Picture1

Amalan Sunat Hari Raya Yang Patut Anda Buat Ketika Syawal

Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada bulan Syawal merupakan hari kemenangan bagi umat Islam yang berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna ketika bulan Ramadan.

Ia diraikan sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan kepada Allah SWT di atas taufiq dan hidayahnya untuk mengerjakan segala suruhan yang telah ditetapkan.

Oleh itu, kita dituntut untuk menghiasi pagi Syawal dengan melakukan perkara-perkara sunat hari raya demi mendapat keberkatan menyambut Syawal serta menghayati sunnah Rasulullah SAW.

Justeru, kami akan membincangkan amalan sunat hari raya, perkara yang perlu dihindari dan akhir sekali checklist persiapan hari raya.

6 Amalan Sunat Hari Raya

Terdapat beberapa amalan sunat yang dituntut pada hari raya yang wajar dilakukan seorang muslim yang taat kepada suruhan Allah dan Rasulnya.

Di sini kami senaraikan 6 amalan yang anda boleh lakukan tanpa susah payah:

1. Menghidupkan Malam Raya

Menghidupkan di sini bermaksud mengerjakan ibadah sunat seperti solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir, bertakbir dan sebagainya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya ikhlas kerana Allah nescaya hatinya tidak mati pada hari yang mati segala hati” (H.R Ibnu Majah)

2.  Takbir Raya

Antara kepentingan bertakbir adalah sebagai tanda kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang Ramadan.

Ia juga merupakan simbol penyatuan ummah kerana umat Islam dunia melaungkan lafaz takbir yang sama. Lafaz takbir yang biasa dilaungkan adalah seperti yang tertera pada gambar di bawah.

3. Mandi Sunat Hari Raya

Menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang baik serta berwangian sebelum menunaikan solat sunat raya.

4. Makan Sebelum Keluar Rumah

Berdasarkan sebuah hadis daripada Anas Bin Malik mafhumnya bahawa, Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya sebelum baginda menjamah beberapa biji kurma.

Makanlah sedikit makanan sebagai alas perut. Anda tidak boleh berpuasa pada hari pertama Syawal. Mulakan puasa 6 anda di hari ke-2 Syawal.

5. Hadir Awal ke Masjid

Sunat untuk bersegera ke masjid buat para makmum untuk sama-sama melaungkan takbir berjemaah.

Untuk Imam, sunat untuk datang ketika tepat ketika solat hari raya hendak ditunaikan.

6. Pergi dan Balik ke Masjid dengan Laluan Berbeza

Menjadi sunnah Rasulullah SAW juga untuk pergi dan balik menggunakan laluan yang berbeza.

Antara hikmah daripada perbuatan ini adalah dapat bertemu dan mengucapkan ucapan tahniah kepada orang yang berbeza.

Ucapan tahniah mengikut hadis adalah;

 تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Bermakna: Semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu.

Jangan Buat Perkara Ini di Hari Raya

Dalam kita bersuka ria menyambut hari raya, kita perlu ambil tahu dan hindar perkara yang menyalahi hukum agama.

Di sini kami senaraikan beberapa perkara yang kita perlu hindari pada hari raya:

  1. Tiada usaha untuk ke tempat solat sunat hari raya apatah lagi menunaikan solat sunat hari raya.
  2. Lalai dengan hiburan televisyen mahupun telefon bimbit sehingga tidak menziarah atau beramah mesra dengan sanak saudara.
  3. Tidak menjaga batas pergaulan,aurat dan sentuhan antara mahram. Wajib ambil tahu mengenai batas-batas antara mahram supaya tidak mengundang kemurkaan Allah SWT.
  4. Meninggalkan solat fardu kerana leka beraya dan bersembang. Solat adalah wajib dilaksanakan selagi mana tiada keuzuran.
  5. Terlalu ghairah menyambut raya selama sebulan sehingga terlepas dari menunaikan puasa 6 yang mempunyai fadilat yang sangat besar.
  6. Mengkritik makanan atau membanding rasa makanan yang dibuat oleh tuan rumah dengan rumah lain.
  7. Mempersoalkan jumlah duit raya yang diberikan oleh tuan rumah.

Checklist Sebelum Hari Raya

Masuk sahaja bulan Ramadan, suasana hari raya terus terbayang di fikiran kita.

Cuti yang lama, makan makanan yang jarang dilihat, dan berjumpa dengan saudara mara yang jauh di perantauan.

Persiapan yang mampan memainkan peranan penting dalam menentukan mood pagi raya. Di sini kami senaraikan perkara-perkara yang anda perlu ambil perhatian:

1. Zakat Fitrah

Ini merupakan perkara yang paling penting sekali kerana zakat fitrah merupakan sebuah kewajipan.

Meskipun ia boleh dilakukan sebelum solat sunat hari raya, namun lebih baik sekiranya dikerjakan lebih awal supaya dapat menjalani ibadah puasa dan solat sunat hari raya dengan tenang.

2. Baju Raya

Menjadi sebuah kelaziman dalam masyarakat kita untuk membeli baju baru menjelang raya.

Disarankan untuk membeli baju raya pada waktu awal supaya kita dapat menumpukan 10 malam terakhir Ramadan dengan ibadah dan bukan bersesak di shopping complex.

Selain itu, pastikan kita membeli baju berdasarkan bajet dan kemampuan sendiri dan bukan mengikut hawa nafsu serta trend semasa.

Ini kerana meskipun Islam menggalakkan kita untuk berpakaian baik dan berwangi-wangian pada hari raya, ia mencegah kita daripada pembaziran.

3. Duit Raya

Islam menggalakkan umatnya bersedekah. Bagilah duit raya kepada adik-beradik dan sanak saudara mengikut kemampuan masing-masing.

Ikhlaskan diri dalam memberi bukan untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk.

4. Kuih Raya

Orang Melayu kaya dengan juadah yang pelbagai, lebih-lebih lagi aneka kuih raya yang memukau pada pagi Syawal.

Selain menjadi santapan tetamu, kuih raya juga dijadikan buah tangan apabila pulang ke kampung halaman. Berikan kuih yang kena dengan tekak ibu bapa.

Antara kuih yang menjadi pilihan adalah semperit, kuih kacang tanah, kuih suji dan kuih loyang.

5. Balik Kampung

Untuk memastikan perjalanan yang lancar terdapat dua perkara yang sangat penting iaitu keadaan kenderaan dan keadaan lebuh raya.

Lakukan penyelenggaraan sebelum memulakan perjalanan ke kampung halaman. Untuk mengelakkan daripada kesesakan lebuh raya, rancang dengan rapi perjalanan pergi dan balik.

Kesimpulannya, terdapat beberapa amalan sunat pada hari raya yang sepatutnya kita berlumba untuk menunaikannya bagi mengajak kebaikan

Hal ini kerana, membantu dan meringankan beban keluarga juga dituntut kerana mereka ada sepertalian dengan kita.

Selain itu, dalam kita berseronok menyambut hari lebaran ini, perlu diberi perhatian juga perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Akhir sekali, rancanglah sambutan hari perayaan ini agar kita dapat merayakannya dengan penuh kesyukuran dan ketenangan.

Untuk makluman anda, Korban Aqiqah menawarkan pakej korban bagi umat Islam di Malaysia dengan harga yang berpatutan!

Harga pakej aqiqah termasuk jamuan adalah seperti berikut:

1 Bahagian Lembu : RM 390.00

1 Ekor Kambing : RM 690.00

Yuran penyertaan telahpun mengambil kira harga ternakan korban & aqiqah, pembiayaan jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.

Anda juga akan dapat Sijil Pengesahan Pelaksanaan Aqiqah yang disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search