Doa Lepas Azan, Kelebihan Mengamalkannya
Azan sayup-sayup kedengaran menandakan telah masuk waktu bagi waktu solat dan memberikan makna kepada umat Islam agar menunaikan solat.
Satu perkara yang harus diketahui semua adalah azan akan dilaungkan dengan perlahan-lahan manakala iqamah akan disebut dengan cepat.
Bilal bin Rabah menjadi insan pertama yang melaungkan azan dan dikumandangkan buat kali pertama di Mekah.
Sejak dari itu, Bilal dikenali dengan muazin Rasulullah SAW dan namanya diabadikan sebagai gelaran untuk muazin iaitu ‘bilal’. Mari kita telusuri maklumat penting mengenai azan.
Info Penting Mengenai Azan Definisi Azan
Azan dari segi bahasa ialah pemberitahuan sesautu sama aa waktu solat atau lainnya.
Dari segi syarak, azan ialah ucapan khusus yang diketahui dengannya waktu-waktu solat yang difardukan.
Sejarah “Terciptanya” Azan
Tahukah anda, azan wujud sehingga kini kerana 2 sahabat iaitu Abdullah bin Zaid R.A dan Umar bin al-Khattab R.A bermimpi mengenai azan.
Kejadian ini sudah dicatat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud seperti yang tertera di bawah.
Daripada Riwayat Abu Daud (449):
لَمَّا أَمَرَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاقُوسِ يُعْمَلُ لِيُضْرَبَ بِهِ لِلنَّاسِ لِجَمْعِ الصَّلاَةِ طَافَ بِي وَأَنَا نَائِمٌ رَجُلٌ يَحْمِلُ نَاقُوسًا فِي يَدِهِ ، فَقُلْتُ : يَا عَبْدَ اللهِ أَتَبِيعُ النَّاقُوسَ ؟ قَالَ : وَمَا تَصْنَعُ بِهِ ؟ فَقُلْتُ : نَدْعُو بِهِ إِلَى الصَّلاَةِ ، قَالَ : أَفَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَقُلْتُ لَهُ: بَلَى ، قَالَ : فَقَالَ : تَقُولُ : اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ…رُ قَالَ : ثُمَّ اسْتَأْخَرَ عَنِّي غَيْرَ بَعِيدٍ ، ثُمَّ ، قَالَ : وَتَقُولُ : إِذَا أَقَمْتَ الصَّلاَةَ ، اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ…ر
Maksudnya: “Ketika Nabi SAW meminta loceng supaya orang boleh memukulnya bagi menghimpunkan (orang ramai) untuk solat, tiba-tiba saya teringat ketika sedang tidur, seorang lelaki mengelilingi saya (dalam mimpi) dengan memegang loceng di tangannya. Lalu saya berkata: “Wahai hamba Allah, adakah kamu mahu menjual loceng tersebut? Katanya: “Apakah kamu hendak lakukan?” Saya menjawab: “Untuk menyeru orang ramai supaya menunaikan solat.” Dia berkata kembali: “Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan cara yang lebih baik?” Saya jawab: “Sudah tentu.” Katanya: “Sebutkanlah Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,… (sehingga akhir azan).
Tidak lama selepas itu, dia berkata lagi: “Ketika kamu berdiri untuk mengerjakan solat, sebutkan ‘Allahu akbar, Allahu akbar,…. (hingga akhir iqamat).
Riwayat Abu Daud (449)
Setelah terjaga, saya segera menemui Rasulullah SAW dan menceritakan mimpi ini. Lalu Baginda SAW bersabda:
إِنَّهَا لَرُؤْيَا حَقٌّ إِنْ شَاءَ اللَّهُ ، فَقُمْ مَعَ بِلاَلٍ فَأَلْقِ عَلَيْهِ مَا رَأَيْتَ ، فَلْيُؤَذِّنْ بِهِ ، فَإِنَّهُ أَنْدَى صَوْتًا مِنْكَ فَقُمْتُ مَعَ بِلاَلٍ ، فَجَعَلْتُ أُلْقِيهِ عَلَيْهِ ، وَيُؤَذِّنُ بِهِ ، قَالَ : فَسَمِعَ ذَلِكَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ ، وَهُوَ فِي بَيْتِهِ فَخَرَجَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ ، وَيَقُولُ : وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ يَا رَسُولَ اللهِ ، لَقَدْ رَأَيْتُ مِثْلَ مَا رَأَى ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : فَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
Maksudnya: Dengan izin Allah, ia adalah mimpi yang benar. Berdirilah bersama bilal dan sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan kerana suaranya lebih baik daripada kamu. Lalu saya bangun bersama Bilal dan menyampaikan kepadanya. Lantas dia pun melaungkan azan. Umar al-Khattab yang berada di rumahnya mendengar laungan azan tersebut, lalu keluar sambil menarik jubahnya. Katanya: “Demi Tuhan yang mengutus engkau dengan kebenaran wahai Rasulullah, saya juga melihat seperti apa yang dilihatnya (Abdullah). Baginda menjawab: “Segala puji bagi Allah.”
Riwayat Abu Daud (449)
Takbir Azan
Kalimah seruan untuk solat selain daripada waktu Subuh:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat.marilah mendirikan solat.
Marilah kepada kejayaan.Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Bacaan Doa Selepas Azan
Maksudnya: Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Di dalam azan Subuh, terdapat penambahan ayat iaitu:
اَلصَّلاَةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ
Ayat ini membawa maksud, “Marilah menunaikan sembahyang/ marilah menuju kemenangan/kejayaan”.
Kalimah ini mengingatkan umat Islam agar segera bangkit dari tidur dan segera mendirikan solat.
Kelebihan Di Sebalik Bacaan Doa Selepas Azan
Oleh itu, lazimi diri untuk menyahut seruan azan dan berdoa. Semua sunnah atau amalan bakal memberi manfaat kepada kita di akhirat kelak.
Kebaikan anda juga boleh dipanjangkan dengan memberikan makanan kepada insan yang memerlukan.
Korban, aqiqah dan pakej makanan yang ada di Al Ameen Serve Holdings akan disalurkan kepada insan yang kurang kemampuan dan pasti dapat memberikan kegembiraan kepada mereka.
Al Ameen Serve Holdings telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.
Proses berurusan dengan kami sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.
Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.
Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.
Dapatkan informasi terkini yang dilakukan di Facebook Korban Aqiqah. Atau, bagi sebarang pertanyaan, hubungi kami di 03-4143 4343 atau WhatsApp 011-2384 8480