Korban

Menghayati Makna Korban Hari Raya Aidil Adha

  • Info

Pada Hari Raya Aidil Adha, mengorbankan haiwan bukanlah satu perkara yang asing lagi. Namun, ramai yang kurang memahami maksud di sebalik korban dan erti sebenar perayaan itu disambut.

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang menjelang, marilah cuba memahami maksudnya yang lebih mendalam. Semoga perayaan Hari Raya Aidil Adha kita menjadi lebih bermakna.

Maksud Korban

korban

Adakah anda tahu maksud perkataan-perkataan ataupun istilah yang selalu anda dengar apabila tibanya Hari Raya Aidil Adha?

Di sini kami akan menerangkan maksud sebenar kepada istilah yang selalu digunakan sewaktu tibanya Hari Raya ini.

  • Korban

Nama yang diberikan bagi haiwan ternakan yang disembelih. Maksud korban ialah menyembelih ternakan tertentu pada masa-masa tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT.

Ia juga boleh dikenali sebagai ternakan an’am yang bermaksud binatang sembelihan yang boleh dimakan pada Hari Nahar dan tujuannya juga taqarrub kepada Allah SWT.

  • Taqarrub

Taqarrub ini pula bermaksud melakukan perbuatan atau amalan dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Salah satu amalan yang anda boleh lakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah dengan ibadah korban. Ini berpadanan dengan saranan Allah di  dalam Surah al-Kauthar ayat 2 dan Surah al-Hajj ayat 36.

  • Nazar

Maksud nazar ialah berjanji kepada Allah. Apabila seseorang telah bernazar, dia mesti melakukannya kerana hukumnya wajib.

Nazar merupakan iltizam atau dengan kata lain mewajibkan diri  untuk melakukan korban yang bermaksud sesuatu yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

  • Korban Nazar

Kepada mereka yang telah berniat melakukan korban nazar, maka wajiblah menunaikannya.

Contoh yang boleh kami berikan adalah apabila seseorang menyebut: “Wajib ke atas diriku berkorban seekor lembu kerana Allah SWT.”

  • Korban Sunat 

Korban ini dikategorikan sebagai sunat kerana ia dilakukan bukan dengan niat bernazar.

Tidak ada sebab-sebab dan syarat yang menjadikannya wajib.

  • Sunat Muakkad

Maksud sunat muakkad ialah sunat yang dituntut untuk melaksanakan ibadah korban.

Hukum tidak melakukannya makruh kepada mereka yang berkemampuan.

  • Hari Nahar

Jatuh pada 10 Zulhijjah dan juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha.

  • Hari Tasyrik

Selepas Hari Raya Aidil Adha iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

  • Maksud Korban Dari Peristiwa Nabi Ibrahim Dan Nabi Ismail

Nabi Ibrahim telah diperintahkan oleh Allah SWT melalui mimpi untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Tahukah anda Nabi Ibrahim tidak mempunyai seorang anak pun Sehingga umur 86 tahun.

Sebelum kelahiran Nabi Ismail, Nabi Ibrahim telah bernazar untuk mengorbankan anaknya untuk Allah SWT.

Melalui mimpi, Nabi Ibrahim diingatkan tentang nazar yang telah dibuatnya suatu ketika dahulu.

Nabi Ismail bersetuju untuk dijadikan korban kerana ia merupakan perintah Allah.

Maksud Korban Dari Aspek Kemasyarakatan

korban

Pada Hari Raya Aidil Adha, kita dapat menyaksikan masyarakat berganding bahu bagi melaksanakan ibadah ini.

Ini merupakan di antara kebaikan yang kita boleh lihat apabila tibanya Hari Raya ini.

Dari aspek kemasyarakatan, apa yang boleh kita boleh faham mengenai maksud korban?

  • Agama Islam Adalah Agama Yang Cintakan Keamanan

Memang tidak dinafikan Islam merupakan agama yang menentang segala bentuk kekejaman, keganasan, kezaliman dan penindasan.

Sekiranya kita menyelusuri sejarah Islam, konflik puluhan tahun di antara Aus dan Khazraj di Madinah dapat diselesaikan selepas kehadiran Islam.

Ini membuktikan Islam mampu menyatukan umat manusia tidak kira apa pun latar belakang seseorang itu.

Sewaktu perayaan Hari Raya Korban, umat Islam juga tidak melepaskan peluang untuk membantu mereka yang memerlukan dan berada dalam kesusahan.

Amalan seperti bersedekah merupakan antara amalan-amalan yang dapat kita lihat terutamanya sewaktu musim perayaan.

  • Saling Bantu Membantu

Sebagai umat Islam, amatlah penting untuk kita membantu sesama manusia. 

Jika kita mampu untuk membantu orang yang betul-betul memerlukan, maka kita disarankan berbuat demikian.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis:

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Ibadah korban memberi kita kesempatan untuk memberi bantuan dengan pengagihan daging korban.

  • Mengeratkan Silaturrahim

Silaturrahim amat dititikberatkan dalam agama Islam kerana Allah SWT melarang kita memutuskan hubungan silaturahim.

Allah SWT berfirman

“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbangkan dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat? (Orang yang melakukan perkara itu) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad, ayat 22-23)

Pada Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba nanti, kita seharusnya mengeratkan hubungan silaturahim di samping melaksanakan ibadah korban.

  • Mensyukuri Nikmat Yang Ada

Setiap masa, kita harus bersyukur kepada Allah kerana menghargainya kurnian-Nya yang berlimpah ruah.

Selalulah ucapkan ‘Alhamdulillah’ dengan hati yang ikhlas dan mencintai Allah.

Hal ini kerana, ‘Alhamdulillah’ merupakan suatu pengiktirafan bahawa terlalu banyak nikmat kurniaan Allah kepada kita.

Jika anda masih dapat meraikan Hari Raya Aidil Adha bersama orang-orang yang tersayang, bersyukur kerana nikmat Allah datang dalam pelbagai bentuk.

Begitulah serba sedikit pengetahuan untuk anda supaya anda dapat menghayati dengan lebih mendalam mengenai Hari Raya Aidil Adha.

Hari Raya Korban dah semakin dekat. Sudahkan anda mendaftar untuk ibadah korban?

Al Ameen Serve Holdings menawarkan perkhidmatan untuk mereka yang ingin menyertai ibadah korban untuk masyarakat Islam di Kemboja.

Syarikat ini telah beroperasi selama 27 tahun dan telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan.

Proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah kerana boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuatturun bagi yang inginkan pilihan lain dari mengisi borang di atas talian. Borang yang telah dicetak ini hendaklah diisi dan dihantar melalui Whatsapp atau faks.

Anda juga boleh email borang ini kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kelebihan lain dalam berurusan dengan mereka ialah mereka menawarkan harga yang berpatutan dan tidak membebankan.

Yuran penyertaan bagi sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala seekor kambing pula ialah RM580. Syarikat mereka juga diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau ialah Okhna Haji Kamaruddin Yusof akan memantau setiap pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut syarak.

Setiap peserta juga akan diberi Sijil Pelaksanaan yang mempunyai tarikh dan tempat ibadah korban tersebut dilaksanakan yang akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja & Pengerusi Program.

Pembayaran Ibadah Korban Secara Online

Anda boleh melakukan pembayaran ibadah korban dengan mudah dan selamat di laman web Korban Aqiqah dengan langkah-langkah berikut.

Step 1: Pergi ke Borang Korban

Step 2: Klik butang ‘Teruskan’

Step 3: Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan dan bilangan ekor/bahagian (1 bahagian lembu: RM350/ 1 ekor kambing: RM580)

Step 4: Klik butang ‘Teruskan’

Step 5: Pilih cara pembayaran; kad kredit / Maybank2u / bank-bank lain / pos / faks atau tunai

Step 6: Periksa emel untuk melihat invois pembayaran ibadah korban

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami:

Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.

2-1, 1st Floor, Jalan 9/23A,

Medan Makmur Off Jalan Usahawan,

53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel: 03-4143 4343

Faks: 03-4149 1414

Email: korbanaqiqah@alameenserve.com

Whatsapp: 011-2384 8480

Search