Panduan Aqiqah Anak Lelaki dan Anak Perempuan
Saat anda menggendong anak anda buat kali pertama, itu sememangnya mengharukan. Satu jasad kecil kini menjadi amanah dari Allah S.W.T untuk dijaga dan dikasihi. Ini termasuklah ibadah aqiqah untuk mereka.
Bagi anda yang sudah mula memikirkan aqiqah anak lelaki ataupun anak perempuan anda, ini merupakan panduan ringkas dan mudah.
Maksud Aqiqah
Dalam segi bahasa aqiqah membawa maksud kepada “rambut yang tumbuh di atas kepala pada kala waktu lahirnya” – pendapat daripada ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.
Dari segi hukum syarak pula, aqiqah memberi maksud “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Pendapat Imam Syafi’e
Menurut Imam Syafi’e ibadah ini adalah sunat muakkad, yakni sunat yang dituntut. Hal ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Pendapat Ibnu Al-Qayyim
Bagi Ibnu Al-Qayyim, aqiqah untuk bayi adalah memeliharanya daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.
Sabda Rasulullah SAW ada yang membawa maksud
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
Pendapat Imam Malik
Imam Malik ada menyatakan hukum aqiqah adalah perintah yang tak boleh diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula berkata aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah S.W.T adalah sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.
Oleh kerana itu, penyembelihan aqiqah anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi dari gangguan syaitan.
Kadar Haiwan Aqiqah Dan Masa Aqiqah
Haiwan aqiqah perlulah memenuhi syarat berikut:
Jenis Haiwan Yang Sesuai Untuk Aqiqah
- Kibas: Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
- Biri-biri, domba dan kambing: melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
- Lembu dan kerbau: melebihi dua tahun
- Unta: melebihi lima tahun
Bahagian Aqiqah Anak Lelaki
Kadar Aqiqah bagi seorang anak lelaki adalah dua ekor kambing.
Ini sesuai dengan riwayat Aisyah yang bermaksud:
“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
Bahagian Aqiqah Anak Perempuan
Manakala untuk anak perempuan pula seekor kambing.
Aqiqah Lembu atau Unta Sebagai Ganti Kambing
Menurut mazhab al-Syafi’e, kambing boleh digantikan dengan lembu atau unta.
Ini seperti yang disebutkan al-Imam al-Nawawi Rahimullah dalam kitabnya al-Majmu’:
مَذْهَبُنَا جَوَازُ الْعَقِيقَةِ بِمَا تَجُوزُ بِهِ الْأُضْحِيَّةُ مِنْ الابل والبقر والغنم وبه قال أنس ابن مَالِكٍ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَحَكَى ابْنُ الْمُنْذِرِ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَا يُجْزِئُ إلَّا الْغَنَمُ
Maksudnya: Mazhab kami (iaitu al-Syafi`e), dibolehkan aqiqah apa yang dibolehkan dengannya sembelihan dari jenis unta, lembu dan kambing dan ini adalah pendapat Anas bin Malik dan Malik bin Anas. Dihikayatkan daripada Ibn al-Munzir daripada Hafsah binti Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Siddiq RA, tidak dikira aqiqah itu kecuali kambing.[1]
Perbandingan bahagian kambing dengan unta dan lembu
seekor bahagian kambing adalah bersamaan dengan 1 bahagian lembu dan unta.
Ianya bersesuaian dengan kitab Mughni al-Muhtaj dari al-Khatib al-Syarbini:
وَكَالشَّاةِ سُبْعُ بَدَنَةٍ أَوْ بَقَرَةٍ، فَلَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَوْلَادٍ، أَوْ اشْتَرَكَ جَمَاعَةٌ فِيهَا جَازَ، سَوَاءٌ أَرَادُوا كُلُّهُمْ الْعَقِيقَةَ أَوْ بَعْضُهُمْ الْعَقِيقَةَ وَبَعْضُهُمْ اللَّحْمَ
Maksudnya: dan bagi seekor kambing itu 1/7 (satu bahagian) dari unta dan lembu. Sekiranya disembelih unta atau lembu itu dari 7 orang anak atau dikongsi secara beramai-ramai, ia juga dibolehkan sama ada dengan sembelihan itu kesemua (bahagian) diniatkan untuk aqiqah atau sebahagian untuk aqiqah dan sebahagian lagi hanya untuk mendapatkan daging sahaja.[2]
Adakah Satu Kemestian Untuk Mendapatkan Dua Ekor Kambing Bagi Aqiqah Anak Lelaki?
Sebenarnya aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki bukanlah satu kemestian.
Hal ini kerana Rasulullah SAW ada membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW iaitu Saidina Hasan dan Husin RA, masing-masing seekor kibas.
Kemampuan Untuk Melakukan Aqiqah
Ibu bapa yang tidak mampu membuat aqiqah anaknya ketika berusia 7 hari boleh ditangguhkan ketika anak berusia 14 hari.
Kemudian jika masih tidak mampu untuk melakukannya, boleh dilanjutkan sehingga anak berusia 21 hari.
Jika masih tidak berkemampuan, sunat untuk mereka membuat aqiqah apabila anak itu dewasa (baligh) kelak.
Walaubagaimanapun, apabila anak sudah meningkat dewasa, para ulama’ berpendapat menetapkan sunat bagi ibu bapa untuk membuat korban dan bukan lagi aqiqah untuk anak mereka.
Tetapi bagi anak-anak yang belum diaqiqahkan, boleh memilih untuk membuat aqiqah untuk dirinya sendiri apabila sudah menjadi dewasa.
Begitulah kadar untuk aqiqah anak lelaki dan perempuan. Terdapat jumlah dan kadar yang berbeza tetapi tidak semestinya wajib untuk diikuti kerana secara umumnya, aqiqah merupakan sunat muakkad.
Bagi anda yang bakal mendapat penyinar hidup tambahan, mungkin aqiqah satu ibadah yang baru. Jika anda inginkan panduan aqiqah yang lengkap, boleh klik di sini.
_________________________
Program Korban dan Aqiqah di Kemboja
Al Ameen Serve Holdings menyediakan peluang untuk anda melaksanakan korban di Kemboja. Dengan peluang ini, anda boleh berkorban di tempat yang ramai umat Islam miskin dan memerlukan.
Kami mempunyai pengalaman 27 tahun menguruskan aqiqah dan korban di Kemboja. Selain itu, kami juga mendapat kerjasama dan sokong Mufti Kerajaan Kemboja serta Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.
Agihan daging korban juga dikawal selia oleh imam-imam Masjid ataupun wakil urusan yang dilantik oleh Mufti Kemboja.
Harga adalah murah dan berpatutan. Yuran penyertaan telahpun mengambil kira harga ternakan korban dan aqiqah, pembiayaan jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.
Sijil penyertaan pelaksanaan korban akan disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja. Sijil biasanya akan dihantar kepada peserta dalam tempoh 30 hari selepas Hari Raya Aidil Adha.
Peserta boleh melihat dokumen asal serta gambar-gambar Program Korban dan Aqiqah di Kemboja di pejabat Al Ameen Serve Holding Sdn Bhd, dari Isnin hingga Jumaat jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
Pembayaran Ibadah Korban Secara Online
Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:
Step 1: Pergi ke Borang Korban
Step 2: Klik butang ‘Teruskan’
Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)
Step 4: Klik butang ‘Teruskan’
Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai
Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480