Pembahagian Daging Korban

Apakah Pembahagian Daging Korban Yang Afdal?

  • Info

Sebagai umat Islam, terdapat banyak perkara yang kita perlu tahu supaya tiada keraguan semasa beribadah. Salah satunya adalah mengetahui tentang  pembahagian daging korban.

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan pada setiap tahun. Namun masih terdapat mereka yang tidak tahu tentang pembahagian daging yang betul.

Dalam artikel ini, kami akan terangkan kepada anda tentang ibadah korban dan pembahagian daging korban yang paling afdal.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang bermanfaat.

Maksud Korban 

Kita melakukan ibadah ini pada setiap tahun. Tetapi apa itu korban dan apa hikmah yang terdapat kepada ibadah mulia ini?

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Aidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:                    
Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.”
Al-Kautsar:

Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Aidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

pembahagian daging korban

Nabi SAW juga telah bersabda tentang hikmah amalan korban ini:

Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Ia adalah ibadah yang sangat mulia dan biasa dilakukan dalam kebanyakan keluarga di Malaysia.

Dua Jenis Korban Yang Anda Perlu Tahu

Ramai tidak tahu bahawa terdapat dua jenis korban iaitu korban wajib dan korban sunat. Kedua-dua ini mempunyai cara yang berbeza mengenai pembahagian daging.

Korban wajib adalah ibadah yang diwajibkan ke atas umat Islam seperti korban nazar. 

Untuk jenis korban ini, jika daging korban ini dimakan oleh pemilik dan keluarganya, maka ia wajib digantikan dengan zat daging atau dengan nilainya.

Ini kerana nazar ketaatan bagi hajat tersebut tidak akan tercapai sekiranya daging itu tidak disedekahkan kesemuanya kepada golongan fakir dan miskin.

Korban sunat pula adalah korban seperti yang kita sering melakukan pada Hari Raya Aidul Adha.

Namun, terdapat juga pendapat sebahagian ulama mazhab Hanafi yang berkata bahawa ia wajib ke atas orang yang mencukupi nasab zakat.

Bagi jenis korban ini, dagingnya boleh dimakan oleh pemilik dan ahli keluarga. Namun terdapat sebahagian yang afdal untuk disedekahkan ke fakir miskin. 

Kami akan terangkan kepada anda di bahagian artikel selepas ini.

pembahagian daging korban

Pembahagian Daging Korban Yang Afdal

Sekarang kami akan terangkan kepada anda tentang pembahagian daging korban yang paling afdal. Ini adalah bagi mereka yang melakukan korban sunat.

Ramai orang di Malaysia biasanya mengikut pembahagian daging seperti ini:

  • 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya;
  • 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
  • 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Ini pembahagian yang dilakukan oleh majoriti rakyat di negara ini. Walaupun ia boleh diikut, namun terdapat cara pembahagian daging lain yang lebih afdal.

Bagi mereka yang berkorban, ia paling afdal untuk mereka meyedekahkan keseluruhan daripada korban tersebut dan hanya mengambil beberapa ketul atau suapan sahaja.

Ia juga disunatkan untuk memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran.

Amalan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa baginda melakukan ibadah ini.

Pembahagian daging ini dilakukan seperti ini kerana ia boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri.

Pembahagian daging korban ini hanya untuk jenis korban yang sunat sahaja. 

Bagi mereka yang melakukan korban wajib seperti korban nazar, ia wajib untuk menyedekahkan kesemua daging tersebut dan tidak boleh dia memakan sebahagian daripadanya.

pembahagian daging korban

Kesimpulannya, pembahagian daging korban adalah satu perkara yang patut diketahui oleh semua umat Islam supaya tidak berlaku keraguan semasa melakukan ibadah ini.

Sekiranya anda berminat untuk melakukan ibadah korban, anda boleh mendaftar dengan Al Ameen Holdings Sdn Bhd.

Anda boleh membuat pembayaran dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke e-Ibadah Korban di laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ 

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai 

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search