Sejarah Penutupan Masjidil Haram Yang Anda Perlu Tahu
Dengan penularan COVID-19, ini bukanlah kali pertama Masjidil Haram menghadapi kemungkinan untuk ditutup. Tetapi, tahukah anda, sebelum ini tanah suci ini pernah ditutup sebanyak 40 kali?
Berikut adalah beberapa kejadian penting dalam sejarah sehingga menyebabkan penutupan Masjidil Haram.
Pembunuhan Jemaah Haji (865 Masihi)
Pada 865 Masihi, Ismail bin Yousef, yang dikenal sebagai Al-Safak, melancarkan serangan di Gunung Arafah yang menghadap ke Mekah.
Pada masa itu, Al-Safak terlibat dengan konflik dengan Kekhalifahan Abbasiyah yang berbasis di Baghdad. Peristiwa ini telah mengorbankan banyak jemaah.
Ini menyebabkan haji dibatalkan pada tahun itu.
Golongan Syiah Ismaliyyah (930 Masihi)
Di peristiwa ini, Abu Thahir al-Qaramithi yang merupakan dari golongan Syiah Ismailiyyah telah datang ke Mekah lalu membunuh jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji.
Selain itu, batu Hajar Aswad juga telah dicuri dan hanya dikembalikan selepas 22 tahun disimpan di daerah Hajr.
Perselisihan Faham Di Antara Bani Abbas dan Bani ‘Abid (983 Masihi)
Ibadah haji di Masjidil Haram pada 983 Masihi dibatalkan oleh kerana faktor politik. Ia melibatkan Abbasiyah di Iraq dan Suriah dan Fatimiyah di Mesir.
Perselisihan ini telah menghalangi jemaah yang membuat perjalanan ke Mekah untuk melakukan ibadah Haji. Hanya pada tahun 991 baru dibenarkan untuk jemaah haji kembali .
Serangan Tentera Mongol (1258 Masihi)
Peristiwa ini merupakan antara peristiwa yang paling gelap dalam sejarah Islam. Tentera Mongol membuat serangan ke atas pusat pemerintahan Islam di Baghdad, Iraq.
2 juta orang telah dibunuh termasuk khalifah. Buku-buku juga dibuang ke dalam sungai.
Ini telah menyebabkan umat Islam takut untuk menunaikan haji kerana mereka takut tentera Mongol akan membunuh mereka pada masa itu.
Wabak Taun Atau Kolera (1814 Masihi)
Pembatalan ibadah haji di Masjidil Haram bukan sahaja disebabkan peperangan atau konflik tetapi juga disebabkan oleh penyakit. Salah satunya adalah wabak taun atau kolera.
Wabak penyakit ini telah menyebabkan lebih kurang 8,000 kematian. Oleh itu, kawasan Mekah ditutup untuk mengelakkan risiko dijangkiti.
Ini kerana wabak taun atau kolera adalah penyakit berjangkit yang membuatkan mereka yang terkena muntah-muntah dan selalu buang air.
Wabak Hindi (1831 Masihi)
Pada tahun 1831, wabak Hindi yang dipercayai datang dari India telah mengorbankan tiga perempat jemaah haji.
Kebanyakan jemaah meninggal selepas mereka membuat perjalanan selama berminggu-minggu untuk melakukan ibadah haji.
Penyakit Berjangkit (1837 Masihi)
Pada masa ini, kawasan Mekah ditutup selama 3 tahun sehingga 1840.
Ibadah haji tidak dilakukan selama tiga tahun kerana penyakit berjangkit yang telah membahayakan mereka yang berada di tanah suci.
Wabak Taun (1846 Masihi)
Wabak taun juga telah kembali pada tahun 1846. Serangan taun telah menyebabkan kematian lebih dari 15,000 orang dan menjangkiti penduduk di Mekah selama 4 tahun sehingga 1850. Malangnya, disebabkan ini Mekah ditutup.
Penyakit Berjangkit (1858 Masihi)
Penyebaran penyakit berjangkit yang sangat teruk juga telah menyebabkan penangguhan ibadah haji pada tahun 1858.
Ini telah memaksa penduduk Hijaz berhijrah ke Mesir untuk menyelamatkan diri mereka. Pusat kuarantin juga telah dibangunkan di Mesir untuk mengawal pandemik ini.
Wabak Kolera (1892 Masihi)
Pada tahun tersebut, keadaan telah menjadi sangat teruk sehingga terdapat laporan bahawa mayat bertimbun-timbun sebelum dapat dikebumikan.
Ia telah menyebabkan kematian ribuan jemaah haji dan juga menyebabkan kematian di Arafah dan Mina. Wajarlah Mekah ditutup pada waktu ini bagi mengelakkan lebih banyak jangkitan.
Penyakit Meningitis (1987 Masihi)
Oleh kerana penyebaran penyakit yang sangat cepat, ia telah menyebabkan lebih kurang 10,000 jemaah haji dijangkiti meningitis.
Ini telah menyebabkan ibadah haji ditutup lagi sekali.
Kesimpulannya, sudah terdapat banyak peristiwa yang menyebabkan penutupan Masjidil Haram dan sekaligus penangguhan ibadah haji.
Semoga wabak COVID-19 berakhir supaya umat Islam dapat mengerjakan ibadah haji dan dapat menziarahi Masjidil Haram.
++++++++++++++++++++++++++++
Bagi yang berminat untuk melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba, Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan ini untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.
Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.
Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.
Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui whatsapp atau faks.
Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.
Manakala bagi seekor kambing ialah RM580. Syarikat mereka juga adalah diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.
Beliau iaitu Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak dan sempurna.
Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.
Pembayaran Ibadah Korban Secara Online
Anda boleh lakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut:
Step 1: Pergi ke Borang Korban
Step 2: Klik butang ‘Teruskan’
Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350 / 1 ekor kambing: RM580)
Step 4: Klik butang ‘Teruskan’
Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai
Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:
Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.
Tel: 03-4143 4343
Faks: 03-4149 1414
Email: korbanaqiqah@alameenserve.com
Whatsapp: 011-2384 8480