Wakaf Telaga

3 Cara Moden Bagaimana Berwakaf Mendatangkan Pahala Berpanjangan

  • Info

Umat Islam amat digalakkan untuk berwakaf sebagai wasilah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Dengan berwakaf, seseorang itu akan dijanjikan menerima pahala berterusan ketika di dalam alam kubur sekalipun telah terputus amalannya di dunia.

Persoalannya, bagaimana berwakaf dapat menghasilkan pahala tanpa putus? Dalam artikel ini, anda akan mengetahui 3 kaedah untuk berwakaf.

3 Cara Berwakaf Yang Mendatangkan Pahala Tanpa Putus

Related image

1. Melalui Harta Yang Kita Sayang

Lazimnya, menyerahkan sesuatu yang menjadi milik kita amat sukar. Lebih-lebih lagi harta benda seperti rumah, kenderaan, pejabat dan sebagainya.

Namun begitu, sekiranya kita dapat menwakafkan benda-benda yang kita sahaja, ia bukan sahaja mendatangkan pahala yang besar malah memberikan manfaat yang tidak ternilai kepada orang lain.

Sebagai contoh, hartawan mewakafkan bangunan miliknya untuk digunakan sebagai pusat pengajian al-Quran. Bayangkan betapa besar ganjaran yang bakal diterima oleh hartawan itu setelah meninggal dunia nanti.

2. Melalui Wakaf al-Quran

Sumbangan naskhah al-Quran dapat membantu golongan-golongan seperti guru-guru al-Quran di negara-negara Islam yang memerlukan seperti Kemboja.

Membaca al-Quran meletakkan seorang mukmin itu dalam darjat & kedudukan yang mulia. Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: 

“Orang yang membaca al Quran dan ia mahir dengan bacaannya, mereka akan bersama malaikat utusan yang mulia lagi terpuji. Dan orang yang membaca al Quran dan ia tergagap-gagap padanya kerana kesusahan membacanya, maka baginya 2 pahala.”  Riwayat Imam Bukhari & Muslim.

3. Melalui Wakaf Telaga/Perigi

Pelaksanaan wakaf telaga telah lama diperkenalkan sejak zaman Nabi S.A.W. di mana sahabat Nabi, Saidina Uthman R.A membeli telaga milik seorang Yahudi dan mewakafkannya untuk kaum muslimin. 

Ia sesuai dengan dalil daripada Rasulullah S.A.W.

Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

  • Ilmu yang diajar dan disebar
  • Anak soleh yang ditinggalkan
  • Mushaf al-Quran yang diwariskan
  • Masjid yang dibina
  • Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan
  • Sungai yang dialirkan untuk kepentingan orang ramai
  • Sedekah yang dikeluarkan dari harta ketika sihat dan hidup”

Riwayat Ibn Majah, Hadis ke 242

Berdasarkan hadis ini, sungai yang dialirkan juga bermaksud menggali perigi untuk kegunaan ramai. Hadis ini menjelaskan betapa besarnya fadhilat wakaf perigi air sebagai amal jariyah selepas mati.

Pembinaan Wakaf Perigi di Kemboja

Image result for water well for cambodia

Tahukah anda, Kemboja merupakan negara yang menghadapi masalah bekalan air?

Cuaca di Kemboja boleh dibahagikan kepada 3 musim, iaitu musim sejuk (November hingga Februari), musim panas (Mac hingga Mei) dan musim hujan (Jun hingga Oktober).

Hujan hanya turun semasa musim hujan sahaja. Selebihnya, iaitu dari November hingga Mei, hujan sangat jarang turun. Selain daripada itu, kerajaan Kemboja juga tidak mampu untuk menyediakan bekalan air berpaip ke seluruh negara mereka.

Terdapat tiga jenis wakaf telaga yang dibina di Kemboja:

  1. Perigi Pam – sesuai dibina di kawasan tanah yang tidak berbatu
  2. Perigi Palong – biasanya dibina di kawasan tanah berbatu dan penggunaan air yang banyak
  3. Perigi Berpusat – sesuai untuk para air yang dalam dan bekalan air untuk masyarakat setempat

Wakaf Telaga Bersama Al Ameen Serve Holdings

Al Ameen Serve Holdings menyediakan peluang untuk anda berwakaf melalui wakaf telaga di Kemboja. 

Umat Islam di Malaysia kini boleh menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam di Kemboja yang sangat memerlukan bekalan air untuk kegunaan harian.

Al Ameen Serve Holdings mempunyai pengalaman selama 27 tahun dalam menguruskan aqiqah dan korban di Kemboja.

Selain itu, anda perlu memilih Al Ameen Serve Holdings untuk berwakaf kerana:

  • Mereka telah menguruskan lebih 8,000 buah wakaf perigi berbentuk pam dan telaga yang telah selamat dilaksanakan
  • Peserta akan mendapat sijil dan gambar pengesahan pelaksanaan oleh Mufti Kemboja
  • Dipercayai oleh lebih daripada 86,000 peserta
  • Transaksi yang mudah dan selamat
  • Penjelasan dan arahan yang mudah, jelas dan ringkas
  • Perkhidmatan yang pantas dan lancar
  • Ada ‘follow up’ dengan peserta – aktiviti didokumentasikan di laman web

Pendaftaran Wakaf Perigi Secara di Website

Anda boleh membuat pembayaran wakaf perigi dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pilih e-Wakaf Perigi pada link di laman utama

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’ di laman Makluman Penyertaan Wakaf Perigi

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta dan jumlah bahagian (1 bahagian: RM150, sebuah perigi wakaf bersamaan dengan 7 bahagian penyertaan)

Step 4: Pilih cara pembayaran; kad kredit, Maybank2u, bank-bank lain, pos, faks atau tunai

Step 5: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran wakaf

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Klik link Channel Telegram

Search