bayi dan sebagainya

Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad:

“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.”

  • Nama yang disukai Allah SWT

Terdapat dua nama yang disukai Allah SWT:

  1. Abdullah
  2. Abdurrahman

Hadis riwayat Abu Daud:

“Nama-nama yang paling disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.” (Hadis riwayat Abu Daud)

  • Menggunakan nama para nabi dan malaikat

Rasulullah SAW telah menyarankan nama para nabi dan para malaikat untuk diberikan kepada anak.

Baginda sendiri telah menamakan putera Baginda sempena nama Nabi Ibrahim. 

Oleh itu, ibu bapa digalakkan menamakan anak-anak bersempena nama para nabi dan para malaikat.

Hadis riwayat Abu Daud:

“Bernamalah kamu dengan nama-nama para Nabi.”

Kesimpulan

Menyambut kelahiran bayi mengikut ajaran Islam mempunyai pelbagai kebaikan kepada bayi dan ibu bapa.

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda membuat persiapan menyambut bayi yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sekiranya anda sedang mencari perkhidmatan aqiqah, Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. bersedia boleh membantu anda.

Tidak kiralah aqiqah untuk anak anda, mahupun orang lain, Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bh akan memastikan proses aqiqah anda akan menjadi lancar.

Anda juga tidak perlu risau memikirkan SOP yang perlu dipatuhi untuk mengadakan majlis aqiqah semasa PKPP ini kerana aqiqah anda akan dijalankan sepenuhnya di Kemboja.

Dengan harga serendah RM375.00 untuk 1 bahagian lembu dan RM595.00 untuk seekor kambing, anda bukan sahaja melakukan aqiqah malah dapat membantu umat Islam di Kemboja yang berada di dalam kesusahan.

Malah anda boleh buat pendaftaran dan pembayaran online. Semudah 1,2,3 urusan anda akan selesai.

Pembayaran Ibadah Aqiqah Secara Online

Anda boleh melakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut.

Step 1: Pergi ke Borang Aqiqah

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu RM375 / 1 ekor kambing RM595)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah aqiqah

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search