Ibadah Korban

Ibadah Korban: Panduan Lengkap (Info dan Pelaksanaan)

  • Info

Ibadah korban merupakan syiar agama Islam. Ibadah ini bukan sahaja dijalankan di Malaysia, malah boleh dilaksanakan di tempat yang memerlukan seperti di Kemboja.

Ibadah korban sering dilaksanakan semasa Hari Raya Aidil Adha. Perayaan ini sememangnya sinonim dengan konsep pengorbanan.

Bagi jemaah Haji yang terpilih menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci, mereka melakukan pengorbanan besar dengan menghabiskan wang, masa dan tenaga.

Malah mereka terpaksa meninggalkan sanak saudara di tanah air semata-mata untuk menjalankan ibadah haji.

Bagi mereka yang berada di tanah air pula, mereka digalakkan berkorban dengan melaksanakan korban.

Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut mengenai ibadah qurban ini.

Maksud Ibadah Korban

korban

Korban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat, atau di dalam al-Quran disebut al-An’am.

Ibadah ini dilakukan pada Hari Raya Aidil Adha atau hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Sejarah Ibadah Korban

Masih ingatkah anda mengenai peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail?

Ibadah ini dijalankan bagi mengingati dan menghargai kisah Nabi Ibrahim yang ingin melaksanakan perintah Allah S.W.T dengan menyembelih anaknya Nabi Ismail yang dikasihi.

Mereka berdua telah berjaya melepasi ujian tersebut. Ia melambangkan kepatuhan dan ketaatan mereka kepada perintah Allah, melebihi nyawa dan kasih sayang ayah dan anak.

Lalu Allah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan qibasy.

Dalil Kelebihan Korban

Terdapat banyak kelebihan bagi orang yang melakukan ibadah korban.

Antaranya ialah:

– Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Taala

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa hanya amalan korban yang ikhlas dan dilakukan atas dasar takwa akan diterima oleh-Nya.

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

– Mendapat kebaikan yang melimpah ruah

Rasulullah bersabda, 

“Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadith riwayat Ibn Majah)

Hukum Melaksanakan Ibadah Korban

Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunnah muakkad. Ia sangat dituntut tetapi tidak wajib.

Rasulullah bersabda,

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan sehingga mampu untuk berkorban, tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid).” (Hadith riwayat Ibn Majah)

Cara-Cara Pelaksanaan Ibadah Korban Mengikut Syarak

Dalam melaksanakan ibadah korban, ada beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian. Ia adalah penting bagi memastikan ibadah dijalankan mengikut syarak.

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diketahui berkenaan ibadah korban:

– Jenis korban

– Status hukum daging korban

Pembahagian dan agihan daging korban

– Individu yang dituntut melakukan ibadah korban

– Syarat sah korban

– Tempoh dan masa berkorban

– Syarat sah haiwan ternakan untuk korban

– Syarat  penyembelih haiwan korban

– Syarat sah sembelihan

– Syarat alat menyembelih

– Perkara sunat ketika berkorban

– Perkara makruh

– Cara menyembelih haiwan korban

– Agihan daging korban

Baca di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Soal Jawab Tentang Korban

Terdapat beberapa persoalan yang sering ditanya mengenai korban. Antaranya seperti:

– Hukum melaksanakan ibadah korban

– Melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia

– Melakukan korban untuk orang lain

– Pengagihan daging korban

Anda boleh mendapatkan jawapan bagi persoalan ini daripada Mufti.

Program Korban di Kemboja

Al Ameen Serve Holdings menyediakan peluang untuk anda melaksanakan korban di Kemboja. Dengan peluang ini, anda boleh berkorban di tempat yang ramai umat Islam miskin dan memerlukan.

Kami mempunyai pengalaman 26 tahun menguruskan aqiqah dan korban di Kemboja. Selain itu, kami juga mendapat kerjasama dan sokong Mufti Kerajaan Kemboja serta Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja.

Agihan daging korban juga dikawalselia oleh imam-imam Masjid ataupun wakil urusan yang dilantik oleh Mufti Kemboja. 

Harga adalah murah dan berpatutan. Yuran penyertaan telahpun mengambil kira harga ternakan korban dan aqiqah, pembiayaan jamuan aqiqah, kos serta ganjaran pengurusan.

15% dari yuran penyertaan (selepas kos promosi dan pengurusan) akan disalurkan untuk perkembangan syiar Islam di Kemboja. Sumbangan ini akan disalurkan melalui institusi Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil penyertaan pelaksanaan korban akan disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja. Sijil biasanya akan dihantar kepada peserta dalam tempoh 30 hari selepas Hari Raya Aidil Adha.

Peserta boleh melihat dokumen asal serta gambar-gambar Program Korban dan Aqiqah di Kemboja di pejabat Al Ameen Serve Holding Sdn Bhd, dari Isnin hingga Jumaat jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di website dengan langkah berikut:

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai 

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com 

Whatsapp: 011-2384 8480