Korban Aidil Adha

Mengapa Haiwan Korban Aidiladha Perlu Diagihkan Mentah?

  • Info

Jika diperhatikan, pengagihan daging korban Aidiladha berlaku dengan pantas. Haiwan disembelih, dilapah seterusnya dibahagikan dan akhir sekali diagihkan kepada yang memerlukan.

Ianya hanya akan dimasak selepas diagihkan. Tetapi apakah hukum jika ianya dimasak dahulu sebelum diagihkan?

Artikel ini ada jawapannya. 

Hukum Dari Para Ulama’ Syafi’iyyah

Sering kita lihat daging hasil korban Aidiladha diagihkan dalam keadaan masih mentah. 

Ini menimbulkan pertanyaan bahawa bolehkah ia diagihkan apabila sudah dimasak?

Hukum ibadah korban seperti yang telah para ulama’ Syafi’iyyah tetapkan ialah sunat mu’akad secara kifayah bagi individu individu dalam sesebuah keluarga. 

Ini bermaksud walaupun hanya seorang individu dari sesebuah keluarga menyertainya, semua ahli keluarga tersebut akan mendapat pahala. (Rujuk Tawsyih ‘ala Ibn Qasim: 527)

Walaubagaimanapun, para ulama’ sudah menetapkan wajib bagi daging korban Aidiladha untuk disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan masih mentah. 

Al-Sheikh Ibrahim al-Bajuri ada menyebut dalam Hasyiah al-Bajuri apabila masih mentah, golongan yang mendapatnya boleh memanfaatkan dengan pelbagai cara.

Daging yang diperoleh boleh sahaja boleh dimakan, malah boleh dijual juga. Mana-mana yang dikehendaki oleh si penerima.

Oleh itu, tidak memadai untuk daging korban disedekahkan dengan menjadikan ia makanan untuk dijamu kepada fakir miskin. (Rujuk Hasyiah al-Bajuri, 2:567)

Dengan ini, sudah jelaslah bahawa daging korban Aidiladha wajib diagihkan sebahagiannya dalam keadaan mentah dan bukan setelah dimasak untuk dijamu kepada orang.

Namun, para ulama’ tidak menetapkan kadar yang wajib disedekahkan dari haiwan korban tersebut malah boleh juga untuk disedekahkan dalam kuantiti yang sedikit.

Korban Aidiladha

Kesimpulannya, sebahagian daging korban wajib diagihkan dalam keadaan mentah dan yang selebihnya boleh dimasak dan dijamu kepada orang ramai.

Asalkan golongan fakir miskin telah mendapat sebahagian daripada daging korban dalam bentuk mentah kerana ini yang telah disyaratkan. Selebihnya boleh dimasak.

Pembahagian Yang Afdhal Untuk Daging Korban

Antara cara untuk membahagikan daging korban adalah seperti berikut:

  • 1/3 orang melakukan korban korban dan 2/3 fakir miskin

Adalah disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mendapat satu per tiga daripada bahagian daging korban dan selebihnya disedekahkan kepada golongan fakir miskin.

  • 1/3 orang melakukan korban, 1/3 fakir miskin, dan 1/3 golongan kaya

Cara lain untuk pengagihan juga boleh dengan satu per tiga untuk golongan yang terlibat dalam ibadah korban, satu per tiga kepada golongan fakir miskin dan selebihnya kepada golongan kaya.

Antara contoh golongan kaya ini mungkin saudara-mara atau jiran tetangga. Walaubagaimanapun, ianya adalah lebih afdal untuk menyedekahkan 2/3 kepada fakir miskin berbanding cara ini.

  • Menyedekahkan kesemua bahagian

Namun, cara yang dianjurkanl ialah apabila individu yang melakukan korban menyedekahkan keseluruhan bahagian daging korban dan hanya menjamah sedikit darinya sebagai mengambil berkat.

Ini kerana perbuatan ini dianggap sebagai salah satu amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan daripada sifat mementingkan diri sendiri.

Korban Aidiladha

Setelah mengetahui hal hal ini dalam mengerjakan ibadah korban, sudahkah anda mendaftar untuk menjadi sebahagian daripada ibadah korban untuk Hari Raya Korban ini?

Jika belum dan anda berminat untuk terlibat dalam mengerjakan ibadah korban untuk masayarakat di Kemboja, Al Ameen Serve Holdings ada menawarkan khidmat ini.

Syarikat yang telah beroperasi selama 27 tahun ini telah menyempurnakan lebih dari 45,000 haiwan ternakan dan proses berurusan dengan mereka adalah sangat mudah.

Ini kerana ianya boleh dilakukan dari atas talian termasuk pembayaran online yang selamat, mudah, dan mesra peranti mudah alih.

Borang juga boleh dimuat turun bagi yang mahukan pilihan lain selain mengisi borang di atas talian. Setelah borang yang telah dicetak diisi, ia hendaklah dihantar melalui Whatsapp atau faks.

Borang ini juga boleh dihantar melalui email kepada korbanaqiqah@alameenserve.com. Penyertaan saat akhir juga diterima pada hari hari Tasyrik iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Selain itu, kelebihan lain berurusan dengan pihak mereka ialah harga yang ditawarkan amat berpatutan dan tidak membebankan seperti yuran sebahagian lembu ialah RM350.

Manakala, untuk seekor kambing pula ialah RM580. Syarikat ini juga diyakini dan boleh dipercayai kerana mereka berurusan secara terus dengan Mufti Kerajaan Kemboja.

Beliau ialah Okhna Haji Kamaruddin Yusof yang akan memantau setiap langkah pelaksanaan ibadah korban ini dan akan memastikan ianya akan dilaksanakan mengikut syarak.

Setiap peserta akan diberi Sijil Pelaksanaan yang dicatat tarikh dan tempat ibadah korban dilaksanakan dan akan disahkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja dan Pengerusi Program.

Cara pembayaran ibadah korban secara online boleh dilakukan dengan selamat di laman web Korban Aqiqah. Langkah langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke Borang Korban
  2. Klik ‘Teruskan’
  3. Isi butiran peribadi, pilih bilangan peserta, jenis ternakan korban, dan bilangan ekor atau bahagian (1 bahagian lembu: RM350, manakala 1 ekor kambing: RM580)
  4. Klik ‘Teruskan’
  5. Pilih cara pembayaran (kad kredit/ Maybank2u/ bank-bank lain/ pos/ faks/ tunai)
  6. Periksa email anda untuk lihat invois pembayaran

Jika anda berminat dan ingin tahu dengan lebih lanjut, boleh lawat page mereka di sini. Berlumba lumbalah kita mengerjakan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Wallahu’alam.

Search