Wakaf

Konsep dan Pengenalan Wakaf Yang Anda Perlu Tahu

  • Info

Harta yang digunakan untuk wakaf merupakan satu kebajikan yang menjanjikan pahala berterusan. Setelah pemberi wakaf meninggal dunia, dan selagi ianya memberi manfaat kepada manusia, pahala akan sentiasa ada untuk pewakaf.

Buat anda yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai wakaf, artikel ini akan memberikan pengertian dengan jelas tentang konsepnya dalam institusi Islam.

Teruskan membaca.

Maksud Wakaf

Berasal dari Bahasa Arab (waqf) yang membawa maksud berhenti, menahan atau menegah.

Namun dari segi syarak ianya bermaksud penyerahan harta atau hak milik tanpa ada susut fizikal untuk pengguna dari pertama kali ianya diwakafkan sehingga akhir dengan niat sema-mata kerana Allah S.W.T. 

Harta yang diwakafkan TIDAK BOLEH diambil kembali atau dimiliki oleh individu lain.

Pengertian Dari Segi Istilah

Apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada bisnes atau beli, pewarisan, hibah dan wasiat untuk kebajikan dengan niat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T.

Konsep

Menurut Majlis Agama Islam Kedah, terdapat 5 konsep wakaf.

  • Wakaf hendaklah terputus hakmilik atau sebarang tuntutan balik daripada pewakaf selepas ikrar lafaz wakaf.
  • Harta yang boleh memberikan manfaat.
  • Hendaklah terdiri daripada harta-harta yang berkekalan.
  • Dibuat secara berkekalan tanpa dihadkan sesuatu tempoh masa.
  • Dibuat untuk tujuan kebajikan menurut hukum syarak.
wakaf

Terdapat 2 Jenis Wakaf:

1. Wakaf Ahli (keluarga)

Dikhususkan manfaat untuk ahli keluarga yang ditentukan oleh pewakaf.

2. Wakaf Khairi (kebajikan)

Di bawah wakaf ini terdapat dua cabang iaitu am dan khas.

Am – Tujuan untuk manfaatnya kepada umum mengikut hukum syarak. Berbentuk seperti kemudahan fasiliti atau apa-apa untuk membangunkan ekonomi Islam melalui aktiviti yang dijalankan berteraskan hukum syarak.

Khas – Diwujudkan untuk manfaat tertentu umat Islam mengikut hukum syarak seperti tanah untuk masjid, surau, sekolah agama atau perkuburan Islam atau lain-lain yang dikhususkan pewakaf.

4 Rukun Dan Syarat

1. Pewakaf (Al-Wakif) – Berakal, merdeka, dewasa, berkelayakan, sukarela.

2. Penerima Wakaf (Al-Mawquf’alaih) – Khusus samada seorang atau lebih, atau tidak dikhususkan tidak ditentukan pewakaf.

3. Harta yang diwakafkan (Al-Mawquf) – Mempunyai nilai, boleh dipindah milik, manfaat berkekalan, milik sepenuhnya pewakaf.

4. Akad atau surat berkenaan wakaf juga wasiat (Al-Sighah) – kata-kata atau lisan yang difahami untuk tujuan wakaf, wajib untuk mengesahkan wakaf.

Perbezaan Wakaf Daripada Sedekah Dan Infak

Sedekah – Pemberian kepada yang memerlukan yang diberikan untuk mendapatkan pahala daripada Allah S.W.T.

Infak – Membelanjakan harta dan kepada yang berhajat. 

Antara kedua ini, ianya mempunyai maksud yang sinonim.

Berlainan dengan wakaf yang bermaksud menahan harta untuk kegunaan dan kebaikan pihak lain.

Kebaikannya

wakaf

1. Berkongsi Harta Ke Arah Kebaikan

Perkongsian harta dengan pihak lain melatih jiwa individu untuk berkongsi harta benda kepada golongan yang tidak berkemampuan. 

Tidak semua orang mampu mempunyai kelebihan kemewahan yang golongan berkemampuan ada.

2. Amalan Pahala Tidak Terputus

Walaupun harta bukanlah aset yang akan berkekalan, namun pahala adalah aset yang lebih penting. 

Malah dengan wakaf, asalkan harta diwakafkan memberi manfaat, pahala akan sentiasa wujud.

3. Pembangunan Ilmu

Harta yang diwakafkan berbentuk bangunan dibina menjadi institusi pembelajaran semestinya akan membantu pembangunan ilmu terutamanya umat Islam. 

Semestinya sumbangan dalam institusi pendidikan akan mengembangkan lagi ilmu pengetahuan kepada masyarakat.

Abu Hurairah (R.A) berkata, Rasulullah (s.a.w) bersabda dengan mafhumnya:

“Amal soleh yang akan sampai kepada orang yang beriman selepas kematiannya ialah ilmu yang dipelajari kemudian dikembangkannya, anak yang soleh, naskhah al-Quran yang ditinggalkannya sebagai pusaka, bangunan masjid yang didirikan olehnya, rumah (wakaf) yang dibina untuk para musafir, terusan yang digalinya atau sedekah yang diberi semasa hidupnya ketika dia masih sihat. Amal soleh ini akan sampai kepadanya selepas kematiannya.”

Wakaf bukan sahaja berbentuk bangunan teguh yang tinggi, seperti sumbangan yang berbentuk satu kelebihan yang tak dapat dinikmati oleh semua. Sebagai contoh keperluan asas seperti air dan tandas

Wakaf Di Luar Malaysia

Tak seperti di Malaysia, masih ramai masyarakat di serata dunia tidak dapat menikmati keperluan asas ini.

Disebabkan ketiadaan keperluan ini mungkin boleh menyukarkan orang ramai untuk makan, minum dan mandi.

Oleh itu, ramai umat Islam mula mewakafkan harta untuk membina tandas atau perigi yang boleh dimanfaatkan kepada golongan yang memerlukan.

Mungkin anda boleh mewakafkan harta anda kepada saudara Islam di Kemboja. Ibadah sunat ini bukan sahaja menjanjikan pahala berterusan, malah akan membantu pembangunan agama Islam yang ada di komuniti yang miskin.

Wakaf Telaga Bersama Al Ameen Serve Holdings

Al Ameen Serve Holdings menyediakan peluang untuk anda berwakaf melalui wakaf telaga di Kemboja. 

Umat Islam di Malaysia kini boleh menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam di Kemboja yang sangat memerlukan bekalan air untuk kegunaan harian.

Al Ameen Serve Holdings mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam menguruskan aqiqah dan korban di Kemboja.

Selain itu, anda perlu memilih Al Ameen Serve Holdings untuk berwakaf kerana:

  • Mereka telah menguruskan lebih 8,000 buah wakaf perigi pam dan palong
  • Peserta akan mendapat sijil dan gambar pengesahan pelaksanaan oleh Mufti Kemboja
  • Dipercayai oleh lebih daripada 86,000 peserta
  • Transaksi yang mudah dan selamat
  • Penjelasan dan arahan yang mudah, jelas dan ringkas
  • Perkhidmatan yang pantas dan lancar
  • Ada ‘follow up’ dengan peserta
  • aktiviti didokumentasikan di laman web

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480