Picture1

QURBAN: AMALAN YANG DITUNTUT DI DALAM ISLAM

Di Malaysia, ibadah Qurban sudah menjadi suatu amalan yang common. Mana tidaknya, rata-rata rakyat Malaysia, sama ada Muslim atau bukan, saling mengetahui mengenai ibadah ini.

Dan, yang paling penting, penganut daripada agama lain menghormati ibadah suci ini.

Tapi, apakah fadhilat ketika melakukan ibadah ini?

Jika amalan tersebut dituntut di dalam agama serta dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW pada setiap tahun, pasti ibadah Qurban ini menyimpan pelbagai fadhilat.

Jadi, jika anda ingin mengetahui mengenai Qurban serta fadhilatnya, ikuti artikel ini sepenuhnya.

Jangan terlepas info-info yang penting, ya.

Pengertian Qurban

Tahukah anda bahawa perkataan Qurban itu berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud mendekatkan diri kepada Allah?

Namun, dari segi istilah pula, ia membawa maksud ibadah penyembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu, dan kambing yang dilakukan pada Hari Raya AidilAdha (10 Zulhijjah).

Ibadah Qurban ini dilakukan setelah tamatnya waktu solat Hari Raya AidilAdha dan pada hari-hari Tasyriq seterusnya iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah di samping mengingati peristiwa bersejarah iaitu Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.

Syarat Sah Pelaksanaan Qurban

Pelaksanaan ibadah Qurban mempunyai syarat yang tertentu seperti:

  • Orang yang ingin melakukan ibadah Qurban
  • Haiwan yang bakal dikorbankan
  • Ibadah Qurban secara keseluruhan

Sekarang, mari kita teliti beberapa info ringkas mengenai syarat sah pelaksanaan Qurban mengikut kategori di atas:

Orang yang ingin melakukan ibadah Qurban

  • Seorang yang beragama Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berkemampuan
  • Merdeka

Haiwan yang bakal dikorbankan

  • Pastikan haiwan ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, kerbau, unta, dan kibas.
  • Haiwan ternakan tersebut tidak memiliki sebarang kecacatan yang dapat mengurangkan dagingnya.
  • Haiwan ternakan yang sudah cukup umur.

Ibadah Qurban secara keseluruhan

  • Niat berkorban hanya kerana Allah SWT.
  • Melakukan Qurban pada waktunya yang tepat
  • Mengikut syarat-syarat sembelihan yang lain secara terperinci dan betul.
  • Haiwan ternakan sembelihan (yang sudah dinyatakan di atas) oleh orang beragama Islam atau ahli kitab.

Hukum Pelaksanaan Qurban

Pelaksanaan ibadah Qurban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut, iaitu sunat muakkad.

Ini membawa maksud ibadah ini sangat digalakkan bagi mereka yang melepasi syarat – syarat qurban.

Namun begitu, hukum bagi ibadah ini akan menjadi makruh sekiranya mereka yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan ibadah qurban.

Tetapi, hukum pelaksanaan ibadah ini bertukar menjadi wajib sekiranya Muslim tersebut sudah membuat nazar untuk melakukan qurban setelah mendapat apa yang dihajati.

Berikut merupakan dalil yang mewajibkan seseorang Muslim itu untuk melaksanakan nazarnya:

يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا

Maksud:

(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takut akan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.  

Surah al-Insan, ayat 7.

Kelebihan Melaksanakan Qurban

Buat pengetahuan anda, terdapat banyak kelebihan kepada umat Islam yang menjalani ibadah qurban ini.

Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad tidak pernah meninggalkan ibadah ini pada setiap tahun?

Jadi, mari kita ikuti contoh perbuatan ini daripada modal insan terbaik sepanjang zaman.

Salah satu kelebihan melakukan ibadah qurban ini termasuklah:

  • Ibadah ini juga akan membentuk peribadi kita menjadi lebih bersyukur, ikhlas dan sabar.
  • Seterusnya, dengan amalan ini, ia dapat menyuburkan sifat tolong-menolong terutamanya semasa penyembelihan dan proses pembahagian daging.
  • Ibadah sunat ini dapat meringankan beban dan merapatkan hubungan sesama Islam.

Daging haiwan qurban akan dipotong kepada beberapa bahagian.

Dagingnya itu akan diagihkan kepada masyarakat yang lebih memerlukan dan juga orang yang terdekat dengan niat sebagai bersedekah. 

  • Menambahkan lagi amalan sunat semasa melakukan penyembelihan seperti membaca bismillah, berselawat, menghadapkan haiwan sembelihan ke arah kiblat serta membaca doa setelah tamatnya penyembelihan.

Secara dasarnya, ibadah qurban ini semestinya mendatangkan pelbagai kebaikan kepada umat Islam.

Ia bukan hanya untuk memperingati peristiwa bersejarah, tetapi ia juga adalah untuk meringankan beban sesama masyarakat.

Jadi, oleh itu, sekiranya anda ingin buat ibadah qurban pada tahun-tahun berikut, anda boleh hubungi kami di Al-Ameen Serve Holdings.

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah ini untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuat turun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah ini tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Sijil tersebut juga akan disahkan oleh Pengerusi Program dan akan mengandungi gambar haiwan ternakan sebagai bukti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Join Link Telegram Kami

Search