5 Contoh Doa Selepas Solat Yang Anda Boleh Amalkan
Antara perkara yang paling penting untuk diamalkan sebagai umat Islam adalah untuk sentiasa doa selepas solat.
Tetapi ramai tidak tahu doa yang patut diamalkan selepas solat fardhu.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda kelebihan yang anda akan menikmati jika anda selalu mengamalkan doa dan juga contoh yang anda boleh ikut.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
Kelebihan Doa Selepas Solat
Sebelum kami memberitahu anda contoh doa yang anda boleh mengamalkan, kami akan menerangkan tentang kelebihan yang anda boleh menikmati.
Kita sering diajar dari kecil lagi untuk sentiasa berdoa dalam hidup kita. Ini terutamanya patut dilakukan selepas melakukan perkara wajib seperti solat fardhu.
Terdapat hadis yang bercakap tentang kelebihan doa.
Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari. Rasulullah SAW menjawab:
“(Doa yang paling didengari ialah) ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”
(HR al-Tirmizi)
Terdapat juga hadis iaitu HR Abu Daud yang menyatakan:
” Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.”
Selain dari hadis di atas, terdapat juga ayat dalam Al-Quran yang menyatakan kelebihan berdoa iaitu:
Allah swt berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
(Surah Ghafir: 60)
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa doa merupakan senjata yang sangat kuat bagi umat Islam. Kita boleh berdoa pada bila-bila masa sahaja untuk memohon perkara dari Allah SWT.
5 Contoh Doa Selepas Solat
Dalam bahagian ini, kami akan memberi anda beberapa contoh doa yang anda boleh mengamalkan selepas solat.
- Doa Pertama
Bacaan Rumi:
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata ma’al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim ‘alaina bi suu’il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana ba’daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil ‘alamiin.
Maksud doa:
“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”
“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.”
“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”
- Doa Kedua
Bacaan Rumi:
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.
Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.
Allahummaj ‘aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu ‘alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal mu’minin, wasolaatana solaatal khoosyi’in.
Wa a’maalana a’maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.
Wahayaatana hayaatal ‘ulama’, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata ma’al anbiyaa’i ‘alaihimusoolatu wassalam.
Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina ‘azaabannar, wasollallahu ‘ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin wa’ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil ‘izzati ‘amma yasifun, wasalaamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi robbil ‘alamin.
Maksud Doa:
“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.”
“Ya Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
“Ya Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid.”
“Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”
- Doa Ketiga
Bacaan Rumi:
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalam ‘ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa ‘ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain.
Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan ba’dal maut.
Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab.
Rabbana laa tuzig kulubana ba’ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.
Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata ma’al imaan.
Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro.
Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah.
Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-a-khiroti hasanatan wakina azab-bannar.
Wassalallhu ‘ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin.
Maksud Doa:
“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”
“Ya Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.”
“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.”
“Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.”
“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.”
- Doa Keempat
Doa yang keempat adalah doa ringkas yang anda boleh membaca selepas solat Maghrib.
Bacalah “Allahumma Ajirnii Minan-nar “ sebanyak 7 kali.
Maksud doa:
“Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka” sebanyak 7 kali. Sesungguhnya apabila engkau mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka.”
(Riwayat Abu Daud)
- Doa Kelima
Doa selepas solat kelima iaitu doa yang terakhir juga merupakan doa yang anda boleh membaca selepas solat Maghrib.
Anda boleh membaca “Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa SyariiKalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir “ sebanyak 10 kali.
Maksud doa:
Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.
Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan yang anda boleh menikmati jika anda mengamalkan doa selepas solat.
Sekiranya anda berminat untuk melakukan aqiqah untuk anak anda, anda boleh mendaftar dengan Al Ameen Holdings Sdn Bhd.
Anda boleh lakukan pembayaran ibadah aqiqah dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:
Step 1: Pergi ke e-Ibadah Aqiqah di laman utama
Step 2: Klik butang ‘Teruskan’
Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM375 / 1 ekor kambing: RM595)
Step 4: Klik butang ‘Teruskan’
Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai
Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480