Picture1

Selawat Tafrijiyyah: Jom Belajar Kenalinya

Sebagai umat Islam, terdapat banyak perkara yang boleh dibuat untuk mendapatkan ganjaran pahala. Salah satunya adalah membaca selawat tafrijiyyah.

Ia merupakan jenis selawat yang tidak diketahui oleh ramai orang Islam. Dan, ini sangat merugikan kerana ia memberi pahala yang sangat mudah untuk capai.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda semua tentang selawat tafrijiyyah dan kelebihan yang anda boleh nikmati apabila mengamalkannnya.

Teruskan membaca artikel ini untuk dapatkan maklumat yang berfaedah.

Apa Itu Selawat Tafrijiyyah?

Untuk pengetahuan anda, Selawat Tafrijiyyah juga dikenali sebagai Selawat Kamilah dan juga Selawat Nariyah.

Selain nama di atas, Selawat Tafrijiyyah juga dipanggil dengan nama Selawat at-Tafrijiyah al-Qurthubiyyah. Ini kerana ia dinisbahkan kepada Imam al-Qurtubi.

Selawat ini merupakan antara yang paling terkenal diamalkan oleh sebahagian para ulama.

Perkara yang menarik tentang Selawat Tafrijiyyah adalah ia tidak ada dalam mana-mana hadis. Ini kerana ia merupakan lafaz yang khusus menurut kata Dr Rozaimi Ramlee.

Selawat ini disarankan untuk diamalkan bagi mereka yang ingin menghilangkan kesempitan hidup.

Buat pengetahuan anda, Dr Rozaimi Ramlee merupakan seorang pensyarah yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh dan Usul di Jordan.  Selain itu, beliau juga mendalami ilmu hadis menerusi pengajian sarjana dan PhD di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan University of Jordan.

Lafaz Dan Maksud Selawat Tafrijiyyah

Setelah ketahui sedikit latar belakang mengenai Selawat Tafrijiyyah, mari kita lihat lafaz serta maksud yang dibawa oleh selawat ini.

اَللَّهُمَّ صَلِّى صَلاتًا كَامِلَةً، وِسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَبُ، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَآئِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَآئِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْم، وَعَلَى اَلِهِ وصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَك

Maksud:“Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengan rahmatnya itu semoga terurai segala simpulan, terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat, tercapai segala keinginan dan kesudahan umur yang baik (mati dalam keimanan) serta dicurahi hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Rahmatilah ahli keluarga dan para sahabatnya dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan Mu”.

Bagi mereka yang mencari lafaz dalam bentuk rumi, ia adalah seperi berikut:

“Allahumma solli solatan kamilatan. Wasalim sallaman taammaa. A’laa saidina muhammadinil lazi. Tanhallubihil u’kadu. Watanfariju bihil kurobu. Watukdho bihil hawa iju. Watunaalu bihirro gha’ ib-u. Wahusnu khawaa timi. Wayustasqhol ghomaamu. Biwajhihil karim. Wa ala alihi wasah bihi. Fi kulli lamhatim wanafasim. Bi’ adadi kulli mak’lu mim lakh”

Selawat ini mudah untuk dibaca dan dihafal bagi mereka yang ingin buat sedemikian.

Kelebihan Amalkan Selawat Tafrijiyyah

Terdapat banyak kelebihan yang dibawa oleh amalan Selawat Tafrijiyyah. Berikut adalah beberapa kelebihannya:

  • Dimurahkan rezeki.
  • Kesedihan, kesulitan dan kesempitan hidup akan dilenyapkan oleh Allah SWT.
  • Dilindungi daripada bencana dan bahaya.
  • Cahaya akan dipancarkan dalam hatinya dan juga ditinggikan martabatnya.
  • Hajat akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
  • Suara dan pandangan diterima oleh masyarakat.

Kesimpulannya, Selawat Tafrijiyyah merupakan satu amalan yang sangat bagus dan perlu diketahui oleh semua umat Islam.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuat turun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480Join Link Telegram Kami

Search