Infak dalam Era Digital
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku, infak dan wakaf telah membantu untuk kelangsungan masyarakat Malaysia yang memerlukan.
Tindakan memberikan sebahagian dari harta atau tenaga yang dimiliki seseorang kepada orang lain atau kepada tujuan yang dianggap baik, terutama untuk membantu mereka yang memerlukannya di saat-saat genting.
Sebenarnya, masih ramai individu yang keliru dengan infak, sedekah dan wakaf kerana hampir sama tujuan dan kebaikannya kepada manusia.
Tapi, apa perbezaannya? Jom ketahui dengan lebih lanjut.
Beza Infak, Sedekah dan Wakaf
Infak meberi makna membelanjakan harta kepada yang berhajat. Ia perkara sunah untuk dilakukan oleh umat Islam.
Kebiasaannya, ia memiliki jangka waktu yang tidak panjang kerana akan habis dalam tempoh yang sekejap.
Manakala sedekah pemberian atau amal kebaikan yang diberikan dalam bentuk rohani atau fizikal yang merupakan perkara sunah untuk dilakukan.
Pemberian duit, makanan, barangan, memberi makanan kepada haiwan dan mendidik ilmu pengetahuan antara cara mudah untuk memberi sedekah kepada orang lain.
Wakaf ialah seseorang yang menyerahkan hak miliknya (harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T.
Apabila kita berwakaf, ia mestilah dapat dimanfaatkan dan tahan lama agar dapat digunakan berterusan seperti tanah, rumah telaga dan kereta.
Sabda Rasulullah SAW:
إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Jika mati seorang manusia itu akan terputuslah catitan amalannya melainkan pada tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan baginya kebaikan
Jenis Infak
1. Infak Wajib
Infak wajib ialah seperti membayar mas kahwin, kafarat dan memberi nafkah pada keluarga.
Ia wajib dikeluarkan oleh individu, jika tidak individu tersebut akan mendapat dosa kerana tidak menunaikannya.
2. Infak Sunnah
Infak sunnah diberikan di atas sebab untuk bersedekah di jalan Allah SWT.
Berikut ialah antara infak sunnah yang oleh dilakukan:
- Infak Jihad
Infak jihad ialah infak yang diberikan kepada individu yang hendak berjuang di jalan Allah SWT.
Antara contoh yang kita boleh lihat sekarang ialah memberikan sebahagian harta yang ada untuk mereka yang sedang berjuang mendapatkan Palestin semula.
- Infak untuk Membantu Orang Lain
Berinfak untuk membantu orang lain semestinya meringankan beban malah membantu individu tersebut untuk hidup dengan kemudahan yang telah dapat.
Ia boleh diberikan kepada siapa sahaja yang memerlukannya.
3. Infak Mubah
Bagi yang tidak mengetahui infak mubah, ia merupakan infak yang tidak wajib dilakukan. Ia perbuatan yang tidak akan berdosa dan tidak akan mendapat pahala.
Seperti contoh, memberikan harta untuk tujuan bercucuk tanam dan berbisness.
4. Infak Haram
Infak haram ini merupakan infak yang diberikan dalam keadaan yang tidak ikhlas dan bukan kerana Allah SWT.
Dalam melakukan kebaikan, adalah lebih baik untuk individu tetapkan semula niat dan bukan tujuan untuk riak dan dipuji dengan perkara dilakukan.
Berinfak Di Era Digital
Pelbagai individu, agensi, majlis malah pihak korporat melaksanakan pelbagai aktiviti berbentuk infaq dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan kesukarelawan untuk membantu pihak yang memerlukan.
Dalam mengejar kebaikan, pastikan anda ketahui beberapa tips untuk berinfak bagi memastikan ia disampaikan dengan bijak:
- Tahu tujuan infak.
- Pastikan kesahihan syarikat atau institusi tersebut.
- Tentukan platform yang digunakan.
- Memantau dana penggunaan infak.
- Mempromosikan infak kepada orang lain.
- Elakkan dari menjurus kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
- Lakukan supaya menggalakkan diri bersyukur atas segala nikmat yang Allah telah berikan.
- Yakin bahawa dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberikan rezeki kepada kita dengan apa jua cara atau kebaikan.
Dengan berinfak, kita dapat memperbaiki kehidupan orang lain dan membangun pembangunan sosial. Infak bukan hanya tugas moral, tetapi juga panggilan kemanusiaan yang dapat membentuk masyarakat yang lebih baik.
Di Korban Aqiqah, kami melakukan pelbagai program dari korban, aqiqah,sedekah pakej makanan, wakaf perigi, tandas dan Al-Quran dan turut menziarahi penduduk Islam di sesetengah kawasan.
Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.
Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.
Borang juga boleh dimuat turun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.
Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari-hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM390.
Manakala bagi seekor kambing ialah RM690. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.
Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480