Ibadah Haji

Ibadah Haji Terpaksa Ditangguhkan Tahun Ini?

  • Info

Wabak COVID-19 telah memberi banyak kesan kepada kehidupan harian. Pelbagai aktiviti ditangguhkan untuk mengelakkan risiko. Ini termasuk aktiviti keagamaan juga.

Walaupun rakyat Malaysia sudah mendapat kebenaran untuk menyambut Hari Raya Haji, namun kita masih tidak dibenarkan untuk ke Tanah Suci Mekah untuk melakukan ibadah haji. 

Ini bagi menghalang penularan wabak COVID-19. Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini.

Pengumuman Penangguhan Ibadah Haji 2020

A close up of a snow covered road

Description automatically generated

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah berucap dalam sidang media bahawa kerajaan Malaysia menangguhkan ibadah haji.

Keputusan ini telah mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini untuk mengelakkan rakyat Malaysia terdedah kepada risiko untuk dijangakiti wabak COVID-19.

Selain Malaysia, terdapat juga negara di ASEAN yang telah membuat keputusan yang sama seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Namun, rakyat Malaysia boleh menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga. Kerajaan membenarkan rakyat untuk balik ke kampung untuk meraikan perayaan ini. 

Ini berbeza daripada Hari Raya Aidil Fitri di mana kita hanya dibenarkan menziarahi keluarga pada hari raya pertama sahaja.

Selain itu, ibadah korban juga dibenarkan. Kerajaan meningatkan bahawa rakyat untuk mematuhi SOP semasa musim perayaan bagi mengelakkan risiko dijangkiti wabak COVID-19 ini.

A group of people standing next to a cow

Description automatically generated

Menunggu Keputusan Kerajaan Arab Saudi

Kerajaan Arab Saudi masih tidak membuat keputusan jika mereka akan membenarkan jemaah untuk datang ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka akan mengehadkan jemaah bagi menunaikan haji atau membatalkannya sama sekali tahun kerana risau kepada ancaman COVID-19 yang masih ada.

Pelbagai negara yang masih tidak membuat keputusan menunggu kenyataan tentang perkara ini.

Jika Arab Saudi membenarkan jemaah datang, mereka mempunyai masa yang suntuk untuk menyediakan logistik yang sesuai untuk mengelakkan risiko COVID-19.

Mereka masih tidak membuat keputusan rasmi kerana ingin melihat keadaan dari masa ke semasa. 

Ini kerana jika mereka membuat keputusan untuk membatalkan ibadah haji, mereka mungkin hilang pendapatan sehingga RM51 bilion.

Oleh itu, Arab Saudi masih mengkaji dan memikirkan keputusan tentang ibadah haji untuk kebaikan semua umat Islam.

Keputusan Kebenaran Ibadah Haji

A group of people standing in front of a crowd

Description automatically generated

Keputusan mengenai status menunaikan haji dijangka akan dimuktamadkan pada Jun ini oleh Arab Saudi. 

Walaubagaimanapun, Malaysia sudah membuat keputusan untuk tidak menghantar jemaah untuk menunaikan haji.

Namun, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) merayu agar mereka yang mendapat visa jemputan Arab atau visa Furada diberi kelonggaran menunaikan haji.

Ini kerana kebanyakan syarikat sudah menempah hotel dan penerbangan. Oleh itu, mereka akan hilang deposit duit yang banyak jika dibatalkan terus.

Namun, mereka bersedia dengan sebarang keputusan kerajaan Malaysia tentang perkara ini.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga berkata bahawa giliran mereka yang sepatutnya menunaikan haji pada tahun ini  akan dibawa pada tahun hadapan.

Untuk jemaah yang patutnya melakukan haji tahun depan, akan dibawa ke tahun hadapan dan seterusnya.

Bagi individu yang membuat rayuan haji yang lulus pada tahun ini, mereka perlu melakukan proses rayuan yang sama pada tahun hadapan.

Selain itu, Tabung Haji (TH) membuat kenyataan bahawa semua bayaran haji yang sudah dimasukkan akan dipulangkan semula mengikut kadar penuh ke dalam akaun dalam masa terdekat.

Kesimpulannya, isu tentang ibadah haji ini telah menunjukkan betapa besarnya risiko wabak COVID-19 ini. Walaupun kes telah berkurang namun risiko tidak boleh diambil.

Kita hanya boleh berdoa agar wabak ini hilang dan umat Islam diberikan kebenaran untuk melakukan ibadah seperti biasa.

SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia juga wajib diikuti untuk mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19.

Sebelum pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha, ingat dan fahamkan SOP dahulu agar kita dapat pulang dengan selamat dan sihat.

Berikut adalah 4 perkara penting yang mesti kita ingat:

Mengamalkan langkah-langkah kesihatan

Anda digalakkan memakai pelitup muka apabila berada di tempat orang ramai.

Selain itu, amalkan penjarakan sosial. Jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan sebaik-baiknya 2 meter.

Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi

Anda boleh menjaga kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer dengan kerap. 

Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan

Pemeriksaan suhu badan di premis-premis perniagaan sudah mula diamalkan. 

Sekiranya, ada sahabat atau ahli keluarga yang bergejala, dapatkan rawatan dengan kadar segera.

Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan

Elakkan aktiviti sosial seperti perhimpunan, sukan melibatkan sentuhan (contact), rumah terbuka dan sebagainya.

Hari Raya Aidil Adha akan tiba tidak lama lagi. Adakah anda berminat untuk menyertai ibadah korban pada tahun ini?

A close up of text on a white background

Description automatically generated

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan ini untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Mengapa Pilih Al Ameen Serve Holdings?

Mudah

Al-Ameen merupakan pembangun sesawang Korban dan Aqiqah yang pertama di Malaysia dengan kemudahan penyertaan Internet.

Penyertaan dan pembayaran online boleh dibuat dengan selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Anda boleh muat turun borang, cetak, isi dan hantarkan penyertaan anda melalui email kepada korbanaqiqah@alameenserve.com, faks dan WhatsApp.

Penyertaan ibadah korban diterima pada hari-hari Tasyrik: 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah. Ini bermakna penyertaan saat akhir tidak menjadi masalah

Murah

Al-Ameen menawarkan harga yang murah dan tidak membebankan. 

Sebahagian lembu untuk aqiqah hanya RM375, manakala seekor kambing cuma RM595. Kos tersebut sudah termasuk jamuan aqiqah.

Manakala bagi ibadah korban pula yuran penyertaan untuk satu bahagian lembu ialah RM350 dan untuk seekor kambing RM580.

Diyakini

Pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah bersama Al-Ameen diyakini kerana kami berurusan terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja, Okhna Haji Kamaruddin Yusof. 

Beliau memantau setiap pelaksanaan ibadah korban dan aqiqah agar dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta akan mendapat Sijil Perlaksanaan yang menyatakan tarikh dan tempat pelaksanaan ibadah korban dan juga aqiqah.

Semua ini disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja dan Pengerusi Program beserta bukti bergambar binatang ternakan ibadah aqiqah anda.

Dengan pengalaman 27 tahun menguruskan aqiqah dan qurban di Kemboja, Al Ameen Serve Hodlings juga telah mendapat Kerjasama dan sokongan Mufti Kerajaan Kemboja serta Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.

Sijil penyertaan pelaksanaan korban akan disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja. Sijil biasanya akan dihantar kepada peserta dalam tempoh 30 hari selepas Hari Raya Aidil Adha.

Peserta boleh melihat dokumen asal serta gambar-gambar Program Korban dan Aqiqah di Kemboja di pejabat Al Ameen Serve Holding Sdn Bhd, dari Isnin hingga Jumaat jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search