Hari Raya Aidil Adha

Macam Mana Nak Sambut Hari Raya Aidil Adha Semasa PKPP?

  • Info

Hari Raya Qurban kali ini akan disambut dalam suasana normal baharu. Penjarakan sosial atau social distancing masih perlu diikuti walaupun Malaysia semakin berjaya membendung pandemik COVID-19.

Tapi ini tidak bermakna anda tidak dapat meraikan Hari Raya Aidil Adha bersama keluarga tersayang.

Artikel ini memberikan panduan penjarakan sosial yang betul semasa Hari Raya Aidil Adha nanti. Namun sebelum itu, mari kita ketahui serba sedikit tentang penjarakan sosial.

Apa itu Penjarakan Sosial?

Blog - Jennie Benjamin

Tahukah anda selain frontliners, rakyat biasa juga memainkan peranan yang penting dalam mencegah COVID-19 ini daripada merebak.

Anda mampu berbuat demikian dengan mengamalkan penjarakan sosial yang merupakan tindakan kawalan jangkitan yang tidak melibatkan sebarang rawatan perubatan.

Tujuan penjarakan sosial ini adalah untuk menghentikan penyebaran penyakit berjangkit ini.

Dengan tindakan ini, kebarangkalian bersentuh dengan orang yang membawa suatu jangkitan dapat dielakkan.

Suatu jangkitan dapat disebarkan melalui batuk, bersin, sentuhan fizikal langsung dan lain-lain lagi.

Bagaimana Penjarakan Sosial Dapat Membantu Mengurangkan Penularan COVID-19?

Walaupun nampak seperti kerja yang remeh, namun penjarakan sosial memainkan peranan penting untuk mengekang merebaknya jangkitan coronavirus di dalam masyarakat.

Dengan mengamalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter, anda boleh mencegah penyakit ini dari terus merebak dengan cepat.

Video ini menunjukkan perbezaan yang ketara apabila kita mengamalkan penjarakan sosial.

Beza Pengasingan, Penjarakan dan Kuarantin

High Dependency Unit (HDU) - Waratah Private

Pada bulan Mac, Malaysia telah memulakan perintah kawalan pergerakan yang merupakan inisiatif awal untuk melawan COVID-19.

Dalam masa beberapa bulan ini juga, anda mesti sudah biasa mendengar istilah-istilah seperti pengasingan, penjarakan dan kuarantin di kaca tv atau di media sosial.

Anda mungkin tertanya-tanya apakah perbezaan di antara ketiga-tiga istilah ini.

Bagi membantu anda betul-betul memahami perbezaan, kami akan menerangkan istilah-istilah ini satu per satu.

Penjarakan Sosial

Bermaksud menjarakkan diri daripada orang lain sekurang-kurangnya 1 meter. Anda kini tidak digalakkan berjabat tangan dengan rakan-rakan, keluarga dan sebagainya.

Selain itu, anda perlu mengelakkan diri daripada berada di tempat orang ramai terutama sekali jika anda tidak sihat.

Jauhkan diri daripada orang lain dan elakkan bersentuhan dengan orang lain.

Kita tidak tahu siapa yang mungkin membawa penyakit berjangkit ini.

Pengasingan

Jika penjarakan sosial merupakan langkah yang perlu diambil oleh semua orang, pengasingan pula diamalkan oleh mereka yang disahkan positif COVID-19.

Pengasingan ini biasanya dilakukan sama ada di rumah atau di hospital apabila anda disahkan sakit.

Disebabkan penyakit ini amat berbahaya, kakitangan perubatan perlu memakai peralatan khas sebagai perlindungan.

Bagi mereka yang disahkan positif, mereka perlu memakai topeng sebagai langkah pencegahan penyebaran.

Kuarantin

Tempoh pengasingan selama 14 hari untuk individu yang datang daripada satu tempat lain masuk ke satu tempat lain.

Biasanya dikuatkuasakan untuk pelancong yang pulang ke negara asal atau mereka yang bergerak pulang ke tempat asal mereka.

Mereka yang diarahkan untuk kuarantin perlu tinggal di rumah dan yang paling penting menjauhkan diri daripada orang lain.

Asingkan diri daripada orang lain di dalam rumah dengan duduk di dalam bilik berseorangan.

Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan untuk keluar membeli-belah, makan atau bersosial di luar.

Penjarakan Sosial Sewaktu Hari Raya Qurban

Jersey food stories

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membolehkan kita untuk melakukan perjalanan merentas negeri.

Hari Raya Qurban akan tiba tidak lama lagi. Sudah pasti orang ramai sudah memasang niat untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambutnya bersama keluarga.

Namun, kita mesti ingat yang perjuangan menentang COVID-19 masih belum selesai.

Sebelum pulang ke kampung, ingat dan fahamkan SOP dahulu agar kita dapat pulang dengan selamat dan sihat.

Aspek kesihatan perlu diutamakan dan kita haruslah biasakan diri dengan normal baharu.

Normal baharu ini mempunyai 4 poin penting:

Mengamalkan langkah-langkah kesihatan

Anda digalakkan memakai pelitup muka apabila berada di tempat orang ramai.

Selain itu, amalkan penjarakan sosial. Jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan sebaik-baiknya 2 meter.

Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi

Anda boleh menjaga kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer dengan kerap. 

Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan

Pemeriksaan suhu badan di premis-premis perniagaan sudah mula diamalkan. 

Sekiranya, ada sahabat atau ahli keluarga yang bergejala, dapatkan rawatan dengan kadar segera.

Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan

Elakkan aktiviti sosial seperti perhimpunan, sukan melibatkan sentuhan (contact), rumah terbuka dan sebagainya.

Patuh kepada nasihat kerajaan dan KKM kerana masa depan negara kini terletak di bahu kita semua.

Rakyat harus sedar dalam kegembiraan ini, sangat penting untuk kita memastikan keselamatan semua daripada jangkitan wabak ini.

Untuk memahami dan mengetahui lebih lanjut mengenai SOP PKPP, anda boleh melayari laman web Majlis Keselamatan Negara.

Kesimpulannya, walaupun PKPP memberi kelonggaran kepada kita untuk melakukan lebih banyak aktiviti, janganlah kita mengabaikan SOP terutama sekali semasa musim perayaan.

Hari Raya Aidil Adha akan tiba tidak lama lagi. Adakah anda berminat untuk menyertai ibadah korban pada tahun ini?

Korban Aqiqah

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan ini untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Mengapa Pilih Al Ameen Serve Holdings?

Mudah

Al-Ameen merupakan pembangun sesawang Korban dan Aqiqah yang pertama di Malaysia dengan kemudahan penyertaan Internet.

Penyertaan dan pembayaran online boleh dibuat dengan selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Anda boleh muat turun borang, cetak, isi dan hantarkan penyertaan anda melalui email kepada di korbanaqiqah@alameenserve.com, faks dan WhatsApp.

Penyertaan ibadah korban diterima pada hari-hari Tasyrik: 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah. Ini bermakna penyertaan saat akhir tidak menjadi masalah.

Murah

Al-Ameen menawarkan harga yang murah dan tidak membebankan. 

Sebahagian lembu untuk aqiqah hanya RM375, manakala seekor kambing cuma RM595. Kos tersebut sudah termasuk jamuan aqiqah.

Manakala bagi ibadah korban pula yuran penyertaan untuk satu bahagian lembu ialah RM350 dan untuk seekor kambing RM580.

Diyakini

Pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah bersama Al-Ameen diyakini kerana kami berurusan terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja, Okhna Haji Kamaruddin Yusof. 

Beliau memantau setiap pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah agar dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta akan mendapat Sijil Perlaksanaan yang menyatakan tarikh dan tempat pelaksanaan ibadah korban dan juga aqiqah.

Semua ini disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja dan Pengerusi Program beserta bukti bergambar binatang ternakan ibadah aqiqah anda.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search