Haiwan Korban

Adakah Haiwan Korban Menjadi Tunggangan Di Akhirat?

  • Info

Terdapat hadis yang mengatakan haiwan korban akan menjadi tunggangan pada hari pengadilan. 

Haiwan korban juga disebut sebagai haiwan yang akan menjadi bantuan untuk meniti titian sirat di akhirat nanti.

Namun sejauh manakah kebenaran hadis ini?

Adakah haiwan korban sememangnya menjadi haiwan bantuan untuk berjalan di atas titian sirat?

Bagi menjawab soalan ini, artikel ini mengumpul beberapa sumber untuk memberikan anda penjelasan isu ini.

Mengapa Umat Islam Berkorban?

Ibadah korban merupakan ibadah yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T. Tetapi bilakah sejarah ibadah ini bermula?

Sejarah ibadah korban bermula dari zaman Nabi Ibrahim A.S. Baginda telah diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S.

Nabi Ibrahim A.S. menerima perintah itu seikhlas hati kerana Allah SWT.

Namun dengan kuasa Allah S.W.T., tempat Nabi Ismail A.S. digantikan dengan seekor kambing (ada yang menyatakan seekor kibas).

Sejak tahun ke-2 Hijrah, ibadah korban ini telah disyariatkan kepada umat Islam. 

Ibadah korban mengingatkan umat Islam untuk mengikhlaskan diri dan bertakwa menjalankan perintah Allah sama seperti Nabi Ibrahim diperintahkan untuk mengorbankan anaknya.

Hadis Haiwan Korban Menjadi Tunggangan Di Akhirat

Terdapat hadis yang menyatakan bahawa binatang korban akan menjadi tunggangan di Titian Siratulmustaqim.

“Carilah haiwan yang cerdas sebagai binatang korbanmu, kerana sesungguhnya ia menjadi tunggangan kamu di atas titian Siraț “

Namun setelah penilaian pakar dan sarjana hadith, mereka memutuskan bahawa hadith ini adalah matruk dan tidak sahih.

Menurut kata Ustaz Wan Mohd Rahim bin Wan Yusoff, hadith ini sangat lemah dan tidak boleh dijadikan sebagai sandaran hukum.

A group of people standing in front of a large crowd of people

Description automatically generated

Penjelasan Lanjut

Kita jangan lupa bahawa ibadah korban adalah ibadah yang sangat mulia dan cara kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Ia juga merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, sudah tentu sesiapa yang melakukan ibadah ini akan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T kerana melakukan tuntutan Islam.

Kembali kepada hadis yang menyatakan haiwan korban akan jadi tunggangan, terdapat ramai ilmuwan yang membalas balik hadis ini.

Salah satunya adalah dari Al-Imam Ibn al-Solah:

“Hadith ini tidak dikenali dan tidak thabit sejauh pengetahuan kami”.

(Talkhis al-Habir oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, juz 4 m/s 251)

Selain itu, Al-Syeikh Dr Bakr Abu Zaid juga memasukkan pandangan bahawa tiada satu hadis yang sahih yang menyatakan kelebihan ibadah korban secara khusus. 

Ini boleh dilihat di dalam buku beliau al-Tahdis Bi Ma Qila La Yasih Fihi Hadith (m/s 109, dibawah hadith no 172. Cetakan pertama, tahun 1412 H/1991 M. Dar al-Hijrah, Riyadh).

Haiwan Korban Menjadi Saksi

harga haiwan korban

Pada hari akhirat nanti, binatang korban akan menjadi saksi terhadap amalan ketaatan yang telah dilaksanakan. Ini boleh dilihat pada sabda Rasulullah SAW:

“Tidak ada amalan yang dikerjakan anak Adam ketika hari (raya) korban yang lebih dicintai oleh Allah Azza Wa Jalla dari mengalirkan darah sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya serta bulu-bulunya. 

Dan sesungguhnya darah itu akan sampai kepada Allah Azza Wa Jalla sebelum jatuh ke tanah, maka perbaikilah jiwa kamu sekalian dengannya.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Ini menunjukkan kemuliaan ibadah ini dan juga adalah cara menghidupkan ajaran Nabi Ibrahim iaitu ketaatan sepenuhnya kepada perintah Allah SWT.

Kesimpulannya, ibadah korban sangat mulia dan hendaklah dilakukan oleh semua umat Islam jika mereka cukup nasab zakat.

Bagi mereka yang berminat untuk melakukan ibadah korban di luar negara seperti Kemboja, antara syarikat yang anda boleh rujuk ialah Al Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian.

Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Anda juga boleh emel borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut:

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami