Picture2

Pakej Aqiqah Menarik Di Korban Aqiqah

Bagi umat Islam yang baru sahaja menyambut kelahiran bayi, satu perkara yang boleh dibuat adalah untuk mencari pakej aqiqah untuk meraikan cahaya mata baru mereka.

Pada masa kini, semakin banyak syarikat menawarkan pakej-pakej yang boleh menyukarkan anda untuk membuat keputusan.

Jika anda dalam situasi ini, anda berada di tempat yang betul kerana kami akan menceritakan tentang ibadah aqiqah serta pakej aqiqah yang anda boleh dapat di Korban Aqiqah.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah!

Info Mengenai Aqiqah

Sebelum kami menceritakan tentang pakej aqiqah menarik di Korban Aqiqah, kami akan menerangkan kepada anda tentang ibadah aqiqah supaya anda lebih fahami.

Pengertian Aqiqah

Menurut maksud bahasa ertinya, aqiqah adalah ‘“rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.” Ini menurut pendapat dari Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.

Bagi istilah hukum syarak pula, aqiqah adalah:

“penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Bagi mazhab Syafi’e, hukum aqiqah adalah sunat muakkad. Ini menurut pendapat Imam Syafi’e dan boleh dilihat di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.

(Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Namun, ia sangat disarankan untuk anda membuat aqiqah untuk anak anda kerana ia dapat memelihara bayi anda dari golongan syaitan di dunia dan akhirat. Ini ditegaskan oleh Ibnu Al-Qayyim.

Rasullah SAW juga bersabda tentang hal ini iaitu:

“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

Syarat Sah Aqiqah

Anda juga perlu mengambil tahu sebelum mencari pakej aqiqah tentang syarat sah aqiqah yang perlu diikut supaya tiada masalah dalam ibadah tersebut.

Berikut adalah syarat sah aqiqah:

        1.     Niat Penyembelih

Seperti biasa, niat adalah syarat sah pertama bagi ibadah aqiqah. Niat ini perlu ada semasa membeli dan menyembelih binatang tersebut.

Anda tidak perlu berada di tempat penyembelihan namun penyembelih perlu berniat dengan nama anak anda.

        2.     Binatang Ternakan Berkaki Empat Tidak Cacat

Binatang yang akan disembelih juga perlu berada dalam keadaan yang sempurna iaitu tanpa cacat dan sihat. Jika tidak, maka ibadah aqiqah ini tidak sah.

Pastikan pakej aqiqah yang anda pilih akan menggunakan haiwan yang dalam keadaan bagus supaya anda tidak akan bazirkan wang anda.

        3.     Syarat Penyembelihan Dipenuhi

Syarat penyembelihan juga perlu dipenuhi supaya ibadah aqiqah anda sah. Antara syarat-syarat tersebut adalah:

  • Penyembelih beragama Islam, mumayyiz, berakal dan bukan dalam keadaan ihram
  • Binatang tersebut halal dimakan, mati dengan satu penyembelihan dan putus urat halkum dan urat merih.
  • Menyebut nama Allah
  • Alat sembelihan yang digunakan adalah tajam

        4.     Binatang Cukup Umur

Syarat sah aqiqah yang terakhir adalah binatang yang akan disembelih perlu cukup umur. Berikut adalah syarat umur bagi binatang aqiqah:

  1. Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
  2. Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
  3. Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
  4. Unta: melebihi lima tahun

Syarat Aqiqah Anak Lelaki Dan Perempuan

Selain syarat sah aqiqah, terdapat juga syarat aqiqah untuk anak lelaki dan perempuan. Kami akan menerangkan tentang perkara tersebut dalam bahagian ini.

Untuk pengetahuan anda, jumlah binatang tidak sama bagi anak lelaki dan perempuan. Berikut adalah cara aqiqah dilakukan:

  • 1 ekor kambing untuk anak perempuan
  • 2 ekor kambing untuk anak lelaki
  • Atau pun seekor lembu dibahagikan kepada 7 bahagian dan 1 bahagian bersamaan 1 ekor kambing.

Ini boleh dilihat di dalam riwayat Aisyah yang bermaksud:

“Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Namun tidak perlu kambing dan boleh digantikan dengan lembu atau unta. Ini disebut al-Imam al-Nawawi Rahimullah dalam kitabnya al-Majmu’:

مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَحَكَى ابْنُ الْمُنْذِرِ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَا يُجْزِئُ إلَّا الْغَنَمُ

Maksudnya: Mazhab kami (iaitu al-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas. Dihikayatkan daripada Ibn al-Munzir daripada Hafsah binti Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Siddiq RA, tidak dikira aqiqah itu kecuali kambing.

Pakej Aqiqah Di Korban Aqiqah

Kami akan menceritakan kepada anda pakej aqiqah menarik yang anda boleh dapat di Korban Aqiqah!

Semua akan dilakukan di Kemboja dan telah mendapat kerjasama dan sokongan Mufti Kerajaan Kemboja serta Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.

Harga pakej aqiqah termasuk jamuan adalah seperti berikut:

  • 1 Bahagian Lembu : RM 375.00
  • 1 Ekor Kambing : RM 595.00

Yuran penyertaan telahpun mengambil kira harga ternakan korban & aqiqah, pembiayaan jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.

Anda juga akan dapat Sijil Pengesahan Pelaksanaan Aqiqah yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Ia biasanya akan dihantar dalam tempoh 14 hari dan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari selepas atarikh penerimaan penyertaan.

Kesimpulannya, anda boleh dapat pakej aqiqah yang sangat menarik bersama Korban Aqiqah!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Search